MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DATO’ MOHD. HATTA

Posted on 14/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 | Tag: |

12Hb. September 2009 bersamaan 22Hb. Ramadhan 1430 Hijrah jam 6.00 petang bertempat di Surau Flat Persekutuan km.5 dan garaj Blok A..

Majlis berbuka puasa anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Jawatan kuasa Surau Flat Persekutuan

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI DATANG KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA KAMI..DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DARI KAMI KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TAK MAMPU SAYA NYATAKAN DI SINI KERANA KESUDIAN MENYUMBANG TENAGA , MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMPASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA… DAN MOHON MAAF DARI KAMI JIKA SEMASA BERLANGSUNGNYA PROGRAM TERDAPAT KEKURANGAN / KECACATAN YANG MENJENGKELKAN DATO’. TUAN, PUAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DI MASA AKAN DATANG..

berbuka bersama dato psups
Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Mesyuarat RT KSL bersama Surau Flat Persekutuan

Posted on 06/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT KSL, Rukun Tetangga | Tag: |

Mesyuarat Surau Flat Persekutuan dan RT Kompleks Sukan Likas pada 5Hb. September 2009, mengenai majlis berbuka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd. Aziz  Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baru..

membincangkan perubahan tarikh baru bagi majlis tersebut yang sepatutnya diadakan pada 13 Hb. September 2009 akan diawalkan sehari kepada 12Hb. September 2009 hari Sabtu bermula jam 6.00m petang bertempat di perkarangan Surau Flat Persekutuan. (AJK RT dan Surau diminta hadir selepas sembahyang Asar untuk persiapan majlis)

pada mesyuarat ini juga yang di adakan di perkarangan surau juga memaklumkan sumbangan sebanyak RM 5000.00 dari agensi yang terpaksa kami rahsiakan atas sebab – sebab yang ditetapkan oleh salah seorang AJK yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan ini  (moga – moga selepas ini surau kami ini akan lebih imarah dan meriah hasil dari sumbangan ini..  dan pada majlis ini juga sebanyak RM 1000 telah ditetapkan untuk perbelanjaan bagi persediaan makan minum (atas dasar perkongsian bersama antara surau dan RT KSL) manakala bagi perbelanjaan kecil yang lain adalah menggunakan tabung Ramadhan yang telah di kutip sebelum ini.

From mesyuarat Rt n surau

Hebahan dan jemputan yang telah diedarkan akan di war warkan sekali lagi memaklumkan mengenai perubahan ini.. Harap maklum…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Mei 2018
    I S R K J S A
    « Feb    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...