Rumah Terbuka
Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah
- senangnya hati Mohd. Mirza Akmal (baju Melayu biru)
- Terima kasih buat Pn. Salmah & En. Nusri
- Sumbangan duit raya oleh Pn. Salmah Labulla (Ketua Jiran Wanita RT KSL)
- Sesi Karaoke
- sebahagian hadirin
- Dua dari kiri (aksi Ketua Jiran Muda En. Aerish Ali)
- dua dari kiri (Pn. Hajjah Jumah Pengerusi RT Seroja Likas, Cikgu Nurasmah Guru Tabika Ppdn Flat Persekutuan yang baru)
- para VIP
- Nak buat laporan aktiviti kepada JPNIN ni …
- JIran Wanita RT KSL (tanpa ganjaran, tiada pujian) hanya keikhlasan
- Selamat Hariraya dan Maaf Zahir BAtin dari kami warga RT KSL
- Banner last minit siap..
Akhirnya selesai sudah Program Rumah Terbuka Aidil Fitri tahun 2009 anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin Flat Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah..
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam tersebut buat wakil PSUPS . En. Herman Abd. Hamid walaupun kedatangan tuan yang lewat melalui gambar ini sahajalah yang dapat kami paparkan suasana semasa program berlangsung (buat pengetahuan tuan dan sesiapa sahaja, makan – minum semasa majlis adalah menggunakan sedikit dari geran tahunan, manakala selebihnya adalah sumbangan penghuni – penghuni flat dan taman – taman perumahan yang berhampiran) sesuatu yang cukup bermakna bagi kami, tercapai sudah hajat kita bergerak untuk menyatu padukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama komuniti di kawasan Rukun Tetangga K.S. Likas ini. Sedikit kekecewaan buat jabatan yang memayungi pergerakan Rukun Tetangga ini jemputan untuk semua kakitangan ibu pejabat telah diedarkan namun seorang pun tak muncul… hatta jika PAR di jabatan yang datang pada masa tersebut akan kami letakkan beliau di kerusi VIP bagi menghormati JPNIN Negeri Sabah.. kami faham kelemahan kami sebagai sebuah organisasi seperti ini, tanpa bimbingan, tunjuk ajar, garis panduan yang jelas, komunikasi berterusan dengan JPNIN mana – mana Rukun Tetangga pun akan malap cahayanya. kelemahan @ kepincangan yang jelas dalam struktur organisasi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas adalah kesemuanya terdiri dari Kaum Muhajirin menghuni di kediaman kuarters Kerajaan Persekutuan, setiap tahun sekurang – kurangnya 6-7 orang AJK yang akan meninggalkan JK RT KS Likas ini. ( Menjawat jawatan baru di daerah lain, pindah ke rumah baru dan lain – lain sebab) bagi yang punya keluarga di daerah sekitar Negeri Sabah , Sabtu dan Ahad selalu digunakan untuk balik kampung apalagi musim cuti sekolah..menjayakan program pada masa atau waktu seperti tadi biasanya kurang mendapat sambutan atas faktor – faktor yang disebutkan tadi..kesibukkan AJK sendiri yang terdiri dari pegawai – pegawai tinggi di jabatan masing – masing menyukarkan untuk mengatur perancangan program , percambahan fikiran semasa meeting walau apapun pengerusi RT KSL sendiri yang kurang berkesan dalam usaha menangani ini ? berikan komen anda dalam memajukan, menjadikan RT KSL menjadi satu badan pergantungan komuniti dalam segala permasalahan, penggerak perpaduan, keharmonian, pembawa manfaat buat kita semua..
Akhir kata dari kami di penghujung Syawal ini..mohon Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami semua warga kerja Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas kepada semua Agensi, jabatan dan individu yang pernah berkerjasama, berurusan dengan kami. Jika pernah nawaitu kami di pandang sinis dan membuat anda terguris maafkan kami.., Jika pernah gelak tawa, tutur kata, tingkah laku kami menyakitkan hati, mengguris rasa maafkan kami.., Jika pernah selama ini anda mengorbankan masa, tenaga dan Ringgit Malaysia menyumbang juadah makanan atau apa sahaja tanpa rela dan merasa terpaksa halalkan kami, ikhlaskan hati.. hidup kita, tumbesaran anak – anak kita, kejiranan kita di sini hanya transit semata, besok lusa siapa tahu kita kan menetap di mana? ada pakar kehidupan pernah berkata hidup ini harus seimbang dalam segala segi masa berkerja, masa beribadah, masa bersama keluarga, bersama saudara, jiran tetangga, masyarakat dan diri kita sendiri (bermuhasabah) menghabiskan masa dengan kerjaya tanpa memikirkan semua yang diperkatakan di atas adalah satu kesilapan yang besar (risiko rumah tangga porak peranda, anak membesar tanpa bimbingan ibu bapa, hilang haluan hidup, garis panduan dari yang Maha Esa, cemerlang dalam berkerjaya belum tentu cemerlang dalam membina keluarga bahagia, hidup bersaudara, umat yang di redhaiNya) jika masa anda sememangnya cukup minima dalam memenuhi semua kriteria ini jadikanlah kuantiti masa tersebut menjadi berkualiti, hargailah masa semasa bersama keluarga, bersama masyarakat, bersama keheningan diri dan usahakan mempertingkatkan kualiti masa – masa bersama yan ada dengan cara utamakan yang utama (dari buku Steven R. Covey first things first) dari hari ke hari renung – renungkanlah!! justeru itu maafkanlah kami warga kerja Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini..
YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. YANG BURUK ITU DARI KAMI JUA
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )OPEN HOUSE THE FINAL EPISODE ?
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS
JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…
Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )Open House Part 3
- Kediaman : Tn. Mejar Hj. Mohd. Zain Bin Daud dan Pn. Hajjah Hayati Hamzah.
- Tarikh : Selasa , 06/08/2009.
- Masa : 8.00 malam.
- Tempat : Pangsapuri Bukit Bendera.
ANOTHER EVENT AT THE SAME TIME
- MAJLIS PERPISAHAN PENGERUSI JPTP TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS. (PN. AIDA ADHHA ABU BAKAR).
- TEMPAT : TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.
BLACK MEETING N FAREWELL PARTY
- Black Meeting after Farewell Party
- Sebak dada teras
- Semoga kita berjumpa lagi!!
- gambar kenangan
- Gambar kenangan
- Ucapan Pn. Aida Adhha Abu Bakar
- Azizul Alias
- Abd. Latiff Hj. Muluk Pengerusi RT KSL
- Tahniah dan Selamat Jalan
- Terimalah cenderakenangan dari kami
- Doa Selamat
- Amin
- Bacaan Doa di bawah pimpinan Ustadz Hafizullah Ubaidah
- Suasana sebelum Majlis bermula
- ceria sebelum black out
- ceria dan meriah
- Terima Kasih
OPEN HOUSE SANA SINI PART 2
OPEN HOUSE KRT TAMAN PUTERA JAYA :
OPEN HOUSE DI SANA – SINI
Makluman …
Bahang Hari Raya Aidil Fitri masih terasa bulan Syawal belum tiba lagi kepenghujungnya. Bagi menyampaikan amanat individu dan KRT yang mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2009 ini antaranya :
MESYUARAT RT KSL DAN SURAU 29/09/09
Mesyuarat RT KSL bersama Surau Al-Muhajirin Flat Persekutuan Km.5 pada 29/09/2009 jam 8.00 malam yang turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Bandaraya Kota Kinabalu Pn. Fauziah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kami juga harap seperti ini pada masa program kelak.
ringkasan mesyuarat yang dapat di selitkan di sini antaranya :
- Tarikh cadangan Majlis : 10/10/2009 (Hari Sabtu)
- Masa : jam 8.00 malam – 11.00 malam.
- Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
- Penganjur : RT KSL dan surau Al-Muhajirin Flat Persekutaun dan Tabika Pepaduan Flat Persekutuan? (hanya akan diputuskan setelah JPTP bermesyuarat kelak)
- Budget : +- anggaran RM 1500.00
Senarai Ketua AJK kecil Program :
- M.C. : En. Ismail Daim.
- Ketua JK Penyediaan Makanan : (Pn. Siti Waliah, Pn. Aloha Ramli dan AJK Jiran wanita RT KSL)
- Ketua JK Jamuan VIP : Pn. Hajjah Hayati Hamzah dan AJK JW RT KSL.
- Ketua JK Logistik : En. Jikula Mojingol.
- Ketua JK Tatarias dan Kebersihan : En. Aerish Ali dan JM .
- Ketua JK Prasarana dan Layout Majlis : En. Haidir Abdullah dan JM.
- Ketua JK P.A.Sistem dan elektrikal : En. Abd. Rashid Awang Tuah.
- Ketua JK Cenderakenangan : En. Azid Mintek.
- Ketua JK Hebahan dan Promosi : En. Taib Musah.
- Ketua JK Sumbangan Duit Raya : Pn. Salmah Labullah.
- Ketua JK Penyambut Tetamu : Pengerusi dan semua AJK RT KSL.
- Ketua JK Jemputan dan Aturcara : En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
- Jurugambar Majlis : En. Radianshah.
: Pakaian Majlis : Baju Melayu dan Batik untuk yang bukan Muslim dan Baju Raya untuk AJK JW 😉
- dua dari kiri Pn. Fauziah Ppd. Daerah Bandaraya Kota Kinabalu
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
SALAM PERPADUAN..SALAM 1 MALAYSIA….
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL; AIDIL WAL FA IZIN..
MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI WARGA RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS…
KAMI AKAN UPDATE KEMBALI LAMAN INI SELEPAS RAYA UNTUK MENGHEBAHKAN KEPADA SEMUA
JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI 1430 HIJRAH OLEH KERAJAAN NEGERI SABAH
Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )Mesyuarat pertama AJK RT KSL 2009
Mesyuarat Pertama AJK RT KSL pada 2009
Tarikh : 17/01/2009.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km. 5.
AGENDA :
1. Ucapan alu aluan Pengerusi Rukun Tetangga KSL. Bacaan doa oleh En. Azizul Alias
2. Perbincangan Program / Kalendar aktiviti 2009.
- Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS (Pengerusi penganjur En. Kastian Hj. Dullah)
- Senam Robik. (Pengerusi Penganjur En. Khairuddin Bakar dan AJK Jiran Muda)
- Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri (Pengerusi penganjur Tn. Mejar Hj. Mohd Zain).
- Pertandingan Badminton. (Pengerusi Penganjur Fadhil Abd, Rahman dan AJK Jiran Muda)
- Hari Keluarga (Pengerusi Penganjur En. Khairuddin Bakar)
- Lawatan. (Pengerusi Penganjur En. Ismail Daim)
- Majlis Bersama Surau (Program Bersama). Pengerusi Ustadz Hafizullah Ubaidah.
- Pasaria, Bazaar, Program Ekonomi (Pengerusi Penganjur Pn. Maimonah Awang Ali)
3. Perlantikan Ketua – Ketua Biro dalam RT KSL.
- Ketua Biro Penerangan, Media dan IT : (En. Taib Musah.)
- Ketua Biro Agama : (Tn. Mejar Hj. Mohd Zain)
- Ketua Biro Kebajikan dan Kesihatan : (En. Mohammad Sha)
- Ketua Biro Logistik dan Tugas – Tugas Khas : (En. Bailon Golutin)
- Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : (En. Khairuddin Bakar)
4. Perkara berbangkit / hal – hal lain.
- Aktiviti Senam Robik akan di adakan pada setiap Hari Ahad ketiga setiap bulan (kecuali diputuskan hari yang sesuai untuk menggantikannya) pada jam 7.30 – 8.30 pagi.
- Aktiviti bermain Badminton dan Ping Pong penghuni Flat dan AJK RT KSL ditetapkan pada setiap malam Sabtu, selepas waktu Isyak. manakala tambahan hari akan ditentukan oleh En. Abd. Fadhil Abd. Rahman dan AJK Jiran Muda).
- Segala pengurusan, tata cara pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5 akan ditentukan dan telah diambil alih oleh J Kuasa Jiran Muda. peraturan, kertas kerja mengenainya akan diajukan ke Pejabat SUPS melalui RT KSL untuk penambah baikkan dan sokongan
Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )
- Perbelanjaan Pengurusan Organisasi RT KSL untuk makluman dan disepakati bersama antaranya
- RM 20 untuk panggilan telefon, sms dan penyediaan minit mesyuarat oleh Setiausaha RT.
- RM 30 untuk penyediaan makan minum semasa mesyuarat.
- Rm 50 untuk penyediaan makan minum bagi mesyuarat bersama penghuni, AJK Surau dll.
- RM 10 bagi penyediaan kertas kerja oleh Pengerusi Penganjur Program (sebanyak 3 salinan)
- RM 10 bagi tuntutan Setiausaha atau Bendahari semasa mengeluarkan wang di Akaun Bank BIMB,
- RM 10 bagi tuntutan perjalanan wakil AJK ke jemputan RT atau JPNIN di peringkat Bandaraya Kota Kinabalu,
- RM ? akan diputuskan pada mesyuarat atau budi bicara Pengerusi bagi jemputan di luar Bandaraya atau yang memerlukan penyewaan kenderaan.
Persiapan Open House raya.
Jiran Muda RT KSL bertungkus lumus mengadakan persiapan untuk program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang akan kami adakan pada besok malam 10/11/2007
inilah belia harapan bangsa dan negara.
Tanpa mengharapkan imbalan dan dengan nawaitu yang ikhlas mereka melaksanakan tugasan yang diberi dengan segala senang hati dan semangat yang tinggi diketuai oleh Ketua Jiran Muda Sdr. Azlan Nasiruddin alias Atai dan diselia oleh Sdr. Mohd. Fikri Suhaili bekas Ketua Jiran Muda penggal sebelum ini yang kini cuma dapat membantu apabila cuti semester (sabtu dan ahad) kerana beliau masih melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu tidak ketinggalan juga (dalam gambar) Jiran muda dikalangan anak anak gadis warga RT KSL (kebanyakannya anak buah si Atai) yang bertungkus lumus menghias Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5 ini.