RT KSL
MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5
Kepada :
Ahli Jawatan Kuasa RT KSL
Penghuni Flat Persekutuan Km.5,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
88400 Kota Kinabalu.
PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5 .
Adalah dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5. Bahawa satu mesyuarat bersama penghuni Flat Persekutuan Km .5 yang di anjurkan oleh Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : (Sabtu ) 16hHb. Januari 2010.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
Agenda :
i. Ucapan Pengerusi.
ii. Ucapan Pegawai Perpaduan dari JPNIN Negeri Sabah.
iii. Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2009
iv. Perancangan Program / Aktiviti bagi tahun 2010.
v. Perkara – perkara berbangkit (Hal- hal lain)
Adalah diharapkan agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 dan pehak yang menerima email ini hadir memeriahkan mesyuarat disamping dapat saling kenal – mengenal dan mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran.
Sekian ..
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )Perutusan Tahun Baru 2010
Assalamualaikum.
Salam Pepaduan,
Salam 1 Malaysia.
Walaupun sudah hampir sebulan kita melalui tahun baru 2010.. namun tidak terlalu lambat jika saya menukilkan sedikit apa yang terbuku di hati ini untuk sama – sama kita renungkan, marilah kita merenung sejenak hari – hari yang telah berlalu di kejiranan kita.. betapa ramainya sudah AJK RT KSL yang telah pergi meninggalkan kita, pada tahun 2009 sahaja jiran kita yang juga merupakan tenaga penggerak / AJK RT dan Surau sepertiEn. Khairuddin Bakar (Ketua Tunas Jiran ), Pn. Iswalah Arshad (Setiausaha RT KSL), Pn. Aida Adhha Abu Bakar (Ketua Biro Muslimah JK Surau dan AJK RT), En. Fadhil Hj. Abd. Rahman (Ketua Jiran Muda), En. Nurazlan Nasiruddin (Bekas Ketua Jiran Muda dan AJK RT), En. Azizul Alias (Ketua Biro Pembangunan JK Surau dan AJK RT), En. Amran Ambodai (Setiausaha JK Surau), En. Taulani Hamzah (Bendahari JK Surau), dan yang terbaru di tahun 2010 yang kita sangka dan amat kita rasai kehilangannya iaitu Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi Surau dan En. Abd. Rashid Awang Tuah (AJK RT dan Timbalan Ketua Biro Harta dan Inventori).
Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Karnival I Malaysia
Program : Majlis Malam Jasamu Dikenang 2009 dan Karnival I Malaysia.
Tempoh Program : 3 Hari 2 Malam.
Lokasi : Hotel Seafest, kawaan lapang Kg. Sri Jaya, Daerah Semporna, Sabah.
Jemputan / kehadiran : 10 Orang Pengerusi KRT dari daerah – daerah seluruh Negeri Sabah, Guru – guru Tabika Perpaduan dan penolong guru dari seluruh daerah Negeri Sabah, semua kakitangan JPNIN cawangan Negeri Sabah, warga Daerah Semporna (anggaran kehadiran 3000 orang)
Tentatif Acara :
- Majlis Anugerah KRT cemerlang tahun 2009 Peringkat Negeri Sabah.
- Anugerah Tabika Perpaduan Contoh 2009 Peringkat Negeri Sabah.
- Majlis Perasmian Penutupan Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.
Perasmi : YB Datuk Hj. Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya.
Banyak lagi gambar semasa di sana dalam laman facebook Rukun Tetangga.
Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)
Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)
Pengerusi Penganjur : Pn. Salmah LAbulla – Ketua Jiran Wanita RT KSL.
Tarikh : 26Hb. – 27Hb. – Disember 2009.
Masa : Jam 3 petang (pendaftaran).
Lokasi : Taman Pemainan Flat Persekutuan Km. 5,
Yuran Penyertaan : Rm 2.00 seorang.
Keperluan yang wajib ada :
- Khemah pasang siap.
- Makan adalah secara pot lucks.
akan di update dari masa – ke semasa.
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )Majlis Penyampaian Anugerah Balai Polis cemerlang
Jemputan oleh PDRM sempena Majlis Penyampaian Anugerah MCPF bagi Balai Polis cemerlang peringkat negeri Sabah pada 21Hb. Disember 2009 di Mes Pegawai Kanan PDRM , Kepayan.
Tahniah dan syabas kepada IPD Penampang Johan Kategoria A dan Balai Polis Pekan Tanjung Aru bagi kategori B .
Pemenang Anugerah MCPF tahun 2009.
Selamat Tahun Baru dan Majlis Perpisahan
Makluman dan mohon di hebahkan..
Pada 17Hb. Disember 2009 Khamis Malam Jumaat Satu Majlis Sambutan Awal Muharram dan ceramah terkhir oleh Ustadz kesayangan kita Ustadz Hafizullah Ubaidah akan diadakan di Surau Al Muhajirin bermula pada 6.00 petang .
Beliau akan bertolak kembali ke kampung halaman pada hari sabtu ini.. dan memulakan kerjaya baru di Negeri Pulau Pinang.
Jika anda terbaca laman ini dan mengenali beliau atau rakan – rakan beliau silalah hebahkan makluman ini.
makan – makan pada malam tersebut dibuat secara pot luck, kepada yang sudi menghulur sumbangan berupa juadah silalah bawa terus ke surau pada malam tersebut.
Updated : Gambar semasa program berlangsung.
Tahniah buat Tn. Kastian Hj. Dulla
Tahniah dan syabas diucapkan dari warga kerja Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas buat Pengarah PULAKOP (Pusat Latihan Koperasi) Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi KRT Kompleks Sukan Likas kerana terpilih menghadiri persidangan dan simposium sempena Hari Koperasi Sedunia yang diadakan pada 16-20 Hb. November 2009 ini bertempat di Geneva, Switzerland. Pemilihan Tn. Kastian Hj. Dulla sungguh membanggakan kami, beliau yang banyak berkorban dalam menjayakan program atau aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh RT KSL, sumbangan beliau dari segi masa, tenaga, idea dan material amat – amat kami ingati walaupun dalam kesibukan dan bebanan kerja beliau sebagai Pengarah PULAKOP jika ada kesempatan dan masa yang terluang beliau akan hadir mesyuarat atau program yang di rancang tidak kira kecil atau besarnya program tersebut, tanpa memandang siapa VIP yang dijemput, atau adakah kerusi VIP untuk beliau sebagai statusnya seorang pengarah, kemesraan dan keramahan beliau dalam bergaul dengan jiran adalah satu sikap yang harus dicontohi.
Warga kerja RT KSL mendoakan semoga beliau senantiasa dalam keadaan sehat dan selamat semasa di sana. (seperti e mail beliau kepada kami 2,3 hari sudah beliau tidak menjamah nasi, manakala Hp beliau mengalami kesukaran untuk membuat panggilan) nasihat dari kami.. usah dirisaukan keadaan ahli keluarga beliau di sini, kami senantiasa peduli dan apa ertinya jiran pada masa – masa seperti ini ?
dari laman web ICA :
ICA General Assembly
|
|
Invitation
Under the theme “Global Crisis – Co-operative Opportunity”, the Assembly will address the opportunities that the global economic, environmental and energy crisis present to co-operative enterprises and to the co-operative movement. This Assembly will be dedicated to the memory of ICA President Ivano Barberini, who will also be posthumously conferred the Rochdale Pioneer Award during the Assembly. |
Pejabat Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas
Selepas bengkel SRS dan makan dengan Tan Sri yang mana sempat jua di kemukan kepada Tan Sri Datuk Koh Tsuk Koon mengenai idea RT Niaga ™® dan Wisma RT Sabah (hanya sempat memberikan serba sedikit mengenai vision and mission, terima kasih Tan Sri Datuk kerana sudi mendengar dan take noted mengenai idea ini)..moga – moga ada susulan dari Pn. Jessica yang juga telah di arahkan untuk mengadakan satu brainstorming, percambahan fikiran mengenai idea – idea yang telah dikemukakan oleh Pengerusi RT KSL ini.
Anyway, pada jam 2.00 petang 7Hb. November 2009 selepas sahaja majlis SRS tersebut. Pengerusi telah meminta izin untuk balik kepada Pegawai JPNI yang bertugas En. Kamaruzaman, kerana seperti yang telah di atur dan dihebahkan kepada AJK RT KSL, gotong royong membersihkan bilik tersebut menjadi Pejabat / Bilik Operasi RT KSL diadakan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ajk – ajk yang hadir kerana bertungkus lumus menjayakan program ini, kepada saudara Ismail Daim, sumbangan anda (komputer, printer, karpet, papan tanda, meja gerai dan bermacam – macam lagi walaupun bukan baru namun satu sumbangan yang amat bererti buat kami semua, inilah sikap yang harus ada dan tersemat dalam jiwa kita semua, pengorbanan yang tidak mengharapkan sebarang balasan maupun pujian, keikhlasan yang mengharukan, tuan bergerak lebih pantas dalam menggerakkan dan menjayakan organisasi ini.. moga – moga selepas ini kita akan bergerak dengan lebih sistematik dan lancar lagi insyaAllah.
gambar Pejabat RT KSL :
sebelum…
![]() |
gotong royong pejabat RT KSL |
Konvokesyen Tabika Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu
Tarikh : Khamis (5Hb. November 2009)
Masa : 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari.
Tempat : Dewan Saadh, Wisma MUIS, Sembulan.
VIP : YB Hajjah Zainab bin Haji dan pengerusi – pengerusi Rukun Tetangga dan Pengerusi JPTP di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu
Anggaran pengunjung : 1000 – 1500 orang.
(gambar akan diupdate sedikit masa lagi)
From RT SANA SINUN |
Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas
Tarikh : 3Hb. November 2009.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.
Intipati Mesyuarat :
1). Ucapan alu – aluan Pemangku Pengerusi JPTP merangkap Timbalan Pengerusi : En. Norbi Sadi.
2). Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu : Pn. Fauziah Salleh.
3). Ucapan Pengerusi RT KSL : Abd. Latiff Hj. Muluk.
3.1): Ucapan Pengerusi RT KSL mengenai kekecohan / kesilapan yang mengaibkan terjadi di akhir – akhir pemergian Pengerusi yang lama , sebelum ini Pn. Aida Adhha Abu Bakar (mengikut suami yang telah tamat program integrasi nasioanal PINA) kekesalan di akhir – akhir pertemuan , kejiranan dengan tragedi perselisihan faham dengan pengerusi RT KSL yang cuma menjalankan tanggung jawab sebagai juruaudit JPTP Flat Persekutuan mengenai jumlah pengeluaran wang yang agak besar pada masa tersebut.
3.2): Kekecewaan dan kesal dengan penyebaran cerita bahawa data – data komputer milik JPTP Flat Persekutuan telah di delete oleh seseorang. Pengerusi mencadangkan laporan polis dibuat mengenai hal ini, kerana cerita tersebut menjadikan pengerusi sebagai suspek utama memandangkan beliau dan pembantu guru tabika yang ada sekarang sahaja memgang kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.3): Pengerusi memaklumkan dan memohon tindakan kepada semua yang hadir , bahawa mulai saat/malam tersebut beliau secara sedar mengumumkan perletakkan jawatan serta merta sebagai juruaudit JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.4): memaklumkan kepada semua memandangkan situasi yang tidak menyihatkan sekarang RT KSL akan dan sedang menjalani proses perpindahan ke blok E yang sesuai untuk dijadikan ruang pejabat dan stor aset RT KSL. Setelah selesai proses perpindahan tersebut (minggu hadapan) kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan akan diserahkan kepada pehak yang berkenaan.
4). Mesyuarat juga memaklumkan mengenai Konvokesyen Tabika yang akan dijayakan pada 5Hb. November di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu Rm 55.00 seorang dikenakan kepada ibu bapa murid bagi gambar dan lain – lain.
5). PPD juga memaklumkan dan menyenaraikan laporan kewangan yang menjadi kontrovesi terrsebut seperti berikut :
– Mural = $1500.00
– Cat = $500.00
– Upah mengecat = $150.00
– Perbelanjaan Tabikarama = $260.00
– (akan diupdate)
– Makan = $ 500.00
– Perbelanjaan = (akan di update)
– Baki ditangan = $ 1800.00
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )INTIPATI MESYUARAT RT KSL 31102009
Mesyuarat Rt KSL dan penghuni Flat Perasekutuan Km.5 telah diadakan pada 31Hb. Oktober 2009 jam 8.00 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas. Antara intipati yang dapat dirumuskan hasil daripada mesyuarat pada malam tersebut antaranya :
- Melantik satu jawatankuasa Pengurusan Dewan yang diketuai oleh En. Azid Bin Mintek manakala pemegang kunci dewan adalah Pn. Rannah Amade, En. Mohamadsha Harun, En. Abd. Malik Abd. Hamid, En. Bailon Golutin, En. Ismail Daim, Oom Basti, En. Nin Junid dan Pengerusi RT KSL.
- Draf tatacara pemakaian dewan, terma dan syarat akan dirangka dan diputuskan setelah pehak – pehak yang terbabit penama – penama di atas selesai ber email / bermesyuarat (akan di print untuk tatapan dan di upload ke laman).
- Menempatkan segala fail – fail dan harta RT KSL ke pejabat baru yang telah di pohon ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah terletak di bawah bangunan Blok E.
- Mengadakan gotong royong pembersihan bilik stor tersebut pada 7Hb. November 2009 jam 2.00 petang.
- Meletakkan pendapatan dari dewan serbaguna, kedai runcit, pelbagai bidang perniagaan lain yang akan diwujudkan berdasarkan potensi yang ada dibawah satu cawangan RT KSL yang baru dinamakan sebagai RT NIAGA ™®.
- Satu kertas kerja mengenai projek RT NIAGA ™® akan dikemukakan kepada JPNIN Negeri Sabah untuk mendapatkan dana permulaan.
- Antara program musim cuti sekolah yang dirancang dilaksanakan oleh RT KSL antaranya :
-
- Program Raya Korban (akan diputuskan kemudian ketika mesyuarat bersama Jawatan Kuasa Surau Al-Muhajirin (Flat Persekutuan ) yanga akan diadakan pada khamis malam jumaat ini (5Hb. November) selepas sembahyang Isyak.
- Program Gotong Royong pembersihan bilik stor, Blok E dan surau Al Muhajirin pada 7Hb. November 2009 (sabtu jam 2.00 petang)
- Program Gotong Royong bersam PMS Negeri Sabah membersih kuburan Islam batu 2 1/2. pada 15Hb. November 2009 (Ahad jam ?) akan diupdate ….
- Kelas mengaji bagi Jiran Wanita (hebahan telah dibuat , sila hubungi/sms penama ini Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah dan Pn. Rannah Amade), akan diadakan mesyuarat bersama yang berminat untuk turut serta kelas pengajian ini.
- Kelas mengaji bagi Jiran Muda yang ditangguhkan sehingga selepas cuti persekolahan dicadangkan agar diteruskan dengan mendapatkan tenaga pengajar yang terdiri dikalangan penghuni atau anak penghuni flat sendiri.
- Jiran Wanita merancang mengadakan perkhemahan bagi Jiran Muda pada musim cuti sekolah nanti. (akan di bawa kemesyuarat akan datang mengenainya).
Kehadiran pada malam mesyuarat tersebut (jemputan dalam masa yang singkat tanpa sms, hanya notis di tangga – tangga flat sahaja).
Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah
- senangnya hati Mohd. Mirza Akmal (baju Melayu biru)
- Terima kasih buat Pn. Salmah & En. Nusri
- Sumbangan duit raya oleh Pn. Salmah Labulla (Ketua Jiran Wanita RT KSL)
- Sesi Karaoke
- sebahagian hadirin
- Dua dari kiri (aksi Ketua Jiran Muda En. Aerish Ali)
- dua dari kiri (Pn. Hajjah Jumah Pengerusi RT Seroja Likas, Cikgu Nurasmah Guru Tabika Ppdn Flat Persekutuan yang baru)
- para VIP
- Nak buat laporan aktiviti kepada JPNIN ni …
- JIran Wanita RT KSL (tanpa ganjaran, tiada pujian) hanya keikhlasan
- Selamat Hariraya dan Maaf Zahir BAtin dari kami warga RT KSL
- Banner last minit siap..
Akhirnya selesai sudah Program Rumah Terbuka Aidil Fitri tahun 2009 anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin Flat Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah..
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam tersebut buat wakil PSUPS . En. Herman Abd. Hamid walaupun kedatangan tuan yang lewat melalui gambar ini sahajalah yang dapat kami paparkan suasana semasa program berlangsung (buat pengetahuan tuan dan sesiapa sahaja, makan – minum semasa majlis adalah menggunakan sedikit dari geran tahunan, manakala selebihnya adalah sumbangan penghuni – penghuni flat dan taman – taman perumahan yang berhampiran) sesuatu yang cukup bermakna bagi kami, tercapai sudah hajat kita bergerak untuk menyatu padukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama komuniti di kawasan Rukun Tetangga K.S. Likas ini. Sedikit kekecewaan buat jabatan yang memayungi pergerakan Rukun Tetangga ini jemputan untuk semua kakitangan ibu pejabat telah diedarkan namun seorang pun tak muncul… hatta jika PAR di jabatan yang datang pada masa tersebut akan kami letakkan beliau di kerusi VIP bagi menghormati JPNIN Negeri Sabah.. kami faham kelemahan kami sebagai sebuah organisasi seperti ini, tanpa bimbingan, tunjuk ajar, garis panduan yang jelas, komunikasi berterusan dengan JPNIN mana – mana Rukun Tetangga pun akan malap cahayanya. kelemahan @ kepincangan yang jelas dalam struktur organisasi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas adalah kesemuanya terdiri dari Kaum Muhajirin menghuni di kediaman kuarters Kerajaan Persekutuan, setiap tahun sekurang – kurangnya 6-7 orang AJK yang akan meninggalkan JK RT KS Likas ini. ( Menjawat jawatan baru di daerah lain, pindah ke rumah baru dan lain – lain sebab) bagi yang punya keluarga di daerah sekitar Negeri Sabah , Sabtu dan Ahad selalu digunakan untuk balik kampung apalagi musim cuti sekolah..menjayakan program pada masa atau waktu seperti tadi biasanya kurang mendapat sambutan atas faktor – faktor yang disebutkan tadi..kesibukkan AJK sendiri yang terdiri dari pegawai – pegawai tinggi di jabatan masing – masing menyukarkan untuk mengatur perancangan program , percambahan fikiran semasa meeting walau apapun pengerusi RT KSL sendiri yang kurang berkesan dalam usaha menangani ini ? berikan komen anda dalam memajukan, menjadikan RT KSL menjadi satu badan pergantungan komuniti dalam segala permasalahan, penggerak perpaduan, keharmonian, pembawa manfaat buat kita semua..
Akhir kata dari kami di penghujung Syawal ini..mohon Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami semua warga kerja Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas kepada semua Agensi, jabatan dan individu yang pernah berkerjasama, berurusan dengan kami. Jika pernah nawaitu kami di pandang sinis dan membuat anda terguris maafkan kami.., Jika pernah gelak tawa, tutur kata, tingkah laku kami menyakitkan hati, mengguris rasa maafkan kami.., Jika pernah selama ini anda mengorbankan masa, tenaga dan Ringgit Malaysia menyumbang juadah makanan atau apa sahaja tanpa rela dan merasa terpaksa halalkan kami, ikhlaskan hati.. hidup kita, tumbesaran anak – anak kita, kejiranan kita di sini hanya transit semata, besok lusa siapa tahu kita kan menetap di mana? ada pakar kehidupan pernah berkata hidup ini harus seimbang dalam segala segi masa berkerja, masa beribadah, masa bersama keluarga, bersama saudara, jiran tetangga, masyarakat dan diri kita sendiri (bermuhasabah) menghabiskan masa dengan kerjaya tanpa memikirkan semua yang diperkatakan di atas adalah satu kesilapan yang besar (risiko rumah tangga porak peranda, anak membesar tanpa bimbingan ibu bapa, hilang haluan hidup, garis panduan dari yang Maha Esa, cemerlang dalam berkerjaya belum tentu cemerlang dalam membina keluarga bahagia, hidup bersaudara, umat yang di redhaiNya) jika masa anda sememangnya cukup minima dalam memenuhi semua kriteria ini jadikanlah kuantiti masa tersebut menjadi berkualiti, hargailah masa semasa bersama keluarga, bersama masyarakat, bersama keheningan diri dan usahakan mempertingkatkan kualiti masa – masa bersama yan ada dengan cara utamakan yang utama (dari buku Steven R. Covey first things first) dari hari ke hari renung – renungkanlah!! justeru itu maafkanlah kami warga kerja Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini..
YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. YANG BURUK ITU DARI KAMI JUA
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )OPEN HOUSE THE FINAL EPISODE ?
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS
JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…
Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )Open House Part 3
- Kediaman : Tn. Mejar Hj. Mohd. Zain Bin Daud dan Pn. Hajjah Hayati Hamzah.
- Tarikh : Selasa , 06/08/2009.
- Masa : 8.00 malam.
- Tempat : Pangsapuri Bukit Bendera.
ANOTHER EVENT AT THE SAME TIME
- MAJLIS PERPISAHAN PENGERUSI JPTP TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS. (PN. AIDA ADHHA ABU BAKAR).
- TEMPAT : TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.
BLACK MEETING N FAREWELL PARTY
- Black Meeting after Farewell Party
- Sebak dada teras
- Semoga kita berjumpa lagi!!
- gambar kenangan
- Gambar kenangan
- Ucapan Pn. Aida Adhha Abu Bakar
- Azizul Alias
- Abd. Latiff Hj. Muluk Pengerusi RT KSL
- Tahniah dan Selamat Jalan
- Terimalah cenderakenangan dari kami
- Doa Selamat
- Amin
- Bacaan Doa di bawah pimpinan Ustadz Hafizullah Ubaidah
- Suasana sebelum Majlis bermula
- ceria sebelum black out
- ceria dan meriah
- Terima Kasih
OPEN HOUSE SANA SINI PART 2
OPEN HOUSE KRT TAMAN PUTERA JAYA :
open house sana sini 03102009
![]() |
raya sana sini 03102009 |
open house di sana sini pada sabtu 03/10/2009
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )OPEN HOUSE DI SANA – SINI
Makluman …
Bahang Hari Raya Aidil Fitri masih terasa bulan Syawal belum tiba lagi kepenghujungnya. Bagi menyampaikan amanat individu dan KRT yang mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2009 ini antaranya :
MESYUARAT RT KSL DAN SURAU 29/09/09
Mesyuarat RT KSL bersama Surau Al-Muhajirin Flat Persekutuan Km.5 pada 29/09/2009 jam 8.00 malam yang turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Bandaraya Kota Kinabalu Pn. Fauziah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kami juga harap seperti ini pada masa program kelak.
ringkasan mesyuarat yang dapat di selitkan di sini antaranya :
- Tarikh cadangan Majlis : 10/10/2009 (Hari Sabtu)
- Masa : jam 8.00 malam – 11.00 malam.
- Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
- Penganjur : RT KSL dan surau Al-Muhajirin Flat Persekutaun dan Tabika Pepaduan Flat Persekutuan? (hanya akan diputuskan setelah JPTP bermesyuarat kelak)
- Budget : +- anggaran RM 1500.00
Senarai Ketua AJK kecil Program :
- M.C. : En. Ismail Daim.
- Ketua JK Penyediaan Makanan : (Pn. Siti Waliah, Pn. Aloha Ramli dan AJK Jiran wanita RT KSL)
- Ketua JK Jamuan VIP : Pn. Hajjah Hayati Hamzah dan AJK JW RT KSL.
- Ketua JK Logistik : En. Jikula Mojingol.
- Ketua JK Tatarias dan Kebersihan : En. Aerish Ali dan JM .
- Ketua JK Prasarana dan Layout Majlis : En. Haidir Abdullah dan JM.
- Ketua JK P.A.Sistem dan elektrikal : En. Abd. Rashid Awang Tuah.
- Ketua JK Cenderakenangan : En. Azid Mintek.
- Ketua JK Hebahan dan Promosi : En. Taib Musah.
- Ketua JK Sumbangan Duit Raya : Pn. Salmah Labullah.
- Ketua JK Penyambut Tetamu : Pengerusi dan semua AJK RT KSL.
- Ketua JK Jemputan dan Aturcara : En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
- Jurugambar Majlis : En. Radianshah.
: Pakaian Majlis : Baju Melayu dan Batik untuk yang bukan Muslim dan Baju Raya untuk AJK JW 😉
- dua dari kiri Pn. Fauziah Ppd. Daerah Bandaraya Kota Kinabalu
« Entri-entri Sebelumnya