Rakan Muda

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 21/01/2012. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda | Tag:, , , |

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Tarikh: 20Hb. Januari 2012.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Lokasi : Gelanggang Futsal, Yayasan Sabah.

Kota Kinabalu: suatu perlawanan untuk mencungkil bakat dalam permainan bola sepak dikalangan warga Flat Persekutuan (terutamanya dari Flat Persekutuan Km.5) telah diadakan pada 20Hb. Januari 2012 yang lepas, acara permainan futsal ini adalah atas inisiatif dari En. Mohd. Haidir Bin Abdullah dan En. Mohd Sha Bin Harun,  Ketua Bersama Biro Belia, Sukan dan Rekreasi. satu unit dibawah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) yang baru dibentuk.
Perlawanan ini berjaya mencungkil beberapa bakat pemain untuk di ketengahkan dan dikenal pasti boleh di bawa untuk perlawanan persahabatan maupun pertandingan, manakala bagi segelintir  yang lain, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di gelanggang futsal yang sebenar (berbeza dari setakat bermain di taman permainan seperti  biasa).

Permainan Futsal ini berhasil mencapai objektifnya selain lebih merapatkan uhuwah antara sesama jiran, mencungkil bakat, permainan ini juga mencapai sasaran sebenarnya, ramai yang mengharapkan agar acara ini menjadi perancangan yang berkala, berterusan sepanjang tahun .
ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi amat menyetujuinya namun beliau juga mempunyai perancangan yang lain dalam menjadikan Biro beliau lagi cemerlang, antaranya mengadakan Permainan Badminton seperti ini, Klinik Golf selain senamrobik, lawatan sambil belajar, perkhemahan musim cuti, hasri keluarga dan pelbagai acara lagi yang dalam perancanganBiro Belia, Sukan dan Rekreasi.

Nota: Permainan Futsal ini memakan belanja sebanyak RM 120.00 ,
namun persetujuan bersama telah dibuat, sebahagian adalah ditanggung oleh JKKKP atau bersamaan RM 60.00. Manakala perbelanjaan lain yang ada adalah atas tanggungan masing - masing.

		
Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Posted on 24/12/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, seminar motivasi, Tunas Jiran |

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Pengerusi Penganjur : Pn. Salmah LAbulla – Ketua Jiran Wanita RT KSL.

Tarikh : 26Hb. – 27Hb. – Disember 2009.

Masa : Jam 3 petang (pendaftaran).

Lokasi : Taman Pemainan Flat Persekutuan Km. 5,

Yuran Penyertaan : Rm 2.00 seorang.

Keperluan yang wajib ada :

  1. Khemah pasang siap.
  2. Makan adalah secara pot lucks.

akan di update dari masa – ke semasa.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

GAMBAR SEKITAR PROGRAM HARI KELUARGA, SAMBUTAN HARI IBU, MAJLIS PERPISAHAN DLL. 2009

Posted on 24/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Karate-Do, Pengerusi Surau, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , , , |

Gambar program Hari Keluarga, Sambutan Hari Ibu, sukaneka, persembahan Karate Do, Shuffle dan Poco – Poco. Majlis Perpisahan AJK RT KSL, AJK Surau dan peserta Program PINA (En. Khairuddin Bakar, Pn. Iswalah Arshad, En. Taulani Hamzah, En. Amran Ambodai dan Pn. Siti Mariam)

Program anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau dan JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Anggaran kehadiran seramai 150 orang, terdiri dari warga Flat Persekutuan Km.5, Pangsapuri Bukit Bendera, murid – murid Tabika Perpaduan Flat Persekutuan dan ahli keluarga dan penduduk – penduduk di taman – taman perumahan yang berdekatan, majlis dijayakan dengan meriah sekali (Banner yang terpampang adalah dari program hari keluarga Tabika Perpaduan yang lepas ed: di luar kawalan tidak tahu idea siapa,  nampak agak tidak teratur seperti tidak ada yang ditugaskan untuk menjaga kanak – kanak yang begitu ramai hadir dari bermain – main di atas pentas, keadaan dewan yang nampaknya panas menyebabkan lebih ramai orang ramai dan AJK sendiri !! yang lebih suka duduk di luar dewan dan lain lain hal yang saya mungkin terlepas pandang) antara faktor yang paling menonjol menjadikan majlis ini dilaksanakan dengan jayanya adalah kebolehan MC majlis En. Khairuddin Bakar yang versatile, berbakat dan berkebolehan dalam mengendalikan majlis yang dilaksanakan dalam tempoh yang amat singkat (Minggu lepas mesyuarat pertama untuk program ini dan malam rabu lepas adalah last meeting dan perubahan lokasi dan acara hanya dibincangkan dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja) pengalaman beliau sebagai pegawai PTD (di bawah program PINA) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan majlis pada malam ini, tidak lupa juga usaha Jiran Wanita yang begitu komited dan senantiasa bergotong royong  dalam penyediaan makanan, hadiah dan sebagainya demi menjayakan majlis – majlis anjuran RT KSL dan surau, Jiran Muda (pada malam ini diketuai oleh Aerish Ali) hebahan, menyediakan peserta bagi berbagai sukaneka dan persembahan tanpa mengharapkan imbuhan dari RT, terima kasih ini dipanjangkan lagi kepada En. Kastian Dullah yang sudi meminjamkan P.A. sistem dari jabatan beliau PULAKOP, Timbalan Pengerusi RT KSL, walaupun status beliau sebagai Pengarah PULAKOP, namun sanggup duduk semeja, memberi bantuan tenaga, masa dan sebagainya kepada pergerakan RT KSL bukan sahaja beliau malah seluruh ahli keluarga beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam organisasi RT KSL, kepada pehak – pehak yang tidak disebutkan namanya di sini peranan anda juga semua amat penting dalam majlis / program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala amal perbuatan kita.

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Hari Keluarga dan lain lain telah diubah !!

Posted on 21/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Karate-Do, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , |

Hari Keluarga, Sambutan Hari Ibu, Sukaneka dan Majlis Perpisahan yang dirancang akan diadakan pada tarikh 24Hb. Mei 2009 telah diubah tarikhnya ke tarikh yang lebih awal, iaitu pada 23 Hb. Mei 2009 bermula jam 7.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5 (disebabkan ada berberapa hal yang tidak dapat dielakkan seperti kehadiran ibu bapa dan anak masing – masing ke majlis anjuran Tabika ABIM yang di laksanakan serentak dengan perancangan awal dan acara yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga Taman Puterajaya, Telipok pada hari dan waktu yang sama 24Hb. Mei 2009).. kepada semua warga Flat Persekutuan Km.4, Km.5 dan Pangsapuri Bukit Bendera marilah beramai – ramai hadir memeriahkan majlis kami ini.

Slide1

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Jemputan Perlawanan Bola Sepak Under 13

Posted on 23/04/2009. Filed under: belia, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda, RT | Tag:, |

Jemputan Perlawanan Bola Sepak Under 13 dari KRT Taman Putera Jaya pada 1,2,3 Hb Mei 2009 bertempat di Padang Pekan Telipok.

Syarat Penyertaan:

  1. Umur 13 tahun kebawah.
  2. Pertandingan 11 sebelah.
  3. Yuran penyertaan RM 80.00
  4. Tarikh tutup penyertaan 28Hb. April 2009,
  5. Hubungi Pengerusi untuk disampaikan kepada Pengerusi KRT Taman Putera Jaya, En. Maidin Udin.

Ada berani ???

Gambar Kenangan dari Program RM JM tahun 2007

Gambar Kenangan dari Program RM JM tahun 2007

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KELAS MENGAJI QURAN

Posted on 30/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Jiran Muda, kanak kanak, Pengerusi Surau, Rakan Muda, surau flat km.5 | Tag:, , , |

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

KELAS MENGAJI QURAN TELAH DIPUTUSKAN OLEH PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN AKAN BERMULA PADA FEBRUARI INI SETIAP MALAM ISNIN SELASA DAN RABU (3 X SEMINGGU) SELEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB, BAYARAN DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM 20.00 SAHAJA SEORANG, KEPADA IBU – BAPA YANG INGIN MENDAFTAR ANAK MEREKA UNTUK KELAS MENGAJI INI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN KM.5 (USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH – 0198608724) ATAU PENGERUSI RT KSL SENDIRI (ABD. LATIFF – 0198612758) . MARILAH BERAMAI – RAMAI MENGIMARAHKAN LAGI SURAU KITA, SEKIAN..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

BARISAN AJK RT KSL PENGGAL 2009 -2010

Posted on 01/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, Rakan Muda, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

BARISAN AJK RT KSL PENGGAL
2009 -2010.

PENGERUSI : ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK.
TIMB. PENGERUSI : KASTIAN BIN HJ. DULLAH.

SETIAUSAHA : PN. ISWALAH ARSHAD.
TIMBALAN SETIAUSAHA : PN. ALOHA RAMLI.

BENDAHARI : BAILON GOLUTIN.
TIMBALAN BENDAHARI : MD. HAIDIR ABDULLAH.

KETUA JIRAN WANITA : PN. SALMAH LABULLA.
TIMB. KETUA J.W. : PN. SITI WALIAH HJ. SIDAH.

KETUA JIRAN MUDA :MD. FADHIL ABD. RAHMAN.

TIMB. KETUA JIRAN MUDA : MOHD. AERISH ALI.

KETUA TUNAS JIRAN : KHAIRUDDIN BAKAR.

JURU AUDIT I : TN. HJ. MEJAR MOHD. ZAIN.

JURU AUDIT II : ABD. RASHID AWANG TUAH.

AHLI JAWATAN KUASA RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS :

14. TAIB MUSAH.
15. NURAZLAN @ ATAI.
16. MOHAMADSHA.
17. RADIANSHAH.
18. PN. DAYANGKU INTAN
19. PN. NOORASHIKIN JEKRAH.
20. PN. RANNAH AMEDE.
21. PN. JUNIDAH MANGGAM.
22. PN. MAIMONAH AWANG ALI.

TIADA DALAM GAMBAR..

23. ISMAIL DAIM.
24. AZIZUL ALIAS.
25. PN. AIDA ADHA ABU BAKAR.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Posted on 11/05/2007. Filed under: Jiran Muda, Karate-Do, Rakan Muda, SKA |

gambar program weekend champ karate-do

Program ni masih berjalan pada tahun ini latihan dijalankan pada setiap malam Rabu dan Jumaat (kamulah harapan keluarga)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Disember 2018
    I S R K J S A
    « Feb    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...