perpaduan

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 21/01/2012. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda | Tag:, , , |

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Tarikh: 20Hb. Januari 2012.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Lokasi : Gelanggang Futsal, Yayasan Sabah.

Kota Kinabalu: suatu perlawanan untuk mencungkil bakat dalam permainan bola sepak dikalangan warga Flat Persekutuan (terutamanya dari Flat Persekutuan Km.5) telah diadakan pada 20Hb. Januari 2012 yang lepas, acara permainan futsal ini adalah atas inisiatif dari En. Mohd. Haidir Bin Abdullah dan En. Mohd Sha Bin Harun,  Ketua Bersama Biro Belia, Sukan dan Rekreasi. satu unit dibawah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) yang baru dibentuk.
Perlawanan ini berjaya mencungkil beberapa bakat pemain untuk di ketengahkan dan dikenal pasti boleh di bawa untuk perlawanan persahabatan maupun pertandingan, manakala bagi segelintir  yang lain, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di gelanggang futsal yang sebenar (berbeza dari setakat bermain di taman permainan seperti  biasa).

Permainan Futsal ini berhasil mencapai objektifnya selain lebih merapatkan uhuwah antara sesama jiran, mencungkil bakat, permainan ini juga mencapai sasaran sebenarnya, ramai yang mengharapkan agar acara ini menjadi perancangan yang berkala, berterusan sepanjang tahun .
ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi amat menyetujuinya namun beliau juga mempunyai perancangan yang lain dalam menjadikan Biro beliau lagi cemerlang, antaranya mengadakan Permainan Badminton seperti ini, Klinik Golf selain senamrobik, lawatan sambil belajar, perkhemahan musim cuti, hasri keluarga dan pelbagai acara lagi yang dalam perancanganBiro Belia, Sukan dan Rekreasi.

Nota: Permainan Futsal ini memakan belanja sebanyak RM 120.00 ,
namun persetujuan bersama telah dibuat, sebahagian adalah ditanggung oleh JKKKP atau bersamaan RM 60.00. Manakala perbelanjaan lain yang ada adalah atas tanggungan masing - masing.

		
Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5

Posted on 17/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Kepada :

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5 .

Adalah dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5. Bahawa satu mesyuarat bersama penghuni Flat Persekutuan Km .5 yang di anjurkan oleh Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : (Sabtu ) 16hHb. Januari 2010.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.

Agenda :

i.            Ucapan Pengerusi.

ii.            Ucapan Pegawai Perpaduan dari JPNIN Negeri Sabah.

iii.            Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2009

iv.            Perancangan Program / Aktiviti bagi tahun 2010.

v.            Perkara – perkara berbangkit (Hal- hal lain)

Adalah diharapkan agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 dan pehak yang menerima email ini hadir memeriahkan mesyuarat  disamping dapat saling kenal – mengenal dan mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran.

Sekian ..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Perutusan Tahun Baru 2010

Posted on 14/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

Assalamualaikum.

Salam Pepaduan,

Salam 1 Malaysia.

Walaupun sudah hampir sebulan kita melalui tahun baru 2010.. namun tidak terlalu lambat jika saya menukilkan sedikit apa yang terbuku di hati ini untuk sama – sama kita renungkan, marilah kita merenung sejenak hari – hari yang telah berlalu di kejiranan kita.. betapa ramainya sudah AJK RT KSL yang telah pergi meninggalkan kita, pada tahun 2009 sahaja jiran kita yang juga merupakan tenaga penggerak / AJK  RT dan Surau  sepertiEn. Khairuddin Bakar (Ketua Tunas Jiran ), Pn. Iswalah Arshad (Setiausaha RT KSL), Pn. Aida Adhha Abu Bakar (Ketua Biro Muslimah JK Surau dan AJK RT), En. Fadhil Hj. Abd. Rahman (Ketua Jiran Muda), En. Nurazlan Nasiruddin (Bekas Ketua Jiran Muda dan AJK RT), En. Azizul Alias (Ketua Biro Pembangunan JK Surau dan AJK RT), En. Amran Ambodai (Setiausaha JK Surau), En. Taulani Hamzah (Bendahari JK Surau), dan yang terbaru di tahun 2010 yang kita sangka dan amat kita rasai kehilangannya iaitu Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi Surau dan En. Abd. Rashid Awang Tuah (AJK RT dan Timbalan Ketua Biro Harta dan Inventori).

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Karnival I Malaysia

Posted on 03/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , , |

Program : Majlis Malam Jasamu Dikenang 2009 dan Karnival I Malaysia.

Tempoh Program : 3 Hari 2 Malam.

Lokasi : Hotel Seafest, kawaan lapang Kg. Sri Jaya, Daerah Semporna, Sabah.

Jemputan / kehadiran : 10 Orang Pengerusi KRT dari daerah – daerah seluruh Negeri Sabah, Guru – guru Tabika Perpaduan dan penolong guru dari seluruh daerah Negeri Sabah, semua kakitangan JPNIN cawangan Negeri Sabah, warga Daerah Semporna (anggaran kehadiran 3000 orang)

Tentatif Acara :

  1. Majlis Anugerah KRT cemerlang tahun 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  2. Anugerah Tabika Perpaduan Contoh 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  3. Majlis Perasmian Penutupan Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

Perasmi : YB Datuk Hj. Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya.

Banyak lagi gambar semasa di sana dalam laman facebook Rukun Tetangga.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Posted on 24/12/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, seminar motivasi, Tunas Jiran |

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Pengerusi Penganjur : Pn. Salmah LAbulla – Ketua Jiran Wanita RT KSL.

Tarikh : 26Hb. – 27Hb. – Disember 2009.

Masa : Jam 3 petang (pendaftaran).

Lokasi : Taman Pemainan Flat Persekutuan Km. 5,

Yuran Penyertaan : Rm 2.00 seorang.

Keperluan yang wajib ada :

  1. Khemah pasang siap.
  2. Makan adalah secara pot lucks.

akan di update dari masa – ke semasa.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Penyampaian Anugerah Balai Polis cemerlang

Posted on 24/12/2009. Filed under: JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL | Tag:, |

Jemputan oleh PDRM sempena Majlis Penyampaian Anugerah MCPF bagi Balai Polis cemerlang peringkat negeri Sabah pada 21Hb. Disember 2009 di Mes Pegawai Kanan PDRM , Kepayan.

Tahniah dan syabas kepada IPD Penampang Johan Kategoria A dan Balai Polis Pekan Tanjung Aru bagi kategori B .

Pemenang Anugerah MCPF tahun 2009.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Tahniah buat Semua staff Balai Polis Tanjung Aru

Posted on 16/12/2009. Filed under: perpaduan, RT, Rukun Tetangga | Tag:, , , |

Tahniah di ucapkan kepada semua Ketua Balai pegawai Polis dan semua  warga kerja Balai Polis Tanjung Aru, Pemenang Kategori B bagi Balai Polis cemerlang tahun 2009 . Anugerah MCPF 2009 ini adalah anjuran MCPF atau juga dikenali sebagai Yayasan Pencegahan Jenayah dengan kerjasama Jabatan Pepaduan Negara dan Intergrasi Nasional, sebagai pemenang Balai Polis cemerlang balai ini akan mewakili Negeri Sabah bagi peringkat kebangsaan dan jika menang lagi di peringkat kebangsaan wakil dari Balai Polis tersebut akan ke Holland / Belanda bagi tujuan lawatan sambil belajar ke negara tersebut selain sijil dan lain lain tersebut.

Buat Tuan A. Samad… kami warga kerja Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas usaha gigih tuan dan kakitangan tuan atas kejayaan ini dan terima kasih di atas jemputan buat kami semasa lawatan dan taklimat mengenai kejayaan merangkul anugerah MCPF 2009 ini

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Perpisahan Buat Pengerusi Surau Al Muhajirin

Posted on 19/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, perpaduan, surau flat km.5 | Tag:, , |

Majlis Perpisahan buat Pengerusi Surau kita yang dikasihi akan diadakan pada malam ini (Khamis) 19/11/2009 selepas solat Isyak, (majlis diadakan secara pot luck) ..


Ustadz Hafizullah Ubaidah akan berpindah dan mengajar di Pulau Pinang pada tahun hadapan, manakala pada hari Rabu ini beliau akan bercuti ke kampung halaman di semenanjung.. salam perpisahan diucapkan dan doa kami agar kejayaan, kesejahteraan, keselamatan dan keredhaan Allah bersama beliau di mana sahaja beliau berada.

Amin Ya Rabbanal alamin.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pejabat Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas

Posted on 08/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL | Tag:, |

Selepas bengkel SRS dan makan dengan Tan Sri yang mana sempat jua di kemukan kepada Tan Sri Datuk Koh Tsuk Koon mengenai idea RT Niaga ™® dan Wisma RT Sabah (hanya sempat memberikan serba sedikit mengenai vision and mission, terima kasih Tan Sri Datuk kerana sudi mendengar dan take noted mengenai idea ini)..moga – moga ada susulan dari Pn. Jessica yang juga telah di arahkan untuk mengadakan satu brainstorming, percambahan fikiran mengenai idea – idea yang telah dikemukakan oleh Pengerusi RT KSL ini.

Anyway, pada jam 2.00 petang 7Hb. November 2009 selepas sahaja majlis SRS tersebut. Pengerusi telah meminta izin untuk balik kepada Pegawai JPNI yang bertugas En. Kamaruzaman, kerana seperti yang telah di atur dan dihebahkan kepada AJK RT KSL, gotong royong membersihkan bilik tersebut menjadi Pejabat / Bilik Operasi RT KSL diadakan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ajk – ajk yang hadir kerana bertungkus lumus menjayakan program ini, kepada saudara Ismail Daim, sumbangan anda (komputer, printer, karpet, papan tanda, meja gerai dan bermacam – macam lagi walaupun bukan baru namun satu sumbangan yang amat bererti buat kami semua, inilah sikap yang harus ada dan tersemat dalam jiwa kita semua, pengorbanan yang tidak mengharapkan sebarang balasan maupun pujian, keikhlasan yang mengharukan, tuan bergerak lebih pantas dalam menggerakkan dan menjayakan organisasi ini.. moga – moga selepas ini kita akan bergerak dengan lebih sistematik dan lancar lagi insyaAllah.

surat kepada PSUPS.

gambar Pejabat RT KSL :

sebelum…

gotong royong pejabat RT KSL
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Menteri datang (Bengkel SRS Peringkat Bandaraya K.K, Penampang & Papar)

Posted on 08/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT | Tag:, , , , |

Tarikh : 7Hb. November 2009.

Masa : Jam 7.30 pagi hingga ke 5.30 petang.

Tempat : Tingkat 2, Bilik Seminar Melaka, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, Sabah.

Tentatif acara :

  • 0715-0750 : Pendaftaran.
  • 0800-0900 : Taklimat 1 Tatacara pengendalian pengurusan SRS oleh En. Kamaruzaman Bin Mohd Paad (Unit Skim Rondaan Sukarela JPNIN Sabah).
  • 0930-1130 : Ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ucapan dan perasmian bengkel SRS, Minum pagi dan sesi bergambar bersama menteri.
  • 1130-1300 : Taklimat 1 Perkara – perkara yang boleh dan tidak boleh yang ada pada kuasa mata – mata konstabel Polis oleh En. Kumar (PDRM Sabah).
  • 1300-1400 : Makan Tengah hari.
  • 1400-1500 : Taklimat 1 Cabaran – cabaran SRS oleh En. MArhadi M. Ardin unit Rukun Tetangga JPNIN Sabah.
  • 1500-1600 : Latihan Dalam Kumpulan / Pembentangan.
  • 1600-1730 : Majlis Penutupan dan penyampaian sijil ..
  • 1730 – : Bersurai.

P/s : Kehadiran Pengerusi RT KSL adalah sebagai urusetia atas pelawaan En. Kamaruzaman (terima kasih kalau memerlukan bantuan apa sahaja, jangan ragu – ragu call sahaja kami di sini)

From Bengkel SRS dan Tan Sri Koh
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Konvokesyen Tabika Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu

Posted on 07/11/2009. Filed under: JPNIN, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran | Tag:, |

Tarikh : Khamis (5Hb. November 2009)

Masa : 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari.

Tempat : Dewan Saadh, Wisma MUIS, Sembulan.

VIP : YB Hajjah Zainab bin Haji  dan pengerusi – pengerusi Rukun Tetangga dan Pengerusi JPTP di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Anggaran pengunjung : 1000 – 1500 orang.

(gambar akan diupdate sedikit masa lagi)


From RT SANA SINUN
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

INTIPATI MESYUARAT RT KSL 31102009

Posted on 01/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, tabika | Tag:, |

Mesyuarat Rt KSL dan penghuni Flat Perasekutuan Km.5 telah diadakan pada 31Hb. Oktober 2009 jam 8.00 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas. Antara intipati yang dapat dirumuskan hasil daripada mesyuarat pada malam tersebut antaranya :

  1. Melantik satu jawatankuasa Pengurusan Dewan yang diketuai oleh En. Azid Bin Mintek manakala pemegang kunci dewan adalah Pn. Rannah Amade, En. Mohamadsha Harun, En. Abd. Malik Abd. Hamid, En. Bailon Golutin, En. Ismail Daim, Oom Basti, En. Nin Junid dan Pengerusi RT KSL.
  2. Draf tatacara pemakaian dewan, terma dan syarat akan dirangka dan diputuskan setelah pehak – pehak yang terbabit penama – penama di atas  selesai ber email / bermesyuarat (akan di print untuk tatapan dan di upload ke laman).
  3. Menempatkan segala fail – fail dan harta RT KSL ke pejabat baru yang telah di pohon ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah terletak di bawah bangunan Blok E.
  4. Mengadakan gotong royong pembersihan bilik stor tersebut pada 7Hb. November 2009 jam 2.00 petang.
  5. Meletakkan pendapatan dari dewan serbaguna, kedai runcit, pelbagai bidang perniagaan lain yang akan diwujudkan berdasarkan potensi yang ada dibawah satu cawangan RT KSL yang baru dinamakan sebagai RT NIAGA ™®.
  6. Satu kertas kerja mengenai projek RT NIAGA ™® akan dikemukakan kepada JPNIN Negeri Sabah untuk mendapatkan dana permulaan.
  1. Antara program musim cuti sekolah yang dirancang dilaksanakan oleh RT KSL antaranya :
    • Program Raya Korban (akan diputuskan kemudian ketika mesyuarat bersama Jawatan Kuasa Surau Al-Muhajirin (Flat Persekutuan ) yanga akan diadakan pada khamis malam jumaat ini (5Hb. November) selepas sembahyang Isyak.
    • Program Gotong Royong pembersihan bilik stor, Blok E dan surau Al Muhajirin pada 7Hb. November 2009  (sabtu jam 2.00 petang)
    • Program Gotong Royong bersam PMS Negeri Sabah membersih kuburan Islam batu 2 1/2. pada 15Hb. November 2009 (Ahad jam ?) akan diupdate ….
    • Kelas mengaji bagi Jiran Wanita (hebahan telah dibuat , sila hubungi/sms penama ini Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah dan Pn. Rannah Amade), akan diadakan mesyuarat bersama yang berminat untuk turut serta kelas pengajian ini.
    • Kelas mengaji bagi Jiran Muda yang ditangguhkan sehingga selepas cuti persekolahan dicadangkan agar diteruskan dengan mendapatkan tenaga pengajar yang terdiri dikalangan penghuni atau anak penghuni flat sendiri.
    • Jiran Wanita merancang mengadakan perkhemahan bagi Jiran Muda pada musim cuti sekolah nanti. (akan di bawa kemesyuarat akan datang mengenainya).
    Kehadiran pada malam mesyuarat tersebut (jemputan dalam masa yang singkat tanpa sms, hanya notis di tangga – tangga flat sahaja).
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah

Posted on 11/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Akhirnya selesai sudah Program Rumah Terbuka Aidil Fitri tahun 2009 anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin Flat Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah..

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam tersebut buat wakil PSUPS . En. Herman Abd. Hamid walaupun kedatangan tuan yang lewat melalui gambar ini sahajalah yang dapat kami paparkan suasana semasa program berlangsung (buat pengetahuan tuan dan sesiapa sahaja, makan – minum semasa majlis adalah menggunakan sedikit dari geran tahunan, manakala selebihnya adalah sumbangan penghuni – penghuni flat dan taman – taman perumahan yang berhampiran) sesuatu yang cukup bermakna bagi kami, tercapai sudah hajat kita bergerak untuk menyatu padukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama komuniti di kawasan Rukun Tetangga K.S. Likas ini. Sedikit kekecewaan buat jabatan yang memayungi pergerakan Rukun Tetangga ini jemputan untuk semua kakitangan ibu pejabat telah diedarkan namun seorang pun tak muncul… hatta jika PAR di jabatan yang datang pada masa tersebut akan kami letakkan beliau di kerusi VIP bagi menghormati JPNIN Negeri Sabah.. kami faham kelemahan kami sebagai sebuah organisasi seperti ini, tanpa bimbingan, tunjuk ajar, garis panduan yang jelas, komunikasi berterusan dengan JPNIN mana – mana Rukun Tetangga pun akan malap cahayanya. kelemahan @ kepincangan yang jelas dalam struktur organisasi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas adalah kesemuanya terdiri dari Kaum Muhajirin menghuni di kediaman kuarters Kerajaan Persekutuan, setiap tahun sekurang – kurangnya 6-7 orang AJK yang akan meninggalkan JK RT KS Likas ini. ( Menjawat jawatan baru di daerah lain, pindah ke rumah baru dan lain – lain sebab) bagi yang punya keluarga di daerah sekitar Negeri Sabah , Sabtu dan Ahad selalu digunakan untuk balik kampung apalagi musim cuti sekolah..menjayakan program pada masa atau waktu seperti tadi biasanya kurang mendapat sambutan atas faktor – faktor yang disebutkan tadi..kesibukkan AJK sendiri yang terdiri dari pegawai – pegawai tinggi di jabatan masing – masing menyukarkan untuk mengatur perancangan program , percambahan fikiran semasa meeting walau apapun pengerusi RT KSL sendiri yang kurang berkesan dalam usaha menangani ini ? berikan komen anda dalam memajukan, menjadikan RT KSL menjadi satu badan pergantungan komuniti dalam segala permasalahan, penggerak perpaduan, keharmonian, pembawa manfaat buat kita semua..

Akhir kata dari kami di penghujung Syawal ini..mohon Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami semua warga kerja Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas kepada semua Agensi, jabatan dan individu yang pernah berkerjasama, berurusan dengan kami. Jika pernah nawaitu kami di pandang sinis dan membuat anda terguris maafkan kami.., Jika pernah gelak tawa, tutur kata, tingkah laku kami menyakitkan hati, mengguris rasa maafkan kami.., Jika pernah selama ini anda mengorbankan masa, tenaga dan Ringgit Malaysia menyumbang juadah makanan atau apa sahaja tanpa rela dan merasa terpaksa halalkan kami, ikhlaskan hati.. hidup kita, tumbesaran anak – anak kita, kejiranan kita di sini hanya transit semata, besok lusa siapa tahu kita kan menetap di mana? ada pakar kehidupan pernah berkata hidup ini harus seimbang dalam segala segi masa berkerja, masa beribadah, masa bersama keluarga, bersama saudara, jiran tetangga, masyarakat dan diri kita sendiri (bermuhasabah) menghabiskan masa dengan kerjaya tanpa memikirkan semua yang diperkatakan di atas adalah satu kesilapan yang besar (risiko rumah tangga porak peranda, anak membesar tanpa bimbingan ibu bapa, hilang haluan hidup, garis panduan dari yang Maha Esa, cemerlang dalam berkerjaya belum tentu cemerlang dalam membina keluarga bahagia, hidup bersaudara, umat yang di redhaiNya) jika masa anda sememangnya cukup minima dalam memenuhi semua kriteria ini jadikanlah kuantiti masa tersebut menjadi berkualiti, hargailah masa semasa bersama keluarga, bersama masyarakat, bersama keheningan diri dan usahakan mempertingkatkan kualiti masa – masa bersama yan ada dengan cara utamakan yang utama (dari buku Steven R. Covey first things first) dari hari ke hari renung – renungkanlah!! justeru itu maafkanlah kami warga kerja Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini..

YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. YANG BURUK ITU DARI KAMI JUA

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

BLACK MEETING N FAREWELL PARTY

Posted on 05/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 |

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

OPEN HOUSE DI SANA – SINI

Posted on 02/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Fitri, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Makluman …

Bahang Hari Raya Aidil Fitri masih terasa bulan Syawal belum tiba lagi kepenghujungnya. Bagi menyampaikan amanat individu dan KRT yang mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2009 ini antaranya :

  • Sabtu 3Hb. Oktober 2009. (Jam 12.00 t.hari – 5.00 petang)   –  Tn. Salim Shoib (Banglo sebelah surau)
  • Ahad 4hb. Oktober 2009 . (Jam 12.00 t.hari –  5.00 petang       –  Tn. Haji Rahman Bin Mintek (Ujana, Taman Kingfisher)
  • Ahad 4hb. Oktober 2009 . (Jam 10.00 pagi –  2.00 petang)       –  KRT Taman Puterajaya (Dewan Puterajaya, Telipok)

  • SEMUA WARGA RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS UMUMNYA DAN WARGA FLAT PERSEKUTUAN KM.5 DAN PANGSAPURI BUKIT BENDERA KHUSUSNYA DI JEMPUT HADIR KE OPEN HOUSE INI.
    SEKIAN
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    MESYUARAT RT KSL DAN SURAU 29/09/09

    Posted on 30/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

    Mesyuarat RT KSL bersama Surau Al-Muhajirin Flat Persekutuan Km.5 pada 29/09/2009 jam 8.00 malam yang turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Bandaraya Kota Kinabalu Pn. Fauziah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kami juga harap seperti ini pada masa program kelak.

    ringkasan mesyuarat yang dapat di selitkan di sini antaranya :

    • Tarikh cadangan Majlis : 10/10/2009 (Hari Sabtu)
    • Masa : jam 8.00 malam – 11.00 malam.
    • Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
    • Penganjur : RT KSL dan surau Al-Muhajirin Flat Persekutaun dan Tabika Pepaduan Flat Persekutuan? (hanya akan diputuskan setelah JPTP bermesyuarat kelak)
    • Budget : +- anggaran RM 1500.00

    Senarai Ketua AJK kecil Program :

    1. M.C. : En. Ismail Daim.
    2. Ketua JK Penyediaan Makanan : (Pn. Siti Waliah, Pn. Aloha Ramli dan AJK Jiran wanita RT KSL)
    3. Ketua JK Jamuan VIP : Pn. Hajjah Hayati Hamzah dan AJK JW RT KSL.
    4. Ketua JK Logistik : En. Jikula Mojingol.
    5. Ketua JK Tatarias dan Kebersihan : En. Aerish Ali dan JM .
    6. Ketua JK Prasarana dan Layout Majlis : En. Haidir Abdullah dan JM.
    7. Ketua JK P.A.Sistem dan elektrikal : En. Abd. Rashid Awang Tuah.
    8. Ketua JK Cenderakenangan : En. Azid Mintek.
    9. Ketua JK Hebahan dan Promosi : En. Taib Musah.
    10. Ketua JK Sumbangan Duit Raya : Pn. Salmah Labullah.
    11. Ketua JK Penyambut Tetamu : Pengerusi dan semua AJK RT KSL.
    12. Ketua JK Jemputan dan Aturcara : En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
    13. Jurugambar Majlis : En. Radianshah.

    : Pakaian Majlis : Baju Melayu dan Batik untuk yang bukan Muslim dan Baju Raya untuk AJK JW  😉

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H

    Posted on 17/09/2009. Filed under: Hari Raya Aidil Fitri, perpaduan, Rumah Terbuka | Tag:, , , |

    SALAM PERPADUAN..SALAM 1 MALAYSIA….

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL; AIDIL WAL FA IZIN..

    MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI WARGA RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS…

    KAMI AKAN UPDATE KEMBALI LAMAN INI SELEPAS RAYA UNTUK MENGHEBAHKAN KEPADA SEMUA

    JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI 1430 HIJRAH OLEH KERAJAAN NEGERI SABAH

    Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

    MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DATO’ MOHD. HATTA

    Posted on 14/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 | Tag: |

    12Hb. September 2009 bersamaan 22Hb. Ramadhan 1430 Hijrah jam 6.00 petang bertempat di Surau Flat Persekutuan km.5 dan garaj Blok A..

    Majlis berbuka puasa anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Jawatan kuasa Surau Flat Persekutuan

    TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI DATANG KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA KAMI..DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DARI KAMI KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TAK MAMPU SAYA NYATAKAN DI SINI KERANA KESUDIAN MENYUMBANG TENAGA , MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMPASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA… DAN MOHON MAAF DARI KAMI JIKA SEMASA BERLANGSUNGNYA PROGRAM TERDAPAT KEKURANGAN / KECACATAN YANG MENJENGKELKAN DATO’. TUAN, PUAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DI MASA AKAN DATANG..

    berbuka bersama dato psups
    Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

    Mesyuarat RT KSL bersama Surau Flat Persekutuan

    Posted on 06/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT KSL, Rukun Tetangga | Tag: |

    Mesyuarat Surau Flat Persekutuan dan RT Kompleks Sukan Likas pada 5Hb. September 2009, mengenai majlis berbuka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd. Aziz  Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baru..

    membincangkan perubahan tarikh baru bagi majlis tersebut yang sepatutnya diadakan pada 13 Hb. September 2009 akan diawalkan sehari kepada 12Hb. September 2009 hari Sabtu bermula jam 6.00m petang bertempat di perkarangan Surau Flat Persekutuan. (AJK RT dan Surau diminta hadir selepas sembahyang Asar untuk persiapan majlis)

    pada mesyuarat ini juga yang di adakan di perkarangan surau juga memaklumkan sumbangan sebanyak RM 5000.00 dari agensi yang terpaksa kami rahsiakan atas sebab – sebab yang ditetapkan oleh salah seorang AJK yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan ini  (moga – moga selepas ini surau kami ini akan lebih imarah dan meriah hasil dari sumbangan ini..  dan pada majlis ini juga sebanyak RM 1000 telah ditetapkan untuk perbelanjaan bagi persediaan makan minum (atas dasar perkongsian bersama antara surau dan RT KSL) manakala bagi perbelanjaan kecil yang lain adalah menggunakan tabung Ramadhan yang telah di kutip sebelum ini.

    From mesyuarat Rt n surau

    Hebahan dan jemputan yang telah diedarkan akan di war warkan sekali lagi memaklumkan mengenai perubahan ini.. Harap maklum…

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Di mana kau gula ?

    Posted on 06/09/2009. Filed under: perpaduan | Tag:, , |

    DI MANA KO GULA

    Suasana ketika orang ramai berbaris mendapatkan bekalan gula pada 6Hb. September 2009 satu minggu lebih sebelum Hari raya Aidil Fitri.. di manakah silapnya ? apakah ini satu sandiwara menjelang musim raya atau satu iktibar buat kita semua ada hikmah di sebaliknya !! siapakah punya angkar, kerajaan BN ?, KPDNHEP ?,Pengilang gula?, pembekal ?, Peniaga ? atau kita sendiri ?

    fikir – fikirkanlah..

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    « Entri-entri Sebelumnya
    •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
    • November 2018
      I S R K J S A
      « Feb    
       1234
      567891011
      12131415161718
      19202122232425
      2627282930  
    • Popular

      • Tiada
    • Arkib

    • Add to Technorati Favorites

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...