MESYUARAT

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP).

Posted on 15/01/2012. Filed under: Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, MESYUARAT, PSUPS |

Penghuni Flat Persekutuan Km. 5 dan Pangsapuri Teluk Likas,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

Sabah.

Tuan /Puan:

 Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP).

 

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) akan diadakan pada :

Tarikh             :          15 Januari 2012

Masa               :          08.00 malam

Tempat            :          Dewan Serbaguna Flat Persekutuan KM 5

 Agenda Mesyuarat :

i.         Ucapan alu-aluan Pengerusi Penaja JKKKP.

ii.         Sesi Percambahan Minda / Taklimat Ringkas seperti di Lampiran A

iii.        Pemilihan  AJK JKKKP Sesi 2012 – 2013.

iv.        Pembentukkan dan Perlantikan JK Biro – Biro      dalam JKKKP.

v.         Perkara – Perkara Berbangkit.

vi.        Hal-Hal Lain.

3.         Sehubungan itu, tuan/puan dengan ini dijemput bagi menghadiri  mesyuarat yang tersebut di atas untuk bersama-sama kami merealisasikan kewujudan badan induk wadah warga flat persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.  Kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam perkara ini amat kami hargai

 

Sekian Terima Kasih.

Yang Berusaha:

T.t: ABD LATIFF BIN HJ. MULUK

Pengerusi Penaja.

JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan

(JKKKP) Daerah Kota Kinabalu

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Mingguan Bacaan Yassin

Posted on 09/02/2010. Filed under: AJK RT KSL, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, surau flat km.5 |

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Program Aktiviti RT KSL 2010

Posted on 18/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 |

AKTIVITI / PROGRAM : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS 29/01/2010 Jumaat  2.00 Ptg. En. Kastian Hj. Dullah.
2. Maulidur Rasul 26/02/2010 Jumaat malam.

/ AJK Surau

Ceramah ** Program bersama surau.
3. Perasmian Pejabat RT

14/03/2010.

Ahad.

En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
4. Perkhemahan Jiran Muda (Kem Padu JM) Awal cuti sekolah Sabtu (13/03/2010) Pn. Salmah Labulla / AJK Jiran Muda
5. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 1

28/03/2010

Ahad Pagi.

En. Mohammad Sha Harun / En. Taib Musah
6. Perasmian RT Niaga ™® Pasaria, Bazaar, Program Ekonomi 01/05/2010 Sabtu. En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
7. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 2 05/06/2010 Sabtu Pagi.
8. Israk Miraj 09/07/2010 En. Azid Mintek / AJK Surau ** Program bersama surau.
9. Nisfu Syaaban 26/07/2010 ** Program bersama surau.
10. Moreh Ramadhan 11/08/2010 Pn. Siti Waliah / AJK Surau ** Program bersama surau.
11. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri

Awal cuti sekolah

Sabtu (04/09/2010)

En. Haidir Abdullah.
12. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 3 18/09/2010 Sabtu Pagi. En. Abd. Malik / En. Radianshah.
13. Majlis Korban 17/11/2010. Rabu. En. Ismail Daim / AJK Surau ** Program bersama surau.
14. Majlis Berkhatan Cuti sekolah (20/11 – 31/12/) Tn. Mejar Hj. Mohd Zain ** Program bersama surau.
15. Sambutan Krismas dan Tahun Baru 31/12/2010 En. Bailon Golutin / En. Jikula Monjingol
AKTIVITI / PROGRAM MINGGUAN / BULANAN : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Senam Robik / Taichi / Poco – Poco Ahad Pagi pada minggu ke- 3 En. Haidir Abdullah. 23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
2. Kelas mengaji KAFA Jiran Muda, Dewasa, Kaum Ibu ( Jiran Wanita) Seminggu 2 x.
3. Bengkel Masakan Jiran Wanita Ahad Petang pada minggu ke- 3

Pn. Salmah Labulla  / AJK Jiran Wanita.

23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
4. Tuisyen Bahasa Inggeris, Matematik Dsbnya. Seminggu 2 x.
5. Bacaan Yassin Setiap  malam Jumaat En. Ismail Daim / AJK Surau
6. Aktiviti Dewan (Badminton, Ping Pong dsb.nya) Setiap malam Sabtu

En. Azid Mintek

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5

Posted on 17/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Kepada :

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5 .

Adalah dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5. Bahawa satu mesyuarat bersama penghuni Flat Persekutuan Km .5 yang di anjurkan oleh Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : (Sabtu ) 16hHb. Januari 2010.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.

Agenda :

i.            Ucapan Pengerusi.

ii.            Ucapan Pegawai Perpaduan dari JPNIN Negeri Sabah.

iii.            Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2009

iv.            Perancangan Program / Aktiviti bagi tahun 2010.

v.            Perkara – perkara berbangkit (Hal- hal lain)

Adalah diharapkan agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 dan pehak yang menerima email ini hadir memeriahkan mesyuarat  disamping dapat saling kenal – mengenal dan mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran.

Sekian ..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Perutusan Tahun Baru 2010

Posted on 14/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

Assalamualaikum.

Salam Pepaduan,

Salam 1 Malaysia.

Walaupun sudah hampir sebulan kita melalui tahun baru 2010.. namun tidak terlalu lambat jika saya menukilkan sedikit apa yang terbuku di hati ini untuk sama – sama kita renungkan, marilah kita merenung sejenak hari – hari yang telah berlalu di kejiranan kita.. betapa ramainya sudah AJK RT KSL yang telah pergi meninggalkan kita, pada tahun 2009 sahaja jiran kita yang juga merupakan tenaga penggerak / AJK  RT dan Surau  sepertiEn. Khairuddin Bakar (Ketua Tunas Jiran ), Pn. Iswalah Arshad (Setiausaha RT KSL), Pn. Aida Adhha Abu Bakar (Ketua Biro Muslimah JK Surau dan AJK RT), En. Fadhil Hj. Abd. Rahman (Ketua Jiran Muda), En. Nurazlan Nasiruddin (Bekas Ketua Jiran Muda dan AJK RT), En. Azizul Alias (Ketua Biro Pembangunan JK Surau dan AJK RT), En. Amran Ambodai (Setiausaha JK Surau), En. Taulani Hamzah (Bendahari JK Surau), dan yang terbaru di tahun 2010 yang kita sangka dan amat kita rasai kehilangannya iaitu Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi Surau dan En. Abd. Rashid Awang Tuah (AJK RT dan Timbalan Ketua Biro Harta dan Inventori).

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Tazkirah terakhir Ustadz Hafizullah Ubaidah

Posted on 20/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, Ramadhan Al Mubarak, RT, surau flat km.5 | Tag: |

19Hb. November 2009. Selepas bacaan yasin dan tahlil seperti setiap malam jumaat di surau Al Muhajirin .. Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi surau Al Muhajirin yang kita kasihi menyampaikan tazkirah terakhir beliau dan amanat buat segelintir AJK Surau yg hadir..

bagi pehak RT KSL yang berusaha mengatur majlis yang di buat secara tergesa -gesa ini, memohon maaf kepada Ustadz Hafiz kerana kehadiran yang tak seberapa apa lagi dalam suasana hujan lebat (bagaikan sendu di hati kami atas kehilangan pemimpin dan pembimbing kami dalam mencari keredhaan Illahi) .. sedih, pilu dan terkontang – kanting kami kini mencari pengganti tuan .. dan seperti amalan Saidina Umar Al Khatab..Tuan telah mencalonkan 3 nama  sebagai pengganti tuan iaitu Ustadz  Khairi, Ustadz Norawi dan Saudara Ismail Daim.. kami akan putuskan pada masa yang sesuai kelak.

Buat makluman yang tidak hadir pada malam tersebut Ustadz kita ini kemungkinan akan mengajar di Sekolah Menengah Francis Xavier dan akan kembali sebentar pada penghujung bulan Disember ini untuk menguruskan beberapa perkara sebelum beliau pergi berhijrah yang kita pun tidak pasti akan berpeluang atau tidak bersua dengan beliau kembali…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Perpisahan Buat Pengerusi Surau Al Muhajirin

Posted on 19/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, perpaduan, surau flat km.5 | Tag:, , |

Majlis Perpisahan buat Pengerusi Surau kita yang dikasihi akan diadakan pada malam ini (Khamis) 19/11/2009 selepas solat Isyak, (majlis diadakan secara pot luck) ..


Ustadz Hafizullah Ubaidah akan berpindah dan mengajar di Pulau Pinang pada tahun hadapan, manakala pada hari Rabu ini beliau akan bercuti ke kampung halaman di semenanjung.. salam perpisahan diucapkan dan doa kami agar kejayaan, kesejahteraan, keselamatan dan keredhaan Allah bersama beliau di mana sahaja beliau berada.

Amin Ya Rabbanal alamin.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas

Posted on 07/11/2009. Filed under: Flat Persekutuan, JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran |

Tarikh : 3Hb. November 2009.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Intipati Mesyuarat :

1). Ucapan alu – aluan Pemangku Pengerusi JPTP merangkap Timbalan Pengerusi : En. Norbi Sadi.
2). Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu : Pn. Fauziah Salleh.
3). Ucapan Pengerusi RT KSL : Abd. Latiff Hj. Muluk.
3.1): Ucapan Pengerusi RT KSL mengenai kekecohan / kesilapan yang mengaibkan terjadi di akhir – akhir pemergian Pengerusi yang lama , sebelum ini Pn. Aida Adhha Abu Bakar (mengikut suami yang telah tamat program integrasi nasioanal PINA) kekesalan di akhir – akhir pertemuan , kejiranan dengan tragedi perselisihan faham dengan pengerusi RT KSL yang cuma menjalankan tanggung jawab sebagai juruaudit JPTP Flat Persekutuan mengenai jumlah pengeluaran wang yang agak besar pada masa tersebut.
3.2): Kekecewaan dan kesal dengan penyebaran cerita bahawa data – data komputer milik JPTP Flat Persekutuan telah di delete oleh seseorang. Pengerusi mencadangkan laporan polis dibuat mengenai hal ini, kerana cerita tersebut menjadikan pengerusi sebagai suspek utama memandangkan beliau dan pembantu guru tabika yang ada sekarang sahaja memgang kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.3): Pengerusi memaklumkan dan memohon tindakan kepada semua yang hadir , bahawa mulai saat/malam tersebut beliau secara sedar mengumumkan perletakkan jawatan serta merta sebagai juruaudit JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.4): memaklumkan kepada semua memandangkan situasi yang tidak menyihatkan sekarang RT KSL akan dan sedang menjalani proses perpindahan ke blok E yang sesuai untuk dijadikan ruang pejabat dan stor aset RT KSL. Setelah selesai proses perpindahan tersebut (minggu hadapan) kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan akan diserahkan kepada pehak yang berkenaan.
4). Mesyuarat juga memaklumkan mengenai Konvokesyen Tabika yang akan dijayakan pada 5Hb. November di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu Rm 55.00 seorang dikenakan kepada ibu bapa murid bagi gambar dan lain – lain.
5). PPD juga memaklumkan dan menyenaraikan laporan kewangan yang menjadi kontrovesi terrsebut seperti berikut :
– Mural = $1500.00
– Cat = $500.00
– Upah mengecat = $150.00
– Perbelanjaan Tabikarama = $260.00
– (akan diupdate)

– Makan = $ 500.00

– Perbelanjaan = (akan di update)

– Baki ditangan = $ 1800.00

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

INTIPATI MESYUARAT RT KSL 31102009

Posted on 01/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, tabika | Tag:, |

Mesyuarat Rt KSL dan penghuni Flat Perasekutuan Km.5 telah diadakan pada 31Hb. Oktober 2009 jam 8.00 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas. Antara intipati yang dapat dirumuskan hasil daripada mesyuarat pada malam tersebut antaranya :

  1. Melantik satu jawatankuasa Pengurusan Dewan yang diketuai oleh En. Azid Bin Mintek manakala pemegang kunci dewan adalah Pn. Rannah Amade, En. Mohamadsha Harun, En. Abd. Malik Abd. Hamid, En. Bailon Golutin, En. Ismail Daim, Oom Basti, En. Nin Junid dan Pengerusi RT KSL.
  2. Draf tatacara pemakaian dewan, terma dan syarat akan dirangka dan diputuskan setelah pehak – pehak yang terbabit penama – penama di atas  selesai ber email / bermesyuarat (akan di print untuk tatapan dan di upload ke laman).
  3. Menempatkan segala fail – fail dan harta RT KSL ke pejabat baru yang telah di pohon ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah terletak di bawah bangunan Blok E.
  4. Mengadakan gotong royong pembersihan bilik stor tersebut pada 7Hb. November 2009 jam 2.00 petang.
  5. Meletakkan pendapatan dari dewan serbaguna, kedai runcit, pelbagai bidang perniagaan lain yang akan diwujudkan berdasarkan potensi yang ada dibawah satu cawangan RT KSL yang baru dinamakan sebagai RT NIAGA ™®.
  6. Satu kertas kerja mengenai projek RT NIAGA ™® akan dikemukakan kepada JPNIN Negeri Sabah untuk mendapatkan dana permulaan.
  1. Antara program musim cuti sekolah yang dirancang dilaksanakan oleh RT KSL antaranya :
    • Program Raya Korban (akan diputuskan kemudian ketika mesyuarat bersama Jawatan Kuasa Surau Al-Muhajirin (Flat Persekutuan ) yanga akan diadakan pada khamis malam jumaat ini (5Hb. November) selepas sembahyang Isyak.
    • Program Gotong Royong pembersihan bilik stor, Blok E dan surau Al Muhajirin pada 7Hb. November 2009  (sabtu jam 2.00 petang)
    • Program Gotong Royong bersam PMS Negeri Sabah membersih kuburan Islam batu 2 1/2. pada 15Hb. November 2009 (Ahad jam ?) akan diupdate ….
    • Kelas mengaji bagi Jiran Wanita (hebahan telah dibuat , sila hubungi/sms penama ini Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah dan Pn. Rannah Amade), akan diadakan mesyuarat bersama yang berminat untuk turut serta kelas pengajian ini.
    • Kelas mengaji bagi Jiran Muda yang ditangguhkan sehingga selepas cuti persekolahan dicadangkan agar diteruskan dengan mendapatkan tenaga pengajar yang terdiri dikalangan penghuni atau anak penghuni flat sendiri.
    • Jiran Wanita merancang mengadakan perkhemahan bagi Jiran Muda pada musim cuti sekolah nanti. (akan di bawa kemesyuarat akan datang mengenainya).
    Kehadiran pada malam mesyuarat tersebut (jemputan dalam masa yang singkat tanpa sms, hanya notis di tangga – tangga flat sahaja).
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

BLACK MEETING N FAREWELL PARTY

Posted on 05/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 |

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat RT KSL bersama Surau Flat Persekutuan

Posted on 06/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT KSL, Rukun Tetangga | Tag: |

Mesyuarat Surau Flat Persekutuan dan RT Kompleks Sukan Likas pada 5Hb. September 2009, mengenai majlis berbuka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd. Aziz  Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baru..

membincangkan perubahan tarikh baru bagi majlis tersebut yang sepatutnya diadakan pada 13 Hb. September 2009 akan diawalkan sehari kepada 12Hb. September 2009 hari Sabtu bermula jam 6.00m petang bertempat di perkarangan Surau Flat Persekutuan. (AJK RT dan Surau diminta hadir selepas sembahyang Asar untuk persiapan majlis)

pada mesyuarat ini juga yang di adakan di perkarangan surau juga memaklumkan sumbangan sebanyak RM 5000.00 dari agensi yang terpaksa kami rahsiakan atas sebab – sebab yang ditetapkan oleh salah seorang AJK yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan ini  (moga – moga selepas ini surau kami ini akan lebih imarah dan meriah hasil dari sumbangan ini..  dan pada majlis ini juga sebanyak RM 1000 telah ditetapkan untuk perbelanjaan bagi persediaan makan minum (atas dasar perkongsian bersama antara surau dan RT KSL) manakala bagi perbelanjaan kecil yang lain adalah menggunakan tabung Ramadhan yang telah di kutip sebelum ini.

From mesyuarat Rt n surau

Hebahan dan jemputan yang telah diedarkan akan di war warkan sekali lagi memaklumkan mengenai perubahan ini.. Harap maklum…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1430 HIJRAH

Posted on 29/08/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ 1430 HIJRAH DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.

Kepada tuan – puan yang ingin ber AMAL JARIAH sempena Bulan  Ramadhan  Al Mubaraq ini  bolehlah menghantar  terus ke surau mengikut tarikh – tarikh yang ditetapkan ini JADUAL INI HANYA CADANGAN SAHAJA TIADA PAKSAAN DALAM AMALAN BERSEDEKAH. (Tujuan utama untuk mengelakkan pembaziran dan persamaan menu, bagi sesiapa yang tidak bersetuju kepada tarikh yang ditetapkan bolehlah bertukar secara suka sama suka dengan jiran anda dan bagi yang tidak mempunyai masa dan hanya ingin menyumbang wang ringgit sahaja  bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Surau (Ustadz Hafizullah 019-8608724) @ Pengerusi RT KSL (Abd Latiff Hj. Muluk  Rmh. 088-243069 / 019-8612758) MOHON MAAF JIKA NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI….

(MASUK SAHAJA DI MALAM – MALAM YANG ANDA SUKA) !!

TARIKH

SENARAI GILIRAN

LOT / BLOK No.

CATATAN

1 Ramadhan 1430

TN. SALIM BIN SHOIB SD 1

EN. AZIZUL BIN ALIAS SD 2

2 Ramadhan 1430

EN. SADIM BIN ABDUL LH 5

EN. AWANG SALLEH BIN MAHMUD LH 3

3 Ramadhan 1430

IR.  DATU JAMIGUL HJ. DATU SALIN LH 1

PN. MAIMONAH BT. HJ. AWANG ALI A 2-1

4 Ramadhan 1430

PN. SALMAH BINTI LABULLA A 4-1

EN. ABD MANAP BIN ALI OMAR A 3-1

5 Ramadhan 1430

EN. MOHD. SHA HARUN A 4-2

A 3-2

6 Ramadhan 1430

PN. SALAMAH BINTI LUKIN A 4-3

EN. AZID BIN MINTEK A 3-3

7 Ramadhan 1430

EN. RADIANSHAH LASAENO A 2-2

TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. YAHAYA A 1-4

8 Ramadhan 1430

EN. NIN JUNID B 1-1

EN. OSMAN ABDULLAH B 2-2

9 Ramadhan 1430

EN. RAYMIE BIN HJ. AMIRIL B 1-2

EN. ABDULDAN BIN ADTONG B 4-4

10 Ramadhan 1430

EN. ABD. RASHID BIN AWG. TUAH B 4-2

EN. ALIAS TUDIN BIN SAPAUN B 3-2

11 Ramadhan 1430

EN. NORBI BIN SAID C 1-1

PN. HABIB SAIFAH BINTI HABIB AHMAD C 2-1

12 Ramadhan 1430

PN. ANNIE BINTI LASUMIN C 1-2

EN. JEMSEE BIN ONGGI C 2-3

13 Ramadhan 1430

EN. SUEDAH ABD WAHAB C 3-1

PN. ASHIKIN BT. JEKARAH C 4-1

14 Ramadhan 1430

EN. ROSLI BIN BILMAHRUF C 4-2

EN. KASTIAN HJ. DULLAH C 4-4

15 Ramadhan 1430

PN. ZAINUN BINTI SAIBOL D 4-1

EN. HUSIN KASIM D 3-1

16 Ramadhan 1430

PN. NORNI BINTI TATUNG D 4-2

PN. ALOHA BINTI RAMLIE D 3-4

17 Ramadhan 1430

EN. ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK D 4-4

EN. MALIK D 1-1

18 Ramadhan 1430

PN. NORHAYATI BINTI AWG. ANAK D 2-1

PN. MARIANI BINTI AWANG D 1-2

19 Ramadhan 1430

PN. ASMAH @ AISAH HJ. SABALAS D 1-3

EN. HASLEH BIN DUALIS D 2-3

20 Ramadhan 1430

PN. MURNI BINTI HJ. ISMAIL E 4-1

PN. AZLINA BINTI LINGGAM E 2-4

21 Ramadhan 1430

PN. SITI AINE AG. AHMAD E 3-2

PN. NORZANAH BINTI MADIRIN E 4-2

22 Ramadhan 1430

PN. MUSMAINI BINTI RATIMIN E 3-3

PN. DAYANGKU INTAN BINTI PG. ZAINAL ABIDIN E 4-3

23 Ramadhan 1430

PN. LELA BINTI DAMSA E 3-4

PN. MASTINI BINTI WATA E 4-4

24 Ramadhan 1430

PN. JUNIDAH BINTI MANGGAM E 2-1

EN. MOHD. SUHAILI BIN AWG. ALI E 1-1

25 Ramadhan 1430

PN. SITI ROHAIDAH M. RAZALI E 1-3

PN. SALMAH BINTI MUSTAPAH E 2-3

26 Ramadhan 1430

TN. MEJAR HJ. MOHD. ZAIN B1 PP, JBB

EN. ISMAIL BIN DAIM A3 PP, JBB

27 Ramadhan 1430

RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JK SURAU FLAT PERSEKUTUAN

28 Ramadhan 1430

USTADZ HAFIZULAH UBAIDAH YAKIM JAYA

USTADZ AHMAD YAAKUB T. A/BANGSA

29 Ramadhan 1430

USTADH MD. HAIRI A. HALIM T. A/BANGSA

USTADZ NORAWI HARUN FLAT GURU

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ihya Ramadhan

Posted on 17/08/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, surau flat km.5 |

Mesyuarat AJK  RT KSL bersama AJK Surau Flat Persekutuan membincangkan perancangan dan perlaksanaan sambutan menjelang Ramadhan (pengisian seperti pada posting sebelum ini)

P1010180




Suasana semasa Majlis ceramah Ihya Ramadhan berlangsung

Ihya Ramadhan
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KEMASKINI UNTUK AUDIT AKAUN RT KSL

Posted on 12/07/2009. Filed under: AJK RT KSL, borang, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, RT, RT KSL, Rukun Tetangga | Tag: |

AUDIT KEWANGAN RUKUN TETANGGA DARI BULAN JANUARI 2007 HINGGA 2009.

Seperti yang pernah di war -war kan di halaman yang sebelum ini. Laporan kewangan akaun Rukun Tetangga di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu akan di audit pada bulan Julai 2009.

AJK RT KSL telah melaksanakan tugasan yang diberi ini dengan mengorbankan malam minggu mereka dengan menjalankan amanah tersebut untuk menyediakan laporan kewangan untuk diaudit ini agar berjalan dengan sempurna.

Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha adalah diwajibkan hadir pada 18 Hb. Julai 2009 jam 2.00 petang di pejabat PPNIN Bandaraya Kota Kinabalu untuk membentangkan laporan kewangan dari Bulan Januari 2007 hingga terkini pada Jun 2009..

Kelihatan dalam gambar Bendahari lama dan bendahari baru sedang tekun menyemak, meneliti segala fail yang ada dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jiran Wanita yang  merupakan isteri kepada Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, persiapan di adakan di rumah Pengerusi RT KSL sendiri. penyediaan laporan audit ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 2.00 pagi..

dan untuk makluman semua bagi mengemaskinikan lagi penyediaan laporan kewangan untuk audit ini.. satu mesyuarat akan diadakan pada 15Hb. Julai ini pada jam 8.30 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan km.5. diminta semua AJK RT KSL meluangkan masa hadir ke mesyuarat untuk mendengar taklimat dan membincangkan beberapa perkara penting. Harap Maklum..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat Jawatan Kuasa Penyelaras Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 16/06/2009. Filed under: JPNIN, MESYUARAT, perpaduan, RT, Rukun Tetangga | Tag:, , , |

Tarikh : 15Hb. Jun – 2009.
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Pusat SRT Sembulan Lama, Kota Kinablu.

Agenda Utama :
1. Persediaan bagi KRT – KRT Bandaraya Kota Kinabalu ke Program Karnival Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah.

– segala perbelanjaan untuk menghadiri Karnival Perpaduan ini yang di adakan pada 10 – 21Hb. Jun 2009 bertempat di Daerah Sandakan ini adalah menggunakan akaun geran Rukun Tetangga masing – masing berjumlah sebanyak RM 700 pengiraan perbelanjaan adalah seperti berikut :

  • Perbelanjaan minyak kereta (1 kereta kongsi untuk 2 RT @ 4 orang) = (di bayar kepada pemilik kereta RM 300) / 2 = RM 150.00
  • Perbelanjaan makan – minum sepanjang program RM 75 perperson X 2 orang (satu RT limit wakil @2 orang @ untuk 3 hari) = RM 150.00
  • Penginapan untuk (2 orang @  1 bilik) RM 100 X 3 hari = RM 300.00
  • Pembelian T-shirt dan cap bagi peserta @ RM 50.00 X 2 = RM 100.00

Jumlah keseluruhan geran setiap KRT wajib dikeluarkan = RM 700.00

Jadual perjalanan :

  • 8.00 pagi – Berkumpul untuk konvoi di Dewan Serbaguna Taman Putera Jaya, Telipok pada 19Hb. Jun (Hari Jumaat).
  • 8.30 pagi bertolak ke Sandakan melalui Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas – Paitan – Sandakan. (perhentian sementara Shell Pekan Kota Marudu dan Check Point Batu 32 Sandakan)
  • Agenda perjalanan seterusnya boleh didapat dari jadual yang tertera.

2.  Audit Akaun Rukun Tetangga bermula tahun 2007 hingga 2009 akan diadakan pada setiap KRT bermula pada bulan Julai ini, semua KRT diminta menyediakan dokumen – dokumen yang berkenaan mengenai tatacara perlaksanaan dan pengeluaran wang dari akaun RT masing – masing.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Hasil Mesyuarat RT KSL 19-04-2009

Posted on 21/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, borang, Flat Persekutuan, Jiran Wanita, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

Mesyuarat yang berlangsung pada malam Ahad lepas 19/04/09 (ramai yang tidak sedar akan adanya mesyuarat pada malam tersebut kerana mungkin Setiausaha kita Pn. Iswalah Arshad berada di Kuala Lumpur dan tarikh bagi mesyuarat ini telah ditetapkan dan dimaklumkan pada AJK yang hadir last meeting sebelum tu (bagi acara bersama surau Program Maulidur Rasul) antara intipati penting yang dapat dihebahkan kepada semua mengenai hasil mesyuarat tersebut antaranya:

  1. Diminta semua AJK RT KSL agar menghantar gambar berukuran passport kepada Pengerusi seberapa kadar yang segera, ketidak adaan gambar tersebut, membantutkan usaha Pengerusi bersua dengan Pegawai JPNIN Kota Kinabalu En. Madevan Markandan (i have no point and no excuse) dan usaha JPNIN untuk mengemaskini profail RT KSL, pengagihan geran tahunan dan insuran bagi AJK.  Harap Maklum….. (yang belum menghantar gambar Pn. Iswalah Arshad, Pn. Aloha Ramli, Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah, Md. Fadhil Bin Abd. Rahman, Nurazlan @Atai, Radianshah, Pn. Noorashikin Jekrah, Pn. Rannah Amede, Pn. Junidah Manggam, Pn. Maimonah Awang Ali, Ismail Daim, Azizul Alias dan Pn. Aida Addha.

  2. Makluman kepada semua.. Pehak JKR telah berjanji kepada AJK RT KSL kita En. Khairuddin Bakar yang pehak mereka akan mengecat semula Petak Kuning bagi laluan penghuni flat keluar ke jalanraya simpang ke tiga(Jalan Kompleks Sukan Likas) dalam tempoh masa satu bulan. Terima kasih, tahniah dan syabas diucapkan atas usaha tuan.

  3. Hasil dari pertemuan, perbincangan enam mata antara Pengerusi, En. Ismail dengan Timbalan Pengarah Jakim (Ustadz Nasrun). Pehak Jakim akan coba mendapat guru Tahmir (wanita) bagi Jiran Wanita menjalankan aktivi mereeka (Kelas mengaji, Fardhu Ain dan Kifayah) manakala bagi kaum bapa usaha sedang dijalankan untuk melantik ustadz – ustadz yang ada sekarang (AJK surau) menjadi tenaga pengajar. (Ustadz Hafizullah telah memaklumkan kepada saya yang kelas mengaji dewasa Insya Allah akan dimulakan pada malam Ahad ini 25/04/2009 selepas sembahyang Maghrib.

  4. Satu surat akan diserahkan kepada PNS (dulunya JPPS) melalui En. Ismail memohon papan tanda terbuang atau yang telah lupus untuk di recycle kembali bagi kegunaan RT KSL untuk memasang papan makluman / hebahan kepada penghuni Flat mengenai sebarang aktiviti atau program yang sedang berlangsung atau akan dijayakan , papan hebahan ini akan dipasang dihadapan laluan menuju masuk ke Flat Persekutuan km.5.

  5. Kedai runcit dan jualan kuih muih yang telah diluluskan oleh PSUPS dan akan dibuka pada waktu yang terdekat (renovation semula pondok pengawal keselamatan yang ada sekarang menjadi menjadi kedai runcit sedang rancak dijalankan. editor) kepada sesiapa yang sudi untuk mengadakan usaha sama perniagaan yang strategik bolehlah menghubungi Ketua Jiran Wanita Pn. Salmah Labulla atau Timbalan beliau Pn. Siti Waliah Hj. Sidah bagi maklumat lanjut.

  6. Penternakan Ikan Keli. Projek penternakan bersama AJK Surau akan dilaksanakan pada suatu masa belum dapat ditentukan (bergantung kepada perkiraan modal dan kajian yang dijalankan oleh En. Ismail Daim) buat masa ini sistem penternakan ikan keli dalam kanvas ini hanya terbuka kepada AJK RT KSL dan surau sahaja, jika didapati menguntungkan barulah dikembangkan kepada semua komunit yang ada, jika projek ini merugikan segala kerugian akan ditanggung oleh AJK RT/Surau yang terlibat sahaja.

  7. Setelah berbincang dengan En. Nin Junid, staff PSUPS bagian pengurusan harta, harta – harta kerajaan yang tedapat di dalam Flat (seperti katil, kerusi, meja dan sebagainya) akan dilupuskan oleh pehak mereka pada suatu masa yang akan ditentukan kelak, justeru itu adalah dapat agar semua penghuni memberikan kerjasama kepada pehak RT KSL dengan menyenaraikan barang – barang tersebut dan menyerahkan kepada pengerusi atau email sahaja kepada rtksl.admin@gmail.com.

  8. Makluman kepada semua Penolong Guru Tabika Perpaduan yang ada sekarang Cik Sumiam Rosiman telah berhenti kerja(pada 15/04/2009) kerana mendapat tawaran jawatan baru  sebagai guru prasekolah di SK Mengkabong dan pembantu baru bagi Cik Ramlah (Guru Tabika Perpaduan Flat Persekutuan) akan melapor diri pada Isnin ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan akan di sambung semula ke satu masa yang akan ditentukan kelak….

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Laman baru surau

Posted on 20/04/2009. Filed under: ceramah agama, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, surau flat km.5 |

Assalamualaikum …..

Kepada Jemaah Surau Flat Persekutuan Km.5 dan atas permintaan pengerusi surau kita satu lagi laman telah di reka oleh admin RT KSL mengkhusus kepada kegiatan dan aktivit di sekitar surau kepada yang sudi jenguk jenguklah di laman ini.

http://surauflat.wordpress.com/

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

AJK JPTP KSL PENGGAL 2009

Posted on 24/01/2009. Filed under: JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran |

PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN BARU AHLI JAWATAN KUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS BAGI PENGGAL 2009 TELAH DIADAKA PADA 23Hb. JANUARI JAM 7.30 MALAM BERTEMPAT DI TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN KM.5, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.

KEPUTUSAN MESYUARAT :

PENGERUSI : PN. AIDA ADHA ABU BAKAR.

TIMBALAN PENGERUSI : EN. NORBI HJ. SADI.

SETIAUSAHA : CIK RAMLAH RAHMAT.

TIMBALAN SETIAUSAHA : PN. ALOHA RAMLI.

BENDAHARI : CIK SUMIAM ROSIMAN.

AJK :

1. PN. MAIMAH ADIS .
2.
3.
4.

(SEMUA YANG HADIR PADA MESYUARAT TERSEBUT, AKAN DI UPDATE JIKA DATA DIPEROLEHI)

TURUT HADIR :

1. EN. MADAVAN A/L MARKANDAN.

(PEG. PERPADUAN BANDARAYA K.K. / WAKIL  JPNIN)

2. EN. ABD. LATIFF HJ. MULUK.

(PENGERUSI RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KUNJUNGAN HORMAT KE PSUPS

Posted on 19/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, RT KSL, Rukun Tetangga | Tag:, , , , |

SEPERTI YANG TELAH DIPUTUSKAN PADA MESYUARAT 17Hb. JANUARI LEPAS, PENGERUSI PENGANJUR SAUDARA KASTIAN HJ. DULLAH TELAH DAPAT MENCAPAI KATA SEPAKAT DENGAN PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN NEGERI SABAH. DAN BELIAU DIMAKLUMKAN TARIKH KUNJUNGAN HORMAT TERSEBUT BOLEH DIBUAT PADA 10Hb. FEBRUARI JAM 2.30 PETANG, SATU MESYUARAT AKAN DIADAKAN SEKALI LAGI UNTUK SEMUA AJK DAPAT MEMPERBINCANGKAN PERKARA INI SECARA LEBIH DETAIL.

HARAP MAKLUM..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat pertama AJK RT KSL 2009

Posted on 18/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, hari keluarga, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Jiran Muda, JPNIN, Karate-Do, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, tabika | Tag: |

Mesyuarat Pertama AJK RT KSL pada 2009

Tarikh : 17/01/2009.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km. 5.

AGENDA :

1. Ucapan alu aluan Pengerusi Rukun Tetangga KSL. Bacaan doa oleh En. Azizul Alias

2. Perbincangan Program / Kalendar aktiviti 2009.

  1. Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS (Pengerusi penganjur En. Kastian Hj. Dullah)

  2. Senam Robik. (Pengerusi Penganjur En. Khairuddin Bakar dan AJK Jiran Muda)
  3. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri (Pengerusi penganjur Tn. Mejar Hj. Mohd Zain).
  4. Pertandingan Badminton. (Pengerusi Penganjur Fadhil Abd, Rahman dan AJK Jiran Muda)
  5. Hari Keluarga (Pengerusi Penganjur En. Khairuddin Bakar)

  6. Lawatan. (Pengerusi Penganjur En. Ismail Daim)
  7. Majlis Bersama Surau (Program Bersama). Pengerusi Ustadz Hafizullah Ubaidah.
  8. Pasaria, Bazaar, Program Ekonomi (Pengerusi Penganjur Pn. Maimonah Awang Ali)

3. Perlantikan Ketua – Ketua Biro dalam RT KSL.

  1. Ketua Biro Penerangan, Media dan IT : (En. Taib Musah.)
  2. Ketua Biro Agama : (Tn. Mejar Hj. Mohd Zain)
  3. Ketua Biro Kebajikan dan Kesihatan : (En. Mohammad Sha)
  4. Ketua Biro Logistik dan Tugas – Tugas Khas : (En. Bailon Golutin)
  5. Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : (En. Khairuddin Bakar)

4. Perkara berbangkit / hal – hal lain.

  • Aktiviti Senam Robik akan di adakan pada setiap Hari Ahad ketiga setiap bulan (kecuali diputuskan hari yang sesuai untuk menggantikannya) pada jam 7.30 – 8.30 pagi.
  • Aktiviti bermain Badminton dan Ping Pong penghuni Flat dan AJK RT KSL ditetapkan pada setiap malam Sabtu, selepas waktu Isyak. manakala tambahan hari akan ditentukan oleh En. Abd. Fadhil Abd. Rahman dan AJK Jiran Muda).
  • Segala pengurusan, tata cara pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5 akan ditentukan dan telah diambil alih oleh J Kuasa Jiran Muda.  peraturan, kertas kerja mengenainya akan diajukan ke Pejabat SUPS melalui  RT KSL untuk penambah baikkan dan sokongan

  • Perbelanjaan Pengurusan Organisasi RT  KSL untuk makluman dan disepakati bersama antaranya

  • RM 20 untuk panggilan telefon, sms dan penyediaan minit mesyuarat oleh Setiausaha RT.

  • RM 30 untuk penyediaan makan minum semasa mesyuarat.
  • Rm 50 untuk penyediaan makan minum bagi mesyuarat bersama penghuni, AJK Surau dll.
  • RM 10 bagi penyediaan kertas kerja oleh Pengerusi Penganjur Program (sebanyak 3 salinan)
  • RM 10 bagi tuntutan Setiausaha atau Bendahari semasa mengeluarkan wang di Akaun Bank BIMB,
  • RM 10 bagi tuntutan perjalanan wakil AJK ke jemputan RT atau JPNIN di peringkat Bandaraya Kota Kinabalu,
  • RM ? akan diputuskan pada mesyuarat atau budi bicara Pengerusi bagi jemputan di luar Bandaraya atau yang memerlukan penyewaan kenderaan.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

« Entri-entri Sebelumnya
  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Oktober 2018
    I S R K J S A
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...