kanak kanak

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 21/01/2012. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda | Tag:, , , |

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Tarikh: 20Hb. Januari 2012.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Lokasi : Gelanggang Futsal, Yayasan Sabah.

Kota Kinabalu: suatu perlawanan untuk mencungkil bakat dalam permainan bola sepak dikalangan warga Flat Persekutuan (terutamanya dari Flat Persekutuan Km.5) telah diadakan pada 20Hb. Januari 2012 yang lepas, acara permainan futsal ini adalah atas inisiatif dari En. Mohd. Haidir Bin Abdullah dan En. Mohd Sha Bin Harun,  Ketua Bersama Biro Belia, Sukan dan Rekreasi. satu unit dibawah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) yang baru dibentuk.
Perlawanan ini berjaya mencungkil beberapa bakat pemain untuk di ketengahkan dan dikenal pasti boleh di bawa untuk perlawanan persahabatan maupun pertandingan, manakala bagi segelintir  yang lain, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di gelanggang futsal yang sebenar (berbeza dari setakat bermain di taman permainan seperti  biasa).

Permainan Futsal ini berhasil mencapai objektifnya selain lebih merapatkan uhuwah antara sesama jiran, mencungkil bakat, permainan ini juga mencapai sasaran sebenarnya, ramai yang mengharapkan agar acara ini menjadi perancangan yang berkala, berterusan sepanjang tahun .
ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi amat menyetujuinya namun beliau juga mempunyai perancangan yang lain dalam menjadikan Biro beliau lagi cemerlang, antaranya mengadakan Permainan Badminton seperti ini, Klinik Golf selain senamrobik, lawatan sambil belajar, perkhemahan musim cuti, hasri keluarga dan pelbagai acara lagi yang dalam perancanganBiro Belia, Sukan dan Rekreasi.

Nota: Permainan Futsal ini memakan belanja sebanyak RM 120.00 ,
namun persetujuan bersama telah dibuat, sebahagian adalah ditanggung oleh JKKKP atau bersamaan RM 60.00. Manakala perbelanjaan lain yang ada adalah atas tanggungan masing - masing.

		
Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Posted on 24/12/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, seminar motivasi, Tunas Jiran |

Program Akhir Tahun 2009 (Perkhemahan Jiran Muda RT KSL)

Pengerusi Penganjur : Pn. Salmah LAbulla – Ketua Jiran Wanita RT KSL.

Tarikh : 26Hb. – 27Hb. – Disember 2009.

Masa : Jam 3 petang (pendaftaran).

Lokasi : Taman Pemainan Flat Persekutuan Km. 5,

Yuran Penyertaan : Rm 2.00 seorang.

Keperluan yang wajib ada :

  1. Khemah pasang siap.
  2. Makan adalah secara pot lucks.

akan di update dari masa – ke semasa.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas

Posted on 07/11/2009. Filed under: Flat Persekutuan, JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran |

Tarikh : 3Hb. November 2009.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Intipati Mesyuarat :

1). Ucapan alu – aluan Pemangku Pengerusi JPTP merangkap Timbalan Pengerusi : En. Norbi Sadi.
2). Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu : Pn. Fauziah Salleh.
3). Ucapan Pengerusi RT KSL : Abd. Latiff Hj. Muluk.
3.1): Ucapan Pengerusi RT KSL mengenai kekecohan / kesilapan yang mengaibkan terjadi di akhir – akhir pemergian Pengerusi yang lama , sebelum ini Pn. Aida Adhha Abu Bakar (mengikut suami yang telah tamat program integrasi nasioanal PINA) kekesalan di akhir – akhir pertemuan , kejiranan dengan tragedi perselisihan faham dengan pengerusi RT KSL yang cuma menjalankan tanggung jawab sebagai juruaudit JPTP Flat Persekutuan mengenai jumlah pengeluaran wang yang agak besar pada masa tersebut.
3.2): Kekecewaan dan kesal dengan penyebaran cerita bahawa data – data komputer milik JPTP Flat Persekutuan telah di delete oleh seseorang. Pengerusi mencadangkan laporan polis dibuat mengenai hal ini, kerana cerita tersebut menjadikan pengerusi sebagai suspek utama memandangkan beliau dan pembantu guru tabika yang ada sekarang sahaja memgang kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.3): Pengerusi memaklumkan dan memohon tindakan kepada semua yang hadir , bahawa mulai saat/malam tersebut beliau secara sedar mengumumkan perletakkan jawatan serta merta sebagai juruaudit JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.4): memaklumkan kepada semua memandangkan situasi yang tidak menyihatkan sekarang RT KSL akan dan sedang menjalani proses perpindahan ke blok E yang sesuai untuk dijadikan ruang pejabat dan stor aset RT KSL. Setelah selesai proses perpindahan tersebut (minggu hadapan) kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan akan diserahkan kepada pehak yang berkenaan.
4). Mesyuarat juga memaklumkan mengenai Konvokesyen Tabika yang akan dijayakan pada 5Hb. November di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu Rm 55.00 seorang dikenakan kepada ibu bapa murid bagi gambar dan lain – lain.
5). PPD juga memaklumkan dan menyenaraikan laporan kewangan yang menjadi kontrovesi terrsebut seperti berikut :
– Mural = $1500.00
– Cat = $500.00
– Upah mengecat = $150.00
– Perbelanjaan Tabikarama = $260.00
– (akan diupdate)

– Makan = $ 500.00

– Perbelanjaan = (akan di update)

– Baki ditangan = $ 1800.00

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

INTIPATI MESYUARAT RT KSL 31102009

Posted on 01/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, tabika | Tag:, |

Mesyuarat Rt KSL dan penghuni Flat Perasekutuan Km.5 telah diadakan pada 31Hb. Oktober 2009 jam 8.00 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas. Antara intipati yang dapat dirumuskan hasil daripada mesyuarat pada malam tersebut antaranya :

  1. Melantik satu jawatankuasa Pengurusan Dewan yang diketuai oleh En. Azid Bin Mintek manakala pemegang kunci dewan adalah Pn. Rannah Amade, En. Mohamadsha Harun, En. Abd. Malik Abd. Hamid, En. Bailon Golutin, En. Ismail Daim, Oom Basti, En. Nin Junid dan Pengerusi RT KSL.
  2. Draf tatacara pemakaian dewan, terma dan syarat akan dirangka dan diputuskan setelah pehak – pehak yang terbabit penama – penama di atas  selesai ber email / bermesyuarat (akan di print untuk tatapan dan di upload ke laman).
  3. Menempatkan segala fail – fail dan harta RT KSL ke pejabat baru yang telah di pohon ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah terletak di bawah bangunan Blok E.
  4. Mengadakan gotong royong pembersihan bilik stor tersebut pada 7Hb. November 2009 jam 2.00 petang.
  5. Meletakkan pendapatan dari dewan serbaguna, kedai runcit, pelbagai bidang perniagaan lain yang akan diwujudkan berdasarkan potensi yang ada dibawah satu cawangan RT KSL yang baru dinamakan sebagai RT NIAGA ™®.
  6. Satu kertas kerja mengenai projek RT NIAGA ™® akan dikemukakan kepada JPNIN Negeri Sabah untuk mendapatkan dana permulaan.
  1. Antara program musim cuti sekolah yang dirancang dilaksanakan oleh RT KSL antaranya :
    • Program Raya Korban (akan diputuskan kemudian ketika mesyuarat bersama Jawatan Kuasa Surau Al-Muhajirin (Flat Persekutuan ) yanga akan diadakan pada khamis malam jumaat ini (5Hb. November) selepas sembahyang Isyak.
    • Program Gotong Royong pembersihan bilik stor, Blok E dan surau Al Muhajirin pada 7Hb. November 2009  (sabtu jam 2.00 petang)
    • Program Gotong Royong bersam PMS Negeri Sabah membersih kuburan Islam batu 2 1/2. pada 15Hb. November 2009 (Ahad jam ?) akan diupdate ….
    • Kelas mengaji bagi Jiran Wanita (hebahan telah dibuat , sila hubungi/sms penama ini Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah dan Pn. Rannah Amade), akan diadakan mesyuarat bersama yang berminat untuk turut serta kelas pengajian ini.
    • Kelas mengaji bagi Jiran Muda yang ditangguhkan sehingga selepas cuti persekolahan dicadangkan agar diteruskan dengan mendapatkan tenaga pengajar yang terdiri dikalangan penghuni atau anak penghuni flat sendiri.
    • Jiran Wanita merancang mengadakan perkhemahan bagi Jiran Muda pada musim cuti sekolah nanti. (akan di bawa kemesyuarat akan datang mengenainya).
    Kehadiran pada malam mesyuarat tersebut (jemputan dalam masa yang singkat tanpa sms, hanya notis di tangga – tangga flat sahaja).
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah

Posted on 11/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Akhirnya selesai sudah Program Rumah Terbuka Aidil Fitri tahun 2009 anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin Flat Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah..

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam tersebut buat wakil PSUPS . En. Herman Abd. Hamid walaupun kedatangan tuan yang lewat melalui gambar ini sahajalah yang dapat kami paparkan suasana semasa program berlangsung (buat pengetahuan tuan dan sesiapa sahaja, makan – minum semasa majlis adalah menggunakan sedikit dari geran tahunan, manakala selebihnya adalah sumbangan penghuni – penghuni flat dan taman – taman perumahan yang berhampiran) sesuatu yang cukup bermakna bagi kami, tercapai sudah hajat kita bergerak untuk menyatu padukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama komuniti di kawasan Rukun Tetangga K.S. Likas ini. Sedikit kekecewaan buat jabatan yang memayungi pergerakan Rukun Tetangga ini jemputan untuk semua kakitangan ibu pejabat telah diedarkan namun seorang pun tak muncul… hatta jika PAR di jabatan yang datang pada masa tersebut akan kami letakkan beliau di kerusi VIP bagi menghormati JPNIN Negeri Sabah.. kami faham kelemahan kami sebagai sebuah organisasi seperti ini, tanpa bimbingan, tunjuk ajar, garis panduan yang jelas, komunikasi berterusan dengan JPNIN mana – mana Rukun Tetangga pun akan malap cahayanya. kelemahan @ kepincangan yang jelas dalam struktur organisasi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas adalah kesemuanya terdiri dari Kaum Muhajirin menghuni di kediaman kuarters Kerajaan Persekutuan, setiap tahun sekurang – kurangnya 6-7 orang AJK yang akan meninggalkan JK RT KS Likas ini. ( Menjawat jawatan baru di daerah lain, pindah ke rumah baru dan lain – lain sebab) bagi yang punya keluarga di daerah sekitar Negeri Sabah , Sabtu dan Ahad selalu digunakan untuk balik kampung apalagi musim cuti sekolah..menjayakan program pada masa atau waktu seperti tadi biasanya kurang mendapat sambutan atas faktor – faktor yang disebutkan tadi..kesibukkan AJK sendiri yang terdiri dari pegawai – pegawai tinggi di jabatan masing – masing menyukarkan untuk mengatur perancangan program , percambahan fikiran semasa meeting walau apapun pengerusi RT KSL sendiri yang kurang berkesan dalam usaha menangani ini ? berikan komen anda dalam memajukan, menjadikan RT KSL menjadi satu badan pergantungan komuniti dalam segala permasalahan, penggerak perpaduan, keharmonian, pembawa manfaat buat kita semua..

Akhir kata dari kami di penghujung Syawal ini..mohon Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami semua warga kerja Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas kepada semua Agensi, jabatan dan individu yang pernah berkerjasama, berurusan dengan kami. Jika pernah nawaitu kami di pandang sinis dan membuat anda terguris maafkan kami.., Jika pernah gelak tawa, tutur kata, tingkah laku kami menyakitkan hati, mengguris rasa maafkan kami.., Jika pernah selama ini anda mengorbankan masa, tenaga dan Ringgit Malaysia menyumbang juadah makanan atau apa sahaja tanpa rela dan merasa terpaksa halalkan kami, ikhlaskan hati.. hidup kita, tumbesaran anak – anak kita, kejiranan kita di sini hanya transit semata, besok lusa siapa tahu kita kan menetap di mana? ada pakar kehidupan pernah berkata hidup ini harus seimbang dalam segala segi masa berkerja, masa beribadah, masa bersama keluarga, bersama saudara, jiran tetangga, masyarakat dan diri kita sendiri (bermuhasabah) menghabiskan masa dengan kerjaya tanpa memikirkan semua yang diperkatakan di atas adalah satu kesilapan yang besar (risiko rumah tangga porak peranda, anak membesar tanpa bimbingan ibu bapa, hilang haluan hidup, garis panduan dari yang Maha Esa, cemerlang dalam berkerjaya belum tentu cemerlang dalam membina keluarga bahagia, hidup bersaudara, umat yang di redhaiNya) jika masa anda sememangnya cukup minima dalam memenuhi semua kriteria ini jadikanlah kuantiti masa tersebut menjadi berkualiti, hargailah masa semasa bersama keluarga, bersama masyarakat, bersama keheningan diri dan usahakan mempertingkatkan kualiti masa – masa bersama yan ada dengan cara utamakan yang utama (dari buku Steven R. Covey first things first) dari hari ke hari renung – renungkanlah!! justeru itu maafkanlah kami warga kerja Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini..

YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. YANG BURUK ITU DARI KAMI JUA

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

OPEN HOUSE THE FINAL EPISODE ?

Posted on 09/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Pengerusi Surau, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 | Tag: |

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…

Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

MESYUARAT RT KSL DAN SURAU 29/09/09

Posted on 30/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Mesyuarat RT KSL bersama Surau Al-Muhajirin Flat Persekutuan Km.5 pada 29/09/2009 jam 8.00 malam yang turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Bandaraya Kota Kinabalu Pn. Fauziah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kami juga harap seperti ini pada masa program kelak.

ringkasan mesyuarat yang dapat di selitkan di sini antaranya :

  • Tarikh cadangan Majlis : 10/10/2009 (Hari Sabtu)
  • Masa : jam 8.00 malam – 11.00 malam.
  • Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
  • Penganjur : RT KSL dan surau Al-Muhajirin Flat Persekutaun dan Tabika Pepaduan Flat Persekutuan? (hanya akan diputuskan setelah JPTP bermesyuarat kelak)
  • Budget : +- anggaran RM 1500.00

Senarai Ketua AJK kecil Program :

  1. M.C. : En. Ismail Daim.
  2. Ketua JK Penyediaan Makanan : (Pn. Siti Waliah, Pn. Aloha Ramli dan AJK Jiran wanita RT KSL)
  3. Ketua JK Jamuan VIP : Pn. Hajjah Hayati Hamzah dan AJK JW RT KSL.
  4. Ketua JK Logistik : En. Jikula Mojingol.
  5. Ketua JK Tatarias dan Kebersihan : En. Aerish Ali dan JM .
  6. Ketua JK Prasarana dan Layout Majlis : En. Haidir Abdullah dan JM.
  7. Ketua JK P.A.Sistem dan elektrikal : En. Abd. Rashid Awang Tuah.
  8. Ketua JK Cenderakenangan : En. Azid Mintek.
  9. Ketua JK Hebahan dan Promosi : En. Taib Musah.
  10. Ketua JK Sumbangan Duit Raya : Pn. Salmah Labullah.
  11. Ketua JK Penyambut Tetamu : Pengerusi dan semua AJK RT KSL.
  12. Ketua JK Jemputan dan Aturcara : En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
  13. Jurugambar Majlis : En. Radianshah.

: Pakaian Majlis : Baju Melayu dan Batik untuk yang bukan Muslim dan Baju Raya untuk AJK JW  😉

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

GAMBAR SEKITAR PROGRAM HARI KELUARGA, SAMBUTAN HARI IBU, MAJLIS PERPISAHAN DLL. 2009

Posted on 24/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Karate-Do, Pengerusi Surau, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , , , |

Gambar program Hari Keluarga, Sambutan Hari Ibu, sukaneka, persembahan Karate Do, Shuffle dan Poco – Poco. Majlis Perpisahan AJK RT KSL, AJK Surau dan peserta Program PINA (En. Khairuddin Bakar, Pn. Iswalah Arshad, En. Taulani Hamzah, En. Amran Ambodai dan Pn. Siti Mariam)

Program anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau dan JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Anggaran kehadiran seramai 150 orang, terdiri dari warga Flat Persekutuan Km.5, Pangsapuri Bukit Bendera, murid – murid Tabika Perpaduan Flat Persekutuan dan ahli keluarga dan penduduk – penduduk di taman – taman perumahan yang berdekatan, majlis dijayakan dengan meriah sekali (Banner yang terpampang adalah dari program hari keluarga Tabika Perpaduan yang lepas ed: di luar kawalan tidak tahu idea siapa,  nampak agak tidak teratur seperti tidak ada yang ditugaskan untuk menjaga kanak – kanak yang begitu ramai hadir dari bermain – main di atas pentas, keadaan dewan yang nampaknya panas menyebabkan lebih ramai orang ramai dan AJK sendiri !! yang lebih suka duduk di luar dewan dan lain lain hal yang saya mungkin terlepas pandang) antara faktor yang paling menonjol menjadikan majlis ini dilaksanakan dengan jayanya adalah kebolehan MC majlis En. Khairuddin Bakar yang versatile, berbakat dan berkebolehan dalam mengendalikan majlis yang dilaksanakan dalam tempoh yang amat singkat (Minggu lepas mesyuarat pertama untuk program ini dan malam rabu lepas adalah last meeting dan perubahan lokasi dan acara hanya dibincangkan dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja) pengalaman beliau sebagai pegawai PTD (di bawah program PINA) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan majlis pada malam ini, tidak lupa juga usaha Jiran Wanita yang begitu komited dan senantiasa bergotong royong  dalam penyediaan makanan, hadiah dan sebagainya demi menjayakan majlis – majlis anjuran RT KSL dan surau, Jiran Muda (pada malam ini diketuai oleh Aerish Ali) hebahan, menyediakan peserta bagi berbagai sukaneka dan persembahan tanpa mengharapkan imbuhan dari RT, terima kasih ini dipanjangkan lagi kepada En. Kastian Dullah yang sudi meminjamkan P.A. sistem dari jabatan beliau PULAKOP, Timbalan Pengerusi RT KSL, walaupun status beliau sebagai Pengarah PULAKOP, namun sanggup duduk semeja, memberi bantuan tenaga, masa dan sebagainya kepada pergerakan RT KSL bukan sahaja beliau malah seluruh ahli keluarga beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam organisasi RT KSL, kepada pehak – pehak yang tidak disebutkan namanya di sini peranan anda juga semua amat penting dalam majlis / program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala amal perbuatan kita.

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Hari Keluarga dan lain lain telah diubah !!

Posted on 21/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Karate-Do, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , |

Hari Keluarga, Sambutan Hari Ibu, Sukaneka dan Majlis Perpisahan yang dirancang akan diadakan pada tarikh 24Hb. Mei 2009 telah diubah tarikhnya ke tarikh yang lebih awal, iaitu pada 23 Hb. Mei 2009 bermula jam 7.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5 (disebabkan ada berberapa hal yang tidak dapat dielakkan seperti kehadiran ibu bapa dan anak masing – masing ke majlis anjuran Tabika ABIM yang di laksanakan serentak dengan perancangan awal dan acara yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga Taman Puterajaya, Telipok pada hari dan waktu yang sama 24Hb. Mei 2009).. kepada semua warga Flat Persekutuan Km.4, Km.5 dan Pangsapuri Bukit Bendera marilah beramai – ramai hadir memeriahkan majlis kami ini.

Slide1

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

HEBAHAN TERKINI

Posted on 19/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran | Tag: |

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Jemputan Perlawanan Bola Sepak Under 13

Posted on 23/04/2009. Filed under: belia, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda, RT | Tag:, |

Jemputan Perlawanan Bola Sepak Under 13 dari KRT Taman Putera Jaya pada 1,2,3 Hb Mei 2009 bertempat di Padang Pekan Telipok.

Syarat Penyertaan:

  1. Umur 13 tahun kebawah.
  2. Pertandingan 11 sebelah.
  3. Yuran penyertaan RM 80.00
  4. Tarikh tutup penyertaan 28Hb. April 2009,
  5. Hubungi Pengerusi untuk disampaikan kepada Pengerusi KRT Taman Putera Jaya, En. Maidin Udin.

Ada berani ???

Gambar Kenangan dari Program RM JM tahun 2007

Gambar Kenangan dari Program RM JM tahun 2007

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

DI PENGHUJUNG MAULIDUR RASUL 2009

Posted on 12/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Kenduri, Pengerusi Surau, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, Tunas Jiran |

Mungkin kami terlambat dalam menjalankan acara ini,  masalah kesibukkan AJK RT KSL dan AJK Surau Flat Persekutuan Km.5 adalah salah satu penyebab utama mengapa program ini baru sahaja dilaksanakan, minggu pertama Maulidur Rasul (Pengerusi RT KSL mengikuti kursus di PJ selama seminggu – Kursus Penyelenggaraan Komputer), minggu ke dua pengerusi baru balik tup tup sakitlah pulak dekat seminggu baru sembuh lepas tu minggu berikutnya Pengerusi Surau terpaksa bergegas balik Ke Kedah menziarah Bapa Mertua yang telah masuk ICU kerana kemalangan.. Malam Jumaat (10/04/09 jam 8.30 malam) di Tabika Perpaduan Kompleks Sukan Likas mesyuarat bersama antara RT KSL dan AJK Surau mengenai majlis ini  dan pada malam ini 12/04/09 acara dilaksanakan dengan jayanya.. (Walau tak se gah pada tahun 2008) Terima kasih kepada semua pehak , individu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menjayakan majlis ini.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang layak membalas jasa dan amal tuan puan..

(Gambar – gambar ini adalah courtesy En. Bailon Golutin / pemilik kamera Samsung L201)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Gotong Royong Jiran Wanita

Posted on 11/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Kenduri, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran. Pada 11Hb. April-2009. Bertempat di Surau Flat Persekutuan Km.5.

Aturcara sebelah pagi :

9.30 Pagi :

Berkumpul di Surau gotong – royong memasak.

12.00 T/hari:

Jamuan Makan

1.30

Petang :

Gotong – royong memasak disambung semula.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KELAS MENGAJI QURAN

Posted on 30/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Jiran Muda, kanak kanak, Pengerusi Surau, Rakan Muda, surau flat km.5 | Tag:, , , |

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

KELAS MENGAJI QURAN TELAH DIPUTUSKAN OLEH PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN AKAN BERMULA PADA FEBRUARI INI SETIAP MALAM ISNIN SELASA DAN RABU (3 X SEMINGGU) SELEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB, BAYARAN DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM 20.00 SAHAJA SEORANG, KEPADA IBU – BAPA YANG INGIN MENDAFTAR ANAK MEREKA UNTUK KELAS MENGAJI INI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN KM.5 (USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH – 0198608724) ATAU PENGERUSI RT KSL SENDIRI (ABD. LATIFF – 0198612758) . MARILAH BERAMAI – RAMAI MENGIMARAHKAN LAGI SURAU KITA, SEKIAN..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

AJK JPTP KSL PENGGAL 2009

Posted on 24/01/2009. Filed under: JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran |

PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN BARU AHLI JAWATAN KUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS BAGI PENGGAL 2009 TELAH DIADAKA PADA 23Hb. JANUARI JAM 7.30 MALAM BERTEMPAT DI TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN KM.5, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.

KEPUTUSAN MESYUARAT :

PENGERUSI : PN. AIDA ADHA ABU BAKAR.

TIMBALAN PENGERUSI : EN. NORBI HJ. SADI.

SETIAUSAHA : CIK RAMLAH RAHMAT.

TIMBALAN SETIAUSAHA : PN. ALOHA RAMLI.

BENDAHARI : CIK SUMIAM ROSIMAN.

AJK :

1. PN. MAIMAH ADIS .
2.
3.
4.

(SEMUA YANG HADIR PADA MESYUARAT TERSEBUT, AKAN DI UPDATE JIKA DATA DIPEROLEHI)

TURUT HADIR :

1. EN. MADAVAN A/L MARKANDAN.

(PEG. PERPADUAN BANDARAYA K.K. / WAKIL  JPNIN)

2. EN. ABD. LATIFF HJ. MULUK.

(PENGERUSI RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SELAMAT HARI IBU KEPADA PN. SALMAH (KETUA JIRAN WANITA)

Posted on 24/01/2009. Filed under: Flat Persekutuan, hari keluarga, Jiran Wanita, kanak kanak, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

salmah-labullanursi1

PUAN SALMAH LABULLAH. (PENGERUSI JIRAN WANITA) TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK PEREMPUAN KE 2 PADA HARI KHAMIS LALU, WARGA RT KSL MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KELUARGA PN. SALMAH DAN SUAMI BELIAU (EN.NURSI NONCHI) ATAS KELAHIRAN AHLI KELUARGA BARU INI. DAN BAGI SESIAPA YANG SUDI DATANGLAH MENJENGUK BELIAU DI BLOK A PADA MUSIM CUTI PERAYAAN INI, MOGA KELAHIRAN BAYI INI AKAN MENJADIKAN KELUARGA INI MENJADI LEBIH BAHAGIA, DIMURAHKAN REZEKI DAN PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DI MASA MASA AKAN DATANG,  AMIN..

img_4992img_49931

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Mei 2018
    I S R K J S A
    « Feb    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...