AJK RT KSL

KURSUS LATIHAN ASAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN RUKUN TETANGGA 2015

Posted on 12/04/2015. Filed under: AJK RT KSL |

Tarikh: 12-04-2015.
Lokasi: Sky Hotel.
Karamunsing, Kota Kinabalu. Anjuran: Jpnin N. Sabah.

image

image

image

image

Posted from WordPress for Android

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Direktori Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah 2015

Posted on 08/03/2015. Filed under: AJK RT KSL |

Pengurusan Atasan

Nama Jawatan Telefon
Datuk Borhan bin DolahDatuk Borhan bin Dolah Setiausaha Persekutuan Sabah 088-488881
Musa Bin SulaimanMusa Bin Sulaiman Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah 088-488881
Shaun Pravind RobertShaun Pravind Robert Ketua Penolong Setiausaha (BPPH) 088-488881

Unit Integriti

Nama Jawatan Telefon
Arfian bin JulianArfian bin Julian Penolong Setiausaha (Unit Integriti) 088-488881

Unit Perhubungan Awam

Nama Jawatan Telefon
Joumil bin EkimJoumil bin Ekim Penolong Pegawai Perhubungan Awam 088-488881
Kustina Isabella binti KuminKustina Isabella binti Kumin Pembantu Tadbir 088-488881

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama Jawatan Telefon
Martini binti MuhammadMartini binti Muhammad Penolong Setiausaha (Kewangan) 088-488881
Nelly binti AnjumNelly binti Anjum Penolong Setiausaha (Pentadbiran ) 088-488881
Mohamad Azwani bin RazabMohamad Azwani bin Razab Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 088-488881
Siti Sarimah binti JamalSiti Sarimah binti Jamal Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan 1) 088-488887
Norzanah binti MadirinNorzanah binti Madirin Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan 2) 088-488881
Nin bin JunidNin bin Junid Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran) 088-488881
Mohd Fadzli Bin Abdul RashidMohd Fadzli Bin Abdul Rashid Penolong Pegawai Perpustakaan 088-488881
Runaini binti Abdul MuminRunaini binti Abdul Mumin Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) 088-488881
Abdul Rahim bin Abdul SalimAbdul Rahim bin Abdul Salim Pembantu Tadbir (Kewangan) 088-488881
Faizul Amri bin SarkomFaizul Amri bin Sarkom Juruteknik Komputer 088-488881
Clarence DavidClarence David Pembantu Tadbir 088-488881
Marysia binti MejorMarysia binti Mejor Pembantu Tadbir 088-488881
Bibby Rosazeana binti MajuilBibby Rosazeana binti Majuil Pembantu Tadbir 088-488881
Nur Asrifah binti Abd SamatNur Asrifah binti Abd Samat Pembantu Tadbir 088-488881
Sulung Au Shin LingSulung Au Shin Ling Pembantu Tadbir 088-488881
Rayner Harry DanisRayner Harry Danis Pembantu Perpustakaan 088-488881
Suzyanna YapSuzyanna Yap Pembantu Perpustakaan 088-488881
Sinin bin KassimSinin bin Kassim Pemandu Kenderaan 088-488881
Johan bin IyahJohan bin Iyah Pemandu Kenderaan 088-488881
Sabli bin UsoSabli bin Uso Pemandu Kenderaan 088-488881
Mohd Azromy bin Abd. KayumMohd Azromy bin Abd. Kayum Pemandu Kenderaan 088-488881
Noridah @ Roridah binti Sani Noridah @ Roridah binti Sani Pembantu Am Rendah 088-488881
Arman bin Ag. BesarArman bin Ag. Besar Pembantu Am Rendah 088-488881
Vinga LantuisVinga Lantuis Pekerja Rendah Awam 088-488881
Predi SulaimanPredi Sulaiman Pekerja Rendah Awam 088-488881

Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Harta

Nama Jawatan Telefon
Ritnie Cashelda Binti MansorRitnie Cashelda Binti Mansor Penolong Setiausaha (Unit Pengurusan Harta) 088-488881
Emildah Binti Sabin @ SabiniEmildah Binti Sabin @ Sabini Penolong Setiausaha (Unit Pembangunan) 088-488881
Aris bin Haji TaminAris bin Haji Tamin Penolong Pegawai Tadbir 088-488881
Dg. Suryati Binti Awg. IbrahimDg. Suryati Binti Awg. Ibrahim Ketua Pembantu Tadbir (Pengurusan Harta) 088-488881
Marcus GonsuinMarcus Gonsuin Juruteknik 088-488881
Roseline LiniuRoseline Liniu Juruteknik 088-488881
Morris AmitMorris Amit Juruteknik 088-488881
Boleh bin DasBoleh bin Das Tukang 088-488881
Sharnieezwan Bin SualeeSharnieezwan Bin Sualee Pembantu Kemahiran 088-488881
Clare Nelly UngahClare Nelly Ungah Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan 3) 088-488881
Noor Hani binti JaafarNoor Hani binti Jaafar Pembantu Tadbir 088-488881
Feny Ferona binti EjosFeny Ferona binti Ejos Pembantu Tadbir 088-488881
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pengaktifan semula Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (post lama)

Posted on 22/02/2015. Filed under: AJK RT KSL |

10289852_10152474758611495_9123789456719025020_n

Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mula diaktifkan kembali pada 1.1.2014.

Nota Kaki:
Kehadiran seramai 3 pegawai JPNIN Negeri Sabah pada masa mesyuarat pengaktifan dan pemilihan jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas bagi penggal 2014 – 2015 adalah sesuatu petunjuk yang amat mengujakan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Balik ke pangkal jalan.

Posted on 22/02/2015. Filed under: AJK RT KSL |

Assalamualaikum dan salam perpaduan. .
Sungguh tersangat lah lamanya tidak mengambil peduli dan mengikuti perkembangan rukun tetangga dan menceritakan perkembangan program perpaduan  di tempat sendiri maupun di persekitaran amnya.
Walaupun telah menarik diri dari penglibatan sepenuhnya dengan Rukun Tetangga pada tahun 2010. . Namun atas rasa ada perkara yang perlu diselesaikan. . Ada amanah yang dipertanggungjawabkan. .
Bermula 1.4.2014 organisasi KRT Kompleks Sukan Likas diberi nafas baru kembali  (walaupun pengerusi nya masih muka lama) dengan barisan ajk yang baru dan segar rata2 nya..  adalah menjadi harapan kami agar penggal 2014-2015 ini menjadi satu penanda aras , benchmark bagi legasi yang ingin kami wariskan. .
Nota kaki:
Program dan aktiviti lebih banyak di siarkan melalui laman media sosial http://www.facebook.com/RT.1Malaysia .. status fb pengerusi, para ajk dan group2 whatsapp ..
Teruskan bersama kami untuk perkembangan selanjutnya.
Salam perpaduan.
Admin: Abd Latiff HM.
Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas  penggal 2014-2015.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Posted on 08/05/2012. Filed under: AJK RT KSL |

WAZIEN ENTERPRISE (BUSINESS AND SERVICE)

Tempahan boleh dibuat di pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, No. 1 Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu atau telefon 088-521803.
Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Menggatal, Dewan Serbaguna Damai dan Luyang.

Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Menggatal, Dewan Serbaguna Damai dan Luyang
Penggunaan Harga Sewa 1 Jam
Kejohanan/pertandingan sukan, mesyuarat, taklimat, upacara sambutan, majlis makan, pameran, seminar, majlis perkahwinan, sambutan hari keluarga dan sebagainya. RM60.00
Tambahan caj (RM50.00) 1 jam sebelum dan 1jam selepas acara dikenakan
Persediaan, Penyusunan mengemas dan meninggalkan barang-barang dalam dewan. RM25.00
Hawa dingin (Dewan Masyarakat Kota Kinabalu sahaja) RM300.00 bagi 6 jam pertama dan RM50.00 bagi setiap jam seterusnya
Permaidani ( Karpet ) RM200.00
Antara latihan sukan/permainan:
i)   Badminton RM8.00 (1 gelanggang)
ii)  Bola Keranjang RM25.00 (seluruh dewan)
iii) Bola Lantai/Floor Ball RM25.00 (seluruh dewan)
Dewan Serbaguna Tanjung Aru, Likas, Sri Kepayan, Kingfisher, Cenderakasih dan Dewan Muhibbah Sembulan.
Penggunaan  Harga Sewa 1 Jam
Kejohanan/pertandingan sukan, mesyuarat, taklimat, upacara sambutan, majlis…

View original post 188 more words

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 21/01/2012. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, kanak kanak, perpaduan, Rakan Muda | Tag:, , , |

Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.

Tarikh: 20Hb. Januari 2012.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Lokasi : Gelanggang Futsal, Yayasan Sabah.

Kota Kinabalu: suatu perlawanan untuk mencungkil bakat dalam permainan bola sepak dikalangan warga Flat Persekutuan (terutamanya dari Flat Persekutuan Km.5) telah diadakan pada 20Hb. Januari 2012 yang lepas, acara permainan futsal ini adalah atas inisiatif dari En. Mohd. Haidir Bin Abdullah dan En. Mohd Sha Bin Harun,  Ketua Bersama Biro Belia, Sukan dan Rekreasi. satu unit dibawah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) yang baru dibentuk.
Perlawanan ini berjaya mencungkil beberapa bakat pemain untuk di ketengahkan dan dikenal pasti boleh di bawa untuk perlawanan persahabatan maupun pertandingan, manakala bagi segelintir  yang lain, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di gelanggang futsal yang sebenar (berbeza dari setakat bermain di taman permainan seperti  biasa).

Permainan Futsal ini berhasil mencapai objektifnya selain lebih merapatkan uhuwah antara sesama jiran, mencungkil bakat, permainan ini juga mencapai sasaran sebenarnya, ramai yang mengharapkan agar acara ini menjadi perancangan yang berkala, berterusan sepanjang tahun .
ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi amat menyetujuinya namun beliau juga mempunyai perancangan yang lain dalam menjadikan Biro beliau lagi cemerlang, antaranya mengadakan Permainan Badminton seperti ini, Klinik Golf selain senamrobik, lawatan sambil belajar, perkhemahan musim cuti, hasri keluarga dan pelbagai acara lagi yang dalam perancanganBiro Belia, Sukan dan Rekreasi.

Nota: Permainan Futsal ini memakan belanja sebanyak RM 120.00 ,
namun persetujuan bersama telah dibuat, sebahagian adalah ditanggung oleh JKKKP atau bersamaan RM 60.00. Manakala perbelanjaan lain yang ada adalah atas tanggungan masing - masing.


							Read Full Post | Make a Comment  ( None so far ) 

					

Kenduri Kesyukuran Kerana Kecemerlangan Dalam PMR , Majlis Perpisahan ‘Jasamu Dikenang’

Posted on 21/01/2012. Filed under: AJK RT KSL | Tag:, , , , , |

Kenduri Kesyukuran Kerana Kecemerlangan Dalam PMR , Majlis Perpisahan ‘Jasamu Dikenang’

 

Tarikh: Malam Jumaat (19/01/2012).

Masa: Selepas Solat Maghrib.

Tempat:  Surau Al Muhajirin, Flat Persekutuan Km.5 , Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Tentatif Acara:

  • Solat Maghrib .
  • Kenduri Doa Selamat,
  • Bacaan Yasin dan Tahlil.
  • Kenduri Kesyukuran kerana kecemerlangan dalam PMR lepas ( 8 A). (tahniah buat Saudara Mohd. Sha Bin Harun sekeluarga).
  • Solat Isyak .
  • Solat Hajat (di imamkan oleh Ustadz Norawi Bin Harun).
  • Jamuan Makan Malam (Jutaan Terima kasih buat Tuan Mohd. Sha Bin Harun dan Keluarga atas sumbangan juadah hidangan / jamuan yang sungguh sedap dan begitu menyelerakan).
  • Penyampaian Cendera kenangan ‘Jasa mu di kenang’ buat Saudara Abdul Manap Bin Ali Omar dan Isteri, Puan Jamaliah Ding Basir. (Atas segala sumbangan tenaga, idea, wang ringgit yang tidak terhitung sepanjang 6 tahun menetap di kediaman Flat Persekutuan Km.5 )

Penglibatan mereka sekeluarga dalam Jawatankuasa Surau Al Muhajirin dan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (kini dikenali Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan / JKKKP) amatlah besar dan cukup dihargai. Hanya Allah s.w.t sahaj yang layak membalasnya dan moga ukhuwah antara kita semua tetap berkekalan ..

link ke gambar :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=349855998359809&set=p.349855998359809&type=1&theater

Nota: Perbelanjaan diambil dari Dana JKKKP: RM 50.00 bagi pembelian cendera kenangan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Makluman Terkini 17/01/2012

Posted on 17/01/2012. Filed under: AJK RT KSL | Tag:, , , , , |

Makluman 1 :

Malam Jumaat ini 19/01/2011 selepas Tahlil dan Bacaan Yassin.. Kenduri Kesyukuran dan doa selamat yang dianjurkan oleh Tuan Mohd Sha Bin Harun sempena kecemerlangan anaknya yang mendapat 8A dalam PMR yang lalu .. semua warga Flat Persekutuan Km. 5 di jemput hadir..

P/S: Tahniah tuan, semoga lagi ramai anak warga flat mengambil contoh dan panduan dari anak tuan dan menjadi dorongan / motivasi kepada yang lain.

Makluman ke – 2 :

Pada Hari Jumaat Malam Sabtu ini juga 20/01/2011  .. jam 8.00 Malam, Perlawanan Futsal sesama warga flat akan di adakan di Padang Yayasan Sabah, Acara Futsal ini adalah salah satu acara pertama yang dirancang dan dianjurkan oleh: Unit Biro Belia, Sukan Dan Rekreasi JKKKP Flat Persekutuan Daerah Kota Kinabalu yang baru di bentuk,

P/S:  sila hebahkan dan war2kan acara ini, terbuka kepada bapa2 dan anak lelaki belasan tahun sahaja.. segala makluman lanjut, info seterudnya sila berhubung dengan Tuan Mohd Sha Bin Harun dan En. Mohd. Haidir Bin Abdullah.

Terima Kasih.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SENARAI BARISAN AHLI JAWATAN KUASA : JAWATAN KUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KEDIAMAN PERSEKUTUAN (JKKKP) 2012 – 2013.

Posted on 17/01/2012. Filed under: AJK RT KSL |

SENARAI BARISAN AHLI JAWATAN KUASA :
JAWATAN KUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KEDIAMAN PERSEKUTUAN (JKKKP) 2012 – 2013.

Penaung: Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah.

Pengerusi : En. Abdul Latiff Bin Haji Muluk
Timbalan Pengerusi : En. Kastian Bin Dullah
Setiausaha: En. Ismail Bin Daim
Timbalan Setiausaha : Pn. Rohana Abd. Samad.
Bendahari: En. En Bailon Bin Golutin
Timbalan Bendahari: Pn. Siti Waliah Binti Haji Sidah
Juru Audit 1: En. Othman Abdullah
Juru Audit 2: En. Sulaiman Matsaisai
Ketua Wanita dan Tunas Jiran: Pn. Aloha Ramli.
Penaung / Penasihat: Pn. Junariah Derin .
Ketua Unit Biro Keselamatan : En Zulkifli KAN Haji Lahaman / En. Jumree Jaafar.
Penasihat: Tn. Mohd. Fuad Baserah.
Ketua Unit Biro Kebajikan: En Moksin Bin Tang
Penasihat: Tn. Nawawi Diman.
Ketua Biro Agama dan Kerohanian : Ust. Norawi Md Harun / En. Aiman Bin Isnain.
Ketua Biro Ekonomi : En Irwan Dahnil / En. Dani.
Penasihat: En. Kastian Bin Dullah.
Ketua Unit Tugas – Tugas Khas: En. Nin Bin Junid.
Ketua Biro Sukan, Rekreasi & Belia: En. Mohd Shah Bin Harun/ En. Mohd Haidir Abdullah.
Ketua Biro Penerangan: En. Joumil Ekim / En. Sugiman.
Penasihat: En. Raimie Amiril.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi:
1. Pn. Rannah Amade. 2. En. Julin. 3. En. Arafah Sisa.
4. En. Mohd. Selverinus Abdullah. 5. En. Sani. 6. En. Raffi.
7. En. Jecixon Muhaimin. 8. En. Hasley Dualis. 9. Tn. Hj. Binetek Gimau.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN: 2011

Posted on 15/01/2012. Filed under: AJK RT KSL |

LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN : 2011

JAWATAN KUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KEDIAMAN PERSEKUTUAN FLAT PERSEKUTUAN KM.5, DAERAH KOTA KINABALU

Bil.

BUTIR  BUTIR PENERIMAAN

MASUK (RM)

CATATAN

 

Jan – April

Baki Di Bawa Kehadapan (Baki Di Tangan Jiran Wanita )

Penyerahan Pendapatan Bulanan Hasil  Dewan (Dari  Pn. Rannah)

780.65

Mei Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

10.50

Jun Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

238.50

Julai Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

49.00

Ogos Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

56.00

Sept. Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

24.00

22/09 Sumbangan Hamba Allah Bagi Program Majlis Sambutan Hari Raya.

500.00

22/09 Duit Sumbangan Penduduk Flat dan Jawatankuasa Surau Al Muhajirrin.

1875.00

Okt. Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

21.00

Nov. Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

38.50

Dis. Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

249.00

 

 

 

 

 

JUMLAH KESELURUHAN

3842.15

 

TARIKH

AKTIVITI 2011 DAN BUTIR  BUTIR PENGELUARAN

KELUAR (RM)

CATATAN

 

 

 

 

27/01

Hari keluarga / BBQ Hari Ibu

265.65

 

14 / 05

Majlis Malam Ramah Mesra / BBQ

300.00

01/07

Majlis Sambutan Israk Miraj (Program Anjuran Bersama Surau Al Muhajirrin)

200.00

14/08

Kem Bestari Solat (Program Anjuran Bersama Persatuan Siswazah Sabah)

0.00

21/08

Majlis Berbuka Puasa Bersama  PSUPS (Program Bersama Surau)

654.00

22/09

Meeting Pra Raya

20.00

24/09

Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri

1942.00

Saguhati Jiran Muda (Tugasan Dewan Serbaguna Flat)

84.00

RM2.00/kerja

31/12

Majlis Sambutan Di Ambang 2012

330.00

 

 

JUMLAH KESELURUHAN

3795.65

 

 

01/01/2012

BAKI DIBAWA KE TAHUN 2012 (PENDAPATAN – PERBELANJAAN)

3842.15 – 3795.65 = RM 46.50

TARIKH

AKTIVITI 2011 DAN BUTIR  BUTIR PENGELUARAN

CATATAN

Januari  2012

Pendapatan Bulanan Dari Hasil Kutipan Dewan

14.00

Baki Di Tangan

32.50

JUMLAH BAKI KESELURUHAN (Sehingga 15hb. Januari 2012)

46.50

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Posted on 14/01/2012. Filed under: AJK RT KSL |

Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP)

Flat Persekutuan Km. 5, Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

 

Pengerusi: 0198612758                                 www.myrtksl.wordpress.com/                                               email: rtksl.admin@gmail.com/

                                                                                                                                                                                                                                                                                                

                                                                    Ruj. Kami : JKKKP/j/ 0112/(01)

Tarikh    : 10Hb. Januari 2012

Kepada:

Penghuni Flat Persekutuan Km. 5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

Sabah.

Tuan /Puan:

PER: Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP).

 

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian Tuan , Puan kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) akan diadakan pada :

Tarikh             :          15 Januari 2012

Masa               :          08.00 Malam.

Tempat            :          Dewan Serbaguna Flat Persekutuan KM 5

Tentatif Majlis :

i.         Ucapan alu-aluan Pengerusi Penaja JKKKP.

ii.         Sesi Percambahan minda seperti dilampiran A

iii.        Pemilihan  AJK JKKKP Sesi 2012 – 2013.

iv.        Pembentukkan dan Perlantikan JK Biro – Biro      dalam JKKKP.

v.         Perkara – Perkara Berbangkit.

vi.        Hal-Hal Lain.

3.         Sehubungan itu, tuan/puan dengan ini dijemput bagi menghadiri  mesyuarat yang tersebut di atas untuk bersama-sama kami merealisasikan kewujudan badan induk wadah warga flat persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.  Kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam perkara ini amat kami hargai

Sekian Terima Kasih.

 

Yang Berusaha:

___________________________________

T.t: ABD LATIFF BIN HJ. MULUK

Pengerusi Penaja.

JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan

(JKKKP) Daerah Kota Kinabalu

s.k :       Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah.

Fail.

Lampiran A

Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP)

 

Mengapa perlu ada ?

1.         Ada diketahui umum bahawa pada setiap komuniti kejiranan itu sewajibnya perlu ada satu badan (tidak kira dibentuk secara sukarela maupun dilantik oleh agensi yang mentadbir urus penempatan tersebut) bagi mempermudahkan sebarang saluran antara kedua belah pehak dapat dilaksanakan secara berkesan dan sistematik dan bagi komuniti yang beragama islam satu konsep wajib selain fardhu Ain adalah yang dinamakan fardhu kifayah.

Fardhu Kifayah ditafsirkan sebagai ‘perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajipan itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa’. (A.Hanafi M.A., Ibid). Dengan lain perkataan adalah kefardhuan yang wajib dibuat oleh seseorang atau satu kumpulan dalam masyarakat, daerah negeri atau negara.

Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa Fardhu Kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas meliputi aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik, perundangan, ketenteraan dan sebagainya. Ianya merangkumi kerja-kerja kemasyarakatan dan kenegaraan. “Ditimpakan keatas mereka kehinaan dimana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia” (Ali Imran, 112). Tali dari manusia adalah kerja-kerja bersifat Fardhu Kifayah.

2.         Jika pada tahun – tahun yang lalu kita mempunyai satu badan yang dinamakan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas sebagai platform untuk warga komuniti berhubung dengan badan atau jabatan lain dalam segala permasalahan, namun setelah mesyuarat pembubaran yang di adakan pada awal tahun 2011 tidak mendapat sambutan dan kerjasama yang baik antara penghuni dan juga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah / JPNIN (sebagai pengawal selia dan sumber geran peruntukan pengurusan dan program) akhirnya Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas terkubur begitu sahaja. Kepada sesiapa yang berminat adalah di alu untuk menghidupkan semula Rukun Tetangga tersebut sebagai alternatif kedua wakil komuniti Flat persekutuan ini dengan cara menghubungi terus Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu di JPNIN.

3.         Demi memastikan segala kemudahan yang diberikan kepada kita seperti penggunaan dan pengurusan dewan serbaguna Flat Persekutuan Km. 5 yang diserahkan kepada bekas pengerusi Rukun Tetangga KSL  dapat dapat dipergunakan sebaik – baiknya, segala pendapatan dan perbelanjaan hasil dari penyewaan dewan tersebut perlu ada  catitan / buku log penggunaan, buku penyata wang keluar masuk , perakuan, di sahkan dan sebagainya.. segala ini memerlukan kerja / tugasan yang bukan sedikit, amanah dan beban yang dipikul ini pada hemat saya haruslah kita kongsi bersama, ketelusan dalam melaksanakan tanggung  jawab yang dijalankan secara sukarela ini sebenarnya amat memeritkan namun untuk dilepaskan kepada individu – individu yang berusaha mengambil kesempatan juga amat menakutkan.. justeru itu adalah diharapkan di tahun 2012 ini dengan kerjasama strategik (smart pertnership) dengan agensi swasta yang lain akan membuahkan hasil yang lumayan yang menjadi harapan sebagai penyumbang dana terbesar dalam hidup atau matinya JKKKP ini.

Pengenalan:

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (Penaja) atau ringkasnya JKKKP adalah sebuah institusi kepimpinan di peringkat Flat – Flat Persekutuan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan komuniti kediaman kakitangan persekutuan, JKKK(P) merupakan satu platform bagi mengajukan permaslahan rakyat ke agensi atau Jabatan  – jabatan kerajaan amnya dan Pejabat setiausaha Persekutuan Negeri Sabah khususnya, selain menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat warga Flat Persekutuan ke arah membentuk warga elit dan eksklusif ini agar menjadi komuniti yang  berdaya maju serta inovatif.

Objektif:           

  1. Penubuhan JKKKP adalah untuk mewujudkan ruang dan memberikan peluang kepada warga Flat melibatkan diri dalam proses pembangunan di peringkat kediaman yang disediakan.
  2. JKKKP adalah badan yang bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan dan penduduk Flat persekutuan..
  3. bahawa penghuni kediaman persekutuan ini telah menikmati faedah daripada kemudahan asas dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan (PSUPS) dan mensyukuri, memanfaatkan dan menjaga dengan sepenuhnya segala kelebihan yang diberi.
  4. Kepimpinan JKKKP ini turut membantu di dalam mengembangkan peluang-peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sumber-sumber tempatan yang ada untuk faedah penduduk.
  5. Penglibatan penduduk setempat di dalam aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi dijana oleh kepimpinan JKKKP melalui proses komunikasi yang berkesan.
  6. Proses komunikasi yang berkesan yang diamalkan oleh kepimpinan JKKKP ini membolehkan nya bertindak selaku agen perubahan di peringkat akar umbi untuk berfungsi sebagai perantara dalam proses perkongsian maklumat antara pihak kerajaan dan penghuni Flat Persekutuan, sebagai pemangkin, pembangunan, dan wakil pentadbir yang betjaya mengukuhkan permuafakatan di kalangan penduduk dan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni dengan pihak kerajaan.
  7. Tujuan lain JKKKP ditubuhkan adalah untuk mempastikan kelancaran pembangunan bersepadu  Unit Harta Kerajaan Persekutuan melalui satu kesepakatan penduduk yang perlu digembleng melalui kepimpinan yang dinamik dan pentadbiran yang teratur.
  8. JKKKP  adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKKP merupakan unit pemantau dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan warga Flat Persekutuan, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi komuniti kepada peringkat yang lebih tinggi.

Misi:     

JKKKP adalah ejen pembangunan dan badan sukarela di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran Pejabat Setiausaha kerajaan Persekutuan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.  JKKKP merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.

Visi:      

Sebagai kumpulan perintis yang ulung bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan Flat – flat Persekutuan di Bandaraya Kota Kinabalu  , menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat ke arah membentuk warga flat yang berdaya maju serta inovatif, ekslusif, berdikari dan cemerlang.

AKTIVITI / PROGRAM : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
  1. 1.        Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS

  1. 2.        Maulidur Rasul
 / AJK Surau Ceramah ** Program bersama surau.
  1. 3.         

  1. 4.         

  1. 5.        Gotong Royong bersama pelbagai Agensi  Siri 1
En. Mohammad Sha Harun / En. Haidir
   
  1. 6.        Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 2

  1. 7.        Israk Miraj

** Program bersama surau.
  1. 8.        Nisfu Syaaban
  ** Program bersama surau.
  1. 9.        Moreh Ramadhan

** Program bersama surau.
  1. 10.     Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri

  1. 11.     Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 3
  1. 12.     Majlis Korban
** Program bersama surau.
  1. 13.     Majlis Berkhatan
  ** Program bersama surau.
  1. 14.      
Monjingol
AKTIVITI / PROGRAM MINGGUAN / BULANAN :   PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
  1. 1.       Senam Robik / Taichi / Poco – Poco


  1. 2.       Kelas mengaji KAFA Jiran Muda, Dewasa, Kaum Ibu ( Jiran Wanita)
  1. 3.       Bengkel Masakan Jiran Wanita



  1. 4.       Tuisyen Bahasa Inggeris, Matematik Dsbnya.
 
  1. 5.       Bacaan Yassin
 
  1. 6.       Aktiviti Dewan (Badminton, Ping Pong dsb.nya)
 
  1. 7.        
   
  1. 8.        
   
CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN
Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP)  Program tetap dan Berkala:

BIL

AKTIVITI / PROGRAM 

TARIKH / KEKERAPAN

MASA

PENYELARAS PROGRAM

CATATAN

1

Sukan Badminton

Setiap Rabu dan Ahad

Sepanjang Hari

2

Senam Robik

3

Gotong Royong

2 bulan sekali

4

Ceramah Bulanan

Sebulan sekali

Selepas Maghrib

5

Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-Kanak

2-3 kali seminggu

Selepas Maghrib

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

‘SAMBUTAN MALAM MESRA DI AMBANG TAHUN BARU 2012’

Posted on 31/12/2011. Filed under: AJK RT KSL |

Kepada Semua Warga Flat Persekutuan Km.5:


‘SAMBUTAN MALAM MESRA DI AMBANG TAHUN BARU 2012’ akan bermula pada malam ini selepas Waktu Isyak (8 mlm.) bertempat di Dewan serbaguna Flat Persekutuan Km.5,
kita nantikan Tahun Baru 2012 dengan cara kita, jom .. bawa sekali ahli keluarga anda semua bersama – sama kita meraikan tahun baru ini dengan cara kita !!.. juadah makan malam disediakan (hasil kutipan dewan) namun jika ada yang sudi membawa juadah masing2 untuk dijamu bersama adalah tersangat di alu2 kan ( call @ sms Pn. CT 014-6545211 / Pn. Aloha 012-8282037 berhubung dengan menu yang nak dibawa).. ACARA – ‘BEBAS’… mohon sebarkan…
JIRAN SEPAKAT .. MEMBAWA BERKAT…

Mulakan Hari Esok anda dengan Azam dan Semangat baru.. jom kita kongsi dan raikan bersama – sama….
Majlis terakhir tahun 2011 Anjuran JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan Kota Kinabalu Penaja (JKKKP Caw. Flat Persekutuan Km.5).

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (Penaja).

Posted on 27/11/2011. Filed under: AJK RT KSL |

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (Penaja).

Pengenalan:
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (Penaja) atau ringkasnya JKKKP adalah sebuah institusi kepimpinan di peringkat Flat – Flat Persekutuan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang diwujudkan.
Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan komuniti kediaman kakitangan persekutuan, JKKK(P) merupakan satu platform bagi mengajukan permaslahan rakyat ke agensi atau Jabatan – jabatan kerajaan amnymerupakan satu platform bagi mengajukan permaslahan rakyat ke agensi atau Jabatan – jabatan kerajaan amnya dan Pejabat setiausaha Persekutuan Negeri Sabah khususnya, selain itu menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat warga Flat Persekutuan ke arah membentuk warga elit dan eksklusif ini yang berdaya maju serta inovatif.
Objektif:
1. Penubuhan JKKKP adalah untuk mewujudkan ruang dan memberikan peluang kepada warga Flat melibatkan diri dalam proses pembangunan di peringkat kediaman yang disediakan.
2. Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
3. JKKKP adalah badan yang bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan dan penduduk Flat persekutuan..
4. bahawa penghuni kediaman persekutuan ini telah menikmati faedah daripada kemudahan asas dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan mensyukuri, memanfaatkan dan menjaga dengan sepenuhnya segala kelebihan yang diberi.
5. Kepimpinan JKKKP ini turut membantu di dalam mengembangkan peluang-peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sumber-sumber tempatan yang ada untuk faedah penduduk.
6. Penglibatan penduduk setempat di dalam aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi dijana oleh kepimpinan JKKKP melalui proses komunikasi yang berkesan.
7. Proses komunikasi yang berkesan yang diamalkan oleh kepimpinan JKKKP ini membolehkan nya bertindak selaku agen perubahan di peringkat akar umbi untuk berfungsi sebagai perantara dalam proses perkongsian maklumat antara pihak kerajaan dan penghuni Flat Persekutuan, sebagai pemangkin, pembangunan, dan wakil pentadbir yang betjaya mengukuhkan permuafakatan di kalangan penduduk dan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni dengan pihak kerajaan.
8. Tujuan lain JKKKP ditubuhkan adalah untuk mempastikan kelancaran pembangunan bersepadu Unit Harta Kerajaan Persekutuan melalui satu kesepakatan penduduk yang perlu digembleng melalui kepimpinan yang dinamik dan pentadbiran yang teratur.

9. JKKKP adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKKP merupakan unit pemantau dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan warga Flat Persekutuan, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi komuniti kepada peringkat yang lebih tinggi.
10.

Misi: JKKKP adalah ejen pembangunan dan badan sukarela di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran Pejabat Setiausaha kerajaan Persekutuan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKKP merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.
Visi: Sebagai kumpulan / badan sukarela yang paling hampir dengan warga kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan, JKKKP bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan tersebut dan menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap warga kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan ke arah membentuk warga komuniti yang berdaya maju serta inovatif.

TUGAS UTAMA JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KEDIAMAN PERSEKUTUAN (JKKKP)
Pentadbiran
• Mengumpul dan menyimpan profil warga kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan dan maklumat asas seperti surau, dewan, gelanggang permainan, jalan kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan, tabika perpaduan dan lain-lain kemudahan asas.
• Merancang dan membuat jadual aktiviti JKKKP sepanjang tahun.
• Mengambil tahu dasar-dasar kerajaan dan menyampaikan maklumat kepada warga kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan, mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan menyimpan rekod mesyuarat (minit).
• Melaporkan kepada pihak berkenaan tentang perkara yang memerlukan perhatian dan
penyelesaian mengikut saluran tertentu.
• Mengemukakan jadual dan minit mesyuarat..
• Menyediakan laporan tahunan JKKKP setiap awal tahun seperti permohonan yang belum
diluluskan, aktiviti tahunan yang telah dijalankan dan maklumat kehadiran ahli JKKKP dalam
mesyuarat.
• Menjemput individu yang sesuai kerana pengalaman, pekerjaan dan kebolehan untuk hadir
dalam mesyuarat.
• Mengadakan kerjasama dengan jawatankuasa lain seperti Kariah Masjid dan badan badan kesukarekawan yang terdapat di kediaman Kakitangan Kerajaan Persekutuan,
• Mendapatkan maklumat awal keluarga yang terlibat dengan bencana alam.K esihatan dan lain – lain.
• Menggalakkan progam-program mengindahkan kampung.
• Membantu usaha ke arah pembasmian dan pencegahan penyakit berjangkit.
• Mengawal kebersihan kampung dan tempat awam.
• Menggalakkan penduduk mengamalkan makanan dan pemakanan seimbang serta riadah
untuk kesihatan.
Keagamaan dan Kerohanian
• Meningkatkan dakwah Islamiah dan penghayatan nilai-nilai murni.
• Menganjurkan program keagamaan.
• Memelihara kebersihan dan penngindahan, keceriaan surau.
• Menyemai nilai berkeluarga dan menghormati orang tua serta penyayang.
Pembangunan Ekonomi
• Mengenalpasti, merancang dan mengesyorkan projek yang sesuai untuk dilaksanakan.
• Mengesan dan mengawal pelaksanaan projek pembangunan.
• Menggalakkan kegiatan ekonomi khususnya industri kecil dan sederhana.
• Memupuk budaya kerja niaga di kalangan penduduk.
Pendidikan
• Membantu meningkatkan pencapaian pelajaran sekolah seperti menganjurkan kelas-kelas
tambahan dan ceramah motivasi.
• Membantu meningkatkan akhlak murni pelajar.
• Memupuk budaya ilmu dan galakan membaca.
• Memupuk sikap positif, progresif dan menghindari sikap negatif di kalangan masyarakat.
Keselamatan
• Mencari kaedah untuk menjaga keselamatan daripada anasir-anasir jahat dengan cara melaporkan aktiviti kepada pihak berkuasa dan menyusun strategi dan kerjasama dalam hal rondaan (dengan pehak keselamatan) dan pemerhatian.

Maklumat JKKKP Daerah Kota Kinabalu, Cawangan Flat Persekutuan Km.5
Pengerusi JKKKP Penaja : Encik Abd. Latiff Bin Hj. Muluk.
Alamat surat menyurat : E 3-1, Flat Persekutuan Km.5,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
Laman web/blog : Http//: http://www.myrtksl.wordpress.com
E-mail : rtksl.admin@gmail.com
No. telefon : 019-8612758.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

RT KSL 2011

Posted on 24/01/2011. Filed under: AJK RT KSL |

Salam Ukhuwah, Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pegawai – pegawai JPNIN, AJK RT KSL dan semua penghuni yang hadir kerana selama 7 tahun saya memegang jawatan sebagai Pengerusi RT KSL ini, pencapaian KRT ini adalah kurang membanggakan.

Kesibukkan, komitmen dan fokus terhadap urusan – urusan lain, kelemahan peribadi dalam mengendali dan mengurus NGO, kurangnya kerjasama sesama penghuni dalam menjayakan sesuatu program, terlalu banyak bebanan tugasan, tanggung jawab di letakkan dibahu pengerusi (yang berpunca dari ketidak mahiran / kurangnya kebijaksanaan dalam pengagihan tugasan) dan bermacam macam sebab lagi yang saya boleh kemukakan, tetapi pokok pangkalnya kegagagalan total ini dalam memartabatkan RT KSL ini adalah berpunca tidak lain dan tidak bukan adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Amanah yang digalas, satu beban yang cukup berat buat saya. Justeru itu izinkan saya mengundur diri, dan tidak ingin dilantik kembali hatta sebagai Ahli Jawatan Kuasa sekalipun.. atas sebab:

– Agar barisan kabinet AJK baru kelak tidak dianak tirikan, diperlekehkan seperti sekarang dan tahun-tahun sebelum ini, mengharapkan dengan barisan muka muka baru bersama dengan pegawai – pegawi JPNIN yang juga baru akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama yang lebih erat atau dengan kata lain (yang lalu biarkanlah berlalu).

– Jika saya menjad AJK sekalipun, dikhuatiri segala pandangan, kritikan, mohon penjelasan kepada JPNIN dari saya terutamanya yang berkenaan prinsip-prinsip asas kehidupan yang mulia seperti ketelusan dalam menguruskan program, aktiviti peringkat bandaraya ataupun negeri, adil dan saksama, tidak bias, tidak melebihi sesuatu KRT berbanding dengan KRT yang lain, ataupun berbagai lagi tuturkata saya dalam isu-isu yang kontraversi akan menjadi rujukan, pendapat rasmi JPNIN kepada RT KSL, dan pada penghujungnya akan memberi impak yang buruk / kesan negatif kepada kesinambungan RT KSL ini, (makanya biarkan saja menjadi outsider dlm NGO ini),

Namun begitu dalam pada masa yang sama, saya akan berusaha membantu seadanya dalam menjayakan, kelangusngan hidup RT KSL ini, membantu dalam memberikan buah fikiran, idea, pengalaman, tenaga, masa maupun wang ringgit dalam menjayakan apa apa program yang dirancang.

Jika sahaja anda tidak menemui sesiapa untuk menggantikan kami, maka nyatalah betapa Rukun Tetangga tidak relevan lagi diwujudkan di perumahan kita ini!! berkemungkinan besar jika ini benar – benar terjadi, maka kami akan memikirkan cara lain yang sebaik-baiknya dan mengemukakan kepada Yang Berbahagia Dato` Mohd Hatta PSUPS mengenai idea yang telah diwarkan -warkan kepada beliau pada 2 pertemuan sebelum ini untuk menaja kewujudan NGO lain aka JKKK Flat Persekutuan. Objektif yang coba dijadikan sebagai sandaran adalah seperti isu-isu keselamatan, kebajikan permasalahan, pertikaian antara penghuni, mempertingkatkan 4Q kecergasan manusia (IQ/kecerdasan minda (melalui penyediaan kelas tuisyen,kursus, bengkel ceramah, seminar dll.), EQ/kecerdasan Emosi (kunjung mengunjung,gotong royong,khairat, bantuan dll.), SQ/Kecerdasan Rohani (kelas KAFA, Kenduri tahlil, ceramah agama, tazkirah, sembahyang berjemaah dll.), PQ/Kecerdasan Fizikal (senam robik, gotong royong, program – program kesihatan dll.) Ianya juga sebagai wadah, medium perantara diantara penghuni Flat-Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pejabat PSUPS. Yang ingin saya tekankan ketua yang sebenarnya buat kita penghuni Flat Persekutuan ini ialah Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, belas ehsan merekalah kita boleh menduduki rumah kerajaan ini!! maka bersyukurlah dan pergunakanlah segala kemudahan dan kesempatan yang diberi ini dengan sebaik – baiknya.

Mungkin Pegawai JPNIN yang hadir pada mesyuarat ini kelak akan memperkatakan bahawa jika RT tiada maka Tabika Perpaduan akan ditutup. kepada anda, oleh itu biarlah saya fahamkan tuan puan, ini semua adalah andaian dan momokon semata mata, jika pada tahun 2003 dahulu kewujudan Tabika Perpaduan lebih dahulu dari Rukun Tetangga atas permintaan Setiausaha Persekutuan pada masa itu, maka akurlah Pengarah JPNIN pada masa tersebut, membelakangkan karenah birokrasi yang ada, suatu kejanggalan menyimpang dari peraturan biasa tidak seperti di tempat – tempat lain. Justeru itu fahamilah bahawa besarnya kuasa yang ada pada Pejabat PSUPS dalam hal ini, usahlah risau yang Tabika Perpaduan akan ditutup kembali, dan kenyataan lain terdapat Tabika Kemas di Flat Persekutuan Km.4.

Laporan Kewangan oleh Bendahari tidak dapat dikemukakan pada hari ini, namun akan diusahakan mengikut kadar kecepatan, masa terluang kami dan akan di hantar melalui sistem e-rt. Buku akaun bank akan diserahkan kepada Bendahari baru kelak, Untuk makluman buat semua geran yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM3600, dan kalau saya tidak silap tiada penambahan lain dari segi tuntutan program aktiviti, segala aktiviti yang kita lihat banyak selama (Sambutan Hari Raya, Sambutan Maulidur Rasul, Gotong Royong sekadar menyebut beberapa aktiviti, pembelian PA sistem pelbagai guna, pengindahan, renovasi pejabat RT) ini adalah hasil gabungan dengan duit surau, sumbangan individu, penghuni Flat dan dari Pejabat PSUPS sendiri.

Manakala laporan aktiviti, minit mesyuarat tidak juga dapat kami sediakan, punca utama setiausaha yang bersilih ganti, kebiasaan mengadakan program – program secara mendadak, perancangan dan perlaksanaan untuk sesuatu program beberapa kerap kali dijayakan hanya dalam tempoh 3hari sahaja, minat kami yang semakin menurun hari demi hari, namun begitu anda masih melihat semua aktivit dan program – program lepas samaada melalui laman web RT KSL https://myrtksl.wordpress.com/ , http://surauflat.wordpress.com/ ataupun melalui laman web sosial http://www.facebook.com/RT.1Malaysia.

Akhir kata sebelum saya mengundur diri.. maaf sekali lagi, selamat maju jaya buat semua..
buang yang keruh, ambil yang jernih, sama samalah kita mencermin diri, teruskan usaha anda.. memperjuangkan perpaduan agar tercapai dan menjadi jitu dari sudut sosial, politik dan ekonomi.. acuan 1 Malaysia.

UNTUK HIDUP..
UNTUK BELAJAR..
UNTUK MENYAYANGI..
UNTUK BERBAKTI/MENINGGALKAN LEGASI.

RENUNG RENUNGKAN …SELAMAT BERAMAL.

: “Petikan dari ucapan terakhir Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada mesyuarat pembubaran AJK RT KSL penggal 2009 – 2011, pada 23 Hb. Januari 2011 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna Flat Pesekutuan Km.5, Jaln Kompleks Sukan Likas , surat hebahan kami bernombor RTKSL/H/0810 (01) adalah berkaitan”.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Posted on 13/07/2010. Filed under: AJK RT KSL |

TARIKH: Hb. Julai 2010.

MASA: JAM 7.30 MALAM.

TEMPAT: DEWAN MASYARAKAT TANJUNG ARU, KOTA KINABALU.

Ucapan Aluan PPD Kota Kinabalu.


saya cuma tertarik secara tiba – tiba atas ucapannya yang beliau petik kembali dari nota terdahulu sebelum ini ada pengerusi KRT “tpi kalau dia tinggal dalam satu blok bangunan 4 tingkat dan dia tinggal tingkat 3 org tingkat 1, 2 dan 4 pun tak kenal dia”.

– Komen admin (huhu.. kata kawan – kawan ‘bikin pans’) jadi kita ucapkan tahniah buat KRT – KRT yang hebat di bawah bimbingan beliau yang cukup mengenal jiran – jiran, komuniti yang tinggal dalam keseluruhan KRT mereka. Lebih hebat dari YB ni… dan beliau juga menerangkan betapa beliau adalah orang yang telah cukup lama berkhidmat dalam JPNIN, jadi kita semua pun fahamlah point dari kata – kata beliau ini. Kemusykilan admin. Dalam forum, majlis dialog ini yang dihadiri oleh agensi lain (seperti Polis dan DBKK pada malam tersebut) seperti ini boleh pula Peg. JPNIN menempelak pengerusi KRT, tetapi jika kita menegur mereka secara berhemah (adakah ini sesuatu yang taboo bagi mereka?) tidak boleh sama sekali…



Ucapan Pengarah JPNIN Negeri Sabah (Pn. Nurul Akmalina Bte Hj. Shamsuddin).




Beliau memberi ucapan yang begitu panjang, padat dan penuh informasi bermula melalui salam perkenalan beliau, menjelaskan kepada semua AJK KRT yang hadir bahawa dia juga sebelum ini pernah berkhidmat di Negeri Sabah (2007-2008) sebelum ini sebagai Timb. Pengarah sebelum diarahkan bertugas ke Negeri Selangor atas kapasiti yang sama (mengawal selia KRT sebanyak 600 lebih), beliau juga pernah berkhidmat dalam bidang yang mengkhusus kepada Pembangunan Komuniti (KRT) selama 5 tahun. Antara penekanan, intipati ucapan beliau yang sempat admin catat antaranya satu pendekatan konklusif ‘Memasyarakatkan Rukun Tetangga’, dari masyarakat, kepada masyarakat untuk masyarakat. Melihat kembali dan menerangkan betapa peri pentingnya Notis Persempadanan KRT, mencadangkan agar diedarkan kepaad semua komuniti KRT, senarai data maklumat AJK KRT dikawasan tersebut, Profil RT, konsep kesukarelaan (menggantikan kembali AJK yang sudah berpindah, memberi ruang kepada ahli RT yang berminat), ‘Kempen Zom Ziarah’, ‘RT Mesra’, ‘Konsep Masyarakat Selamat’, Slogan JPNIN Sabah ‘KRT/Tabika didahulukan, Prestasi JPNIN diutamakan’, meminta Pengerusi KRT berbincang dengan pegawai untuk memcahkan KRT menjadi kecil agar mudah ditadbir urus. Mencadangkan agar 1 KRT memecahkan unit SRS kepada 3 agar mendapat peruntukan dan geran yang lebih bagi menguatkan organisasi SRS di KRT tersebut, selain menjimatkan masa dan memudahkan semasa rondaan, kumpulan peronda dan check point yang lebih, manakala bekalan walkie-talkie hanya menunggu dari kelulusan AG, manakala Kabin untuk kegunaan pengurusan KRT dibekalkan atas permintaan bergantung kepada surat sokongan Polis, DBKK dan JPNIN sendiri. Pada tahun ini juga JPRD (Jawatan Kuasa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah) akan diaktifkan kembali, dipengerusi oleh Pegawai JPNIN manakala Timbalan terdiri dikalangan Pengerusi KRT,dan satu akaun akan dibuat (peruntukan untuk program peringkat daerah atau negeri akan disalurkan melalui akaun ini).


Isu – isu dan jawaban dari Pengarah, PPD dan DBKK yang sempat di catat, dikemukakan oleh Pengerusi – pengerusi KRT.


Dari KRT Tebobon (En. Idris):

– Pembaikkan Tabika Perpaduan. Jawaban (Minta cikgu Tabika membuat permohonan)

– Penggunaan Balairaya sebagai one stop centre untuk KRT, JKKK dan sebagainya. (dibenarkan dengan syarat mendapat surat penyerahan atau surat setuju terima).


Dari KRT Bukit Permai (En. Rimin):

– Bolehkan perkampungan dan penghuni setinggan menjadi ahli atau AJK KRT?. (Tiada masalah mengenai perkara ini / diperbolehkan).

– Mencadangkan untuk diadakan hari keluarga RT. (konsep terlalu luas dan memerlukan kewangan yang besar)

– Berkenaan status AJK yang tidak dapat memberikan komitmen lagi dalam AJK KRT. (Pengerusi diminta membuat surat tunjuk sebab yang pertama, surat kali kedua dalam mesyuarat ke-2,dicadang untuk dikekal, diganti pada mesyuarat kali ke-3, mempastikan pegawai JPNIN hadir pada mesyuarat kali ke-4 bagi tujuan penggantian

-Pihak DBKK akan membantu berkenaan tapak dan sebagainya bagi KRT yang baru wujud dan meminta agar dimaklumkan jika terdapat KRT yang baru ditubuhkan.


Dari KRT Luyang (En. Benny Quek):

– Ucapan terima kasih kepada DBKK berkenaan landscaping di bangunan KRT beliau. (no komen)

– Memohon di simen halfway di hadapan Tabika. (Buat surat permohonan)


Dari KRT Sembulan Baru (En. Lasamboy Ponisi).

– berkenaan jika tinggal 15 orang sahaja AJK kaitan dengan peraturan mesyuarat KRT. (Sah)


Dari KRT Tanjung Aru (En. Razak Dulait).

– meminta agar KRT Aerodrome dihidupkan semula.(KRT Aerodrome akan digazet baru)

– Taman Sempelang diwujudkan lagi 1 KRT.(Bergantung pada permohonan)

– Menjelaskan mengenai Pekan Tanjung Aru dilabel sebagai Zon Pendidikan dan memohon di tambah dana untuk kawasan beliau.(mencadangkan agar diwujudkan sekolah angkat KRT)

– Bercadang mengadakan seminar/dialog perhubungan antara agama di KRT beliau. (diminta membuat kertas kerja berkenan perkara ini).


Dari KRT Taman Putera Jaya (En. Maidin Udin).

– Meminta agar pengarah atau wakil hadir pada setiap kali aktiviti KRT. (dipersetujui dan dipertimbangkan bergantung kepada keadaan).

– Mencadang agar Pejabat Perpaduan Daerah dipindahakn kembali ke Bangunan KWSP.( tidak ada budget untuk perpindahan ini)


Dari KRT Cenderakasih (Pn. Jolin).

– Memohon Pondok (buat surat permohonan).


(rangkuman jawaban Pengarah, PPD,DBKK dari isu – isu yang tak sempat dicatat)

– 500 ahli RT boleh menubuhkan 1 KRT.

– Untuk layak mendapat geran penuh, perlu bermesyuarat sekurang – kurangnya 6 X dalam setahun, menjalankan aktiviti 12 X dalam setahun.

Round Table bersama pengerusi KRT akan di adakan (Pengarah akan menghabiskan dulu Majlis Dialog seperti ini yang berbaki 9 dari 27 daerah di seluruh Negeri Sabah. Agensi lain juga akan dijemput jika berkenaan / berkaitan.



DARi KRT KOMPLEKS SUKAN LIKAS (ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK).


1.    Mencadangkan kepada Pn. Pengarah agar Peg. JPNIN yang dilantik bagi mengawal selia, mentadbir urus perjalanan, pergerakan KRT – KRT di Bandaraya Kota Kinabalu ditambah.

1.1 –    Rasional bagi cadangan ini terdapatnya sekurang – kurang 2 pegawai yang berbeza jawatan menghadirkan diri dalam suatu program anjuran KRT (seorang sebagai wakil Pengarah JPNIN / VIP dan seorang lagi melaksanakan tugasan sebagai pemantau, membantu AJK pelaksana program KRT tersebut dalam mengendali, menilai, mengenal pasti kelemahan / kelebihan / post mortem program tersebut. Menyediakan borang penilaian prestasi program / maklum balas yang lengkap dan standard bagi KPI (Key Performance indexs) setiap KRT. (kehadiran pegawai JPNIN ini sewajarnya bermula sebelum, semasa dan selepas suatu program ini berlangsung).


1.2 – Seorang Pegawai JPNIN bagi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang ada juga sebaik – baiknya tidak mengendalikan atau mengurus tadbir organisasi di bawah kelolaan JPNIN (KRT, SRS dan Tabika Perpaduan) di bawah tanggung jawab beliau seorang sahaja. Ketidak hadiran pegawai tersebut atau wakil dalam sesuatu majlis, program atau mesyuarat sedikit sebanyak melemahkan semangat AJK KRT – KRT tersebut, ketidak hadiran pegawai JPNIN ini secara berulang kali juga membuatkan masyarakat / komuniti RT yang ada membuat andaian / persepsi bahawa Organisasi KRT ditempat tersebut tidak mendapat dukungan dan restu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah.


– Jawaban Pengarah (tidak ada peruntukan lagi untuk menambah kakitangan seperti yang dicadang)


2.    Mencadangkan agar Puan Pengarah JPNIN mencari satu solusi bagi menyediakan platform / medan perbincangan (tidak kiralah dalam alam nyata atau alam maya contohnya seperti dalam facebook RT.1Malaysia) yang tetap, telus, terbuka dan boleh didapati / archieve dari masa ke semasa.


– Jawaban JPNIN Sabah (tiada jawaban).


2.1 – Rasional dari cadangan ini adalah seperti segala isu, permasalahan yang timbul (contohnya seperti dialog dengan Puan Pengarah JPNIN pada malam ini) dapat didokumentasikan/direkod dan dibukukan buat tatapan/ panduan /rujukkan generasi pelapis/bakal – bakal pengganti AJK RT di masa depan.


2.2 – Mengambil intipati bagi kejayaan sesuatu program program peringkat Bandaraya, negeri ataupun kebangsaan ini sebagai benchmark / tanda aras pada program yang sama di masa akan datang.


2.3 – Mewujudkan ruangan forum khusus bagi menilai , menganalisis, mengenal pasti, luahan pujian, sokongan atau rasa tidak puas hati, kritikan pada kekurangan / kelemahan sesuatu program samaada anjuran JPNIN atau Gabungan KRT. (dikupas, diulas dan dikongsi bersama sebagai iktibar, panduan buat KRT – KRT yang baru tumbuh, KRT yang hidup segan mati tak mau, mengetengahkan, mengambil kira alternatif kedua/kritikan membina dari KRT yang berinovasi, berdaya kreativiti, menghapuskan/mengurangkan kekangan birokrasi, menaikkan kembali imej dan karisma RT sesuai mengikut arus peredaran zaman, mentaliti RT di alaf baru)


– Jawaban JPNIN Sabah (tiada jawaban).


2.4 – Kesimpulan dari cadangan kami dalam isu ke2 ini adalah agar satu platform / landasan jalinan komunikasi ini dapat dilaksanakan dan yang paling penting hendaklah mengambil kira konsep win – win situation yang mana pada akhirnya kewujudannya kelak menggembirakan dan menguntungkan kepada kedua – dua belah pehak.


3. Membuat kerjasama dengan Jab. Perangkaan yang sedang mengadakan Banci Penduduk pada masa sekarang untuk mendapatkan data – data ahli RT di kawasan mereka.


– Jawaban JPNIN Sabah (akan di usahakan). Pehak DBKK (akan membantu dalam hal ini dengan membekalkan data tersebut tetapi secara terhad).


– Ulasan PPD Kota Kinabalu (Beliau bersetuju mengenai idea berkenaan forum ini cuma tidak bersetuju dibincangkan dalam http://www.facebook.com/RT.1Malaysia kerana ianya boleh dibaca oleh seluruh dunia)



Akhir kata dari Admin :


– Isu – isu yang diketengahkan admin yang amat penting (isu no. 2) menjadikan pada pendapat admin bahawa http://www.facebook.com/RT.1Malaysia masih relevan hingga kini .

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Mingguan Bacaan Yassin

Posted on 09/02/2010. Filed under: AJK RT KSL, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, surau flat km.5 |

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Program Aktiviti RT KSL 2010

Posted on 18/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 |

AKTIVITI / PROGRAM : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS 29/01/2010 Jumaat  2.00 Ptg. En. Kastian Hj. Dullah.
2. Maulidur Rasul 26/02/2010 Jumaat malam.

/ AJK Surau

Ceramah ** Program bersama surau.
3. Perasmian Pejabat RT

14/03/2010.

Ahad.

En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
4. Perkhemahan Jiran Muda (Kem Padu JM) Awal cuti sekolah Sabtu (13/03/2010) Pn. Salmah Labulla / AJK Jiran Muda
5. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 1

28/03/2010

Ahad Pagi.

En. Mohammad Sha Harun / En. Taib Musah
6. Perasmian RT Niaga ™® Pasaria, Bazaar, Program Ekonomi 01/05/2010 Sabtu. En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
7. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 2 05/06/2010 Sabtu Pagi.
8. Israk Miraj 09/07/2010 En. Azid Mintek / AJK Surau ** Program bersama surau.
9. Nisfu Syaaban 26/07/2010 ** Program bersama surau.
10. Moreh Ramadhan 11/08/2010 Pn. Siti Waliah / AJK Surau ** Program bersama surau.
11. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri

Awal cuti sekolah

Sabtu (04/09/2010)

En. Haidir Abdullah.
12. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 3 18/09/2010 Sabtu Pagi. En. Abd. Malik / En. Radianshah.
13. Majlis Korban 17/11/2010. Rabu. En. Ismail Daim / AJK Surau ** Program bersama surau.
14. Majlis Berkhatan Cuti sekolah (20/11 – 31/12/) Tn. Mejar Hj. Mohd Zain ** Program bersama surau.
15. Sambutan Krismas dan Tahun Baru 31/12/2010 En. Bailon Golutin / En. Jikula Monjingol
AKTIVITI / PROGRAM MINGGUAN / BULANAN : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Senam Robik / Taichi / Poco – Poco Ahad Pagi pada minggu ke- 3 En. Haidir Abdullah. 23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
2. Kelas mengaji KAFA Jiran Muda, Dewasa, Kaum Ibu ( Jiran Wanita) Seminggu 2 x.
3. Bengkel Masakan Jiran Wanita Ahad Petang pada minggu ke- 3

Pn. Salmah Labulla  / AJK Jiran Wanita.

23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
4. Tuisyen Bahasa Inggeris, Matematik Dsbnya. Seminggu 2 x.
5. Bacaan Yassin Setiap  malam Jumaat En. Ismail Daim / AJK Surau
6. Aktiviti Dewan (Badminton, Ping Pong dsb.nya) Setiap malam Sabtu

En. Azid Mintek

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5

Posted on 17/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Kepada :

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5 .

Adalah dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5. Bahawa satu mesyuarat bersama penghuni Flat Persekutuan Km .5 yang di anjurkan oleh Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : (Sabtu ) 16hHb. Januari 2010.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.

Agenda :

i.            Ucapan Pengerusi.

ii.            Ucapan Pegawai Perpaduan dari JPNIN Negeri Sabah.

iii.            Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2009

iv.            Perancangan Program / Aktiviti bagi tahun 2010.

v.            Perkara – perkara berbangkit (Hal- hal lain)

Adalah diharapkan agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 dan pehak yang menerima email ini hadir memeriahkan mesyuarat  disamping dapat saling kenal – mengenal dan mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran.

Sekian ..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Perutusan Tahun Baru 2010

Posted on 14/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

Assalamualaikum.

Salam Pepaduan,

Salam 1 Malaysia.

Walaupun sudah hampir sebulan kita melalui tahun baru 2010.. namun tidak terlalu lambat jika saya menukilkan sedikit apa yang terbuku di hati ini untuk sama – sama kita renungkan, marilah kita merenung sejenak hari – hari yang telah berlalu di kejiranan kita.. betapa ramainya sudah AJK RT KSL yang telah pergi meninggalkan kita, pada tahun 2009 sahaja jiran kita yang juga merupakan tenaga penggerak / AJK  RT dan Surau  sepertiEn. Khairuddin Bakar (Ketua Tunas Jiran ), Pn. Iswalah Arshad (Setiausaha RT KSL), Pn. Aida Adhha Abu Bakar (Ketua Biro Muslimah JK Surau dan AJK RT), En. Fadhil Hj. Abd. Rahman (Ketua Jiran Muda), En. Nurazlan Nasiruddin (Bekas Ketua Jiran Muda dan AJK RT), En. Azizul Alias (Ketua Biro Pembangunan JK Surau dan AJK RT), En. Amran Ambodai (Setiausaha JK Surau), En. Taulani Hamzah (Bendahari JK Surau), dan yang terbaru di tahun 2010 yang kita sangka dan amat kita rasai kehilangannya iaitu Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi Surau dan En. Abd. Rashid Awang Tuah (AJK RT dan Timbalan Ketua Biro Harta dan Inventori).

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Karnival I Malaysia

Posted on 03/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran | Tag:, , , , |

Program : Majlis Malam Jasamu Dikenang 2009 dan Karnival I Malaysia.

Tempoh Program : 3 Hari 2 Malam.

Lokasi : Hotel Seafest, kawaan lapang Kg. Sri Jaya, Daerah Semporna, Sabah.

Jemputan / kehadiran : 10 Orang Pengerusi KRT dari daerah – daerah seluruh Negeri Sabah, Guru – guru Tabika Perpaduan dan penolong guru dari seluruh daerah Negeri Sabah, semua kakitangan JPNIN cawangan Negeri Sabah, warga Daerah Semporna (anggaran kehadiran 3000 orang)

Tentatif Acara :

  1. Majlis Anugerah KRT cemerlang tahun 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  2. Anugerah Tabika Perpaduan Contoh 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  3. Majlis Perasmian Penutupan Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

Perasmi : YB Datuk Hj. Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya.

Banyak lagi gambar semasa di sana dalam laman facebook Rukun Tetangga.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

« Entri-entri Sebelumnya
  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Disember 2018
    I S R K J S A
    « Feb    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...