BERITA RT


Laman utama

Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Pengertian Logo RT

Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

  1. Bulatan Besar
  2. Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

  3. Warna
  4. Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru – Bermuafakat dan bersatu padu

    Merah – Keberanian dan keluhuran

    Kuning – Kejayaan dan keharmonian

    Putih – Kesucian dan bertangungjawab

  5. 5 Bulatan Kecil Warna Merah
  6. Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

  7. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
  8. Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

  9. Garisan Berwarna Merah
  10. Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

  11. Segi Tiga Berwarna Kuning
  12. Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

  13. Garisan merah di atas garisan putih
  14. Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

  15. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
  16. Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN SKIM RONDAAN SUKARELA

PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN
SKIM RONDAAN SUKARELA

1. PERMOHONAN DARIPADA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN
( PERONDA DI KAWASAN/SEKTOR RUKUN TETANGGA )

a) Sekurang-kurangnya 20 orang Pemastautin Sukarelawan yang berumur 18 tahun dan ke atas, hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga untuk mengadakan Skim Rondaan Sukarela.

b) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Enam, Bahagian A dan melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.

2. TINDAKAN OLEH JAWATANKUASA KAWASAN/SEKTOR
RUKUN TETANGGA

a) Menerima dan menyemak butir-butir yang terkandung di dalam Borang Enam, Bahagian A yang dikemukakan oleh Pemastautin Sukarelawan.

b) Memastikan syarat-syarat seperti bilangan minimum Pemastautin Sukarelawan dan umur mereka seperti yang ditetapkan.

c) Memastikan semua Pemastautin Sukarelawan telah menandatangani Borang Enam.

d) Menyemak pelan lakar kawasan rondaan yang dicadangkan.

e) Mengisi Borang Enam, Bahagian B jika bersetuju dengan cadangan untuk menjalankan rondaan sukarela dan mengemukakan Borang Enam kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian (PPN/PPD/PPB).

f) Mengisi Borang Enam, Bahagian C jika tidak bersetuju dengan cadangan untuk menjalankan rondaan sukarela dan mengemukakan Borang Enam kepada PPN/PPD/PPB.

3. TINDAKAN OLEH PPN/PPD/PPB

a) Menyemak borang permohonan.

b) Meneliti butir-butir Pemastautin Sukarelawan seperti yang terkandung di dalam Borang Enam, Bahagian A.

c) Memanggil Pengerusi Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan atau mana-mana Pemastautin Sukarelawan untuk mendapatkan maklumat–maklumat atau butir-butir lain yang dikehendaki berhubung dengan permohonan itu.

d) Mengesahkan sempadan kawasan rondaan.

e) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Rukun Tetangga melalui PPN untuk pertimbangan dan kelulusan.

4. TINDAKAN KETUA PENGARAH RUKUN TETANGGA

a) Mencadangkan apa-apa ubahsuaian yang difikirkan wajar kepada skim yang dipohon.

b) Meluluskan permohonan Skim Rondaan Sukarela.

CIVIL SERVANTS TO GET TIME

OFF AFTER MIDNIGHT RT DUTY

KUALA LUMPUR: Civil servants who take part in Rukun Tetangga (RT) duty past midnight will get four hours time off the next day. Department of National Unity and Integration director-general Datuk Azman Amin Hassan said that the Public Services Department would soon issue a circular to all government employees.

However, he said the civil servant would only be allowed to do two stints of after-midnight RT duty in a month so he would not take too much time off work.

Speaking to reporters before closing a two-day conference for 250 RT volunteer leaders nationwide, he said they had also asked for an increase in allocation to RT bases. Currently, there are 50,700 RT volunteers who do patrolling duties nationwide in 1,274 RT centres.

In Kuantan, Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said RT members would get to attend an intelligence gathering course to help them detect early signs of potential danger.

“By giving them proper training and knowledge on how to gather information, they can actually help detect early signs of elements that may jeopardise the unity and safety of the community at large,” he said on Saturday.

STAR 24 NOV 2008

Institut Kajian & Latihan Integrasi

Nasional

PENUBUHAN IKLIN

Penubuhan IKLIN telahpun dipersetujui dan diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersedang pada 15 Disember 2004 dengan geran pelancaran berjumlah RM 2 juta.

Fungsi utama IKLIN ditubuhkan antaranya adalah untuk menjalankan kajian/penyelidikan dan latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional disamping menjadi pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul. Pada masa yang sama, IKLIN berperanan untuk melahirkan pengamal sosial yang berwibawa dari kalangan pegawai dan kakitangan JPNIN serta pemimpin Rukun Tetangga di semua peringkat.

Sebagai langkah awal, struktur organisasi, skop tanggungjawab serta kaedah pelaksanaan program latihan bagi IKLIN perlu digariskan untuk menjadikannya lebih efisyen dan berkesan. Dalam kerangka sementara, pentadbiran IKLIN akan menumpukan kepada fungsi latihan untuk melaksanakan kajian/penyelidikan akan diteruskan oleh bahagian Penyelidikan dan Impak di bawah stuktur induk JPNIN.

FUNGSI-FUNGSI IKLIN

Dalam menggariskan fungsi IKLIN, ianya akan menumpukan kepada 4 komponan yang utama seperti berikut :

1. Komponen Latihan Kepegawaian

Komponen Latihan Kepegawaian dikhususkan kepada para pegawai yang berada di dalam Skim Perkhidmatan Sosial di JabatanPerpauan Negara dengan memberi penekanan terhadap bidang pengajian dan Komuniti, Teori Komunikasi, Pengurusan Konflik dan Mediasi, Kaunseling, Kepimpinan Komuniti dan lain-lain bidang pengajian yang sesuai. Kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia ( MOU ) di antara Jabatan dengan pihak MOU telah pun ditandatangani pada 19 Mei 2005.

2. Komponen Latihan Guru/Penolong Guru Tabika Perpaduan

Ditumpukan kepada aspek merancang, melaksana, menyelaras dan memantau setiap kursus/latihan yang melibatkan kumpulan Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan di Jabatan ini. Kerjasama dengan MOU dibuat bagi meningkatkan profesionalisma mereka dalam bidang pengajian pra sekolah melalui persijilan, Diploma mahupun Ijazah secara distance Learning dan juga secara On-lone.

3. Komponen Latihan AJK Rukun Tetangga

Komponen ini akan malaksanakan fungsi untuk merancang, melaksana, menyelaras serta memantau semua kursus latihan yang berkaitan dengan kumpulan sasar termasuk cawangan Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan, zon ataupun negeri mengikut keperluan.

4.Penyelarasan Program Latihan RT dan Tabika Perpaduan di peringkat Negeri dan Daerah.

Usaha menyeragamkan keperluan, membangunkan modul serta menyelaraskan pelaksanaan program latihan agar ianya dilaksanakan dengan lebih berkesan di peringkat berkenaan.

OBJEKTIF

1. Melatih pegawai dan kakitangan Jabatan serta pemimpin masyarakat (Rukun Tetangga) yang matang dalam bidang perpaduan dan integrasi Nasional

2. Meneroka bidang ilmu serta mengumpul dan menghasilkan bahan penulisan yang berkaitan dengan kaum dan etnik di dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional

3. Mengembangkan Ilmu perpaduan dan integrasi Negara ke peringkat antarabangsa.

4. Melaksanakan kajian dan penyelidikan dalam bidang perpaduan dan integrasi Nasional serta mengumpul bahan sejarah Pembentukan Negara.

5. Merangka dasar dan halatuju Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jabatan Perdana Menteri )

VISI

Menjadi Tumpuan dalam Bidang Pengurusan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk Bangsa Malaysia tercinta.

MISI

Untuk Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

HALATUJU IKLIN

Sebagai sebuah institut yang bercita-cita untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Institut Kajian dan Latihan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) berhasrat dan bertekad mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal insan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 Negara serta selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian sejagat.

HALATUJU PROGRAM LATIHAN IKLIN

Bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, yang akan menumpukan program latihannya di bidang yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

Untuk memantapkan program latihan IKLIN, kini setiap Unit Latihan (Unit Kepegawaian, Unit Tabika Perpaduan dan Unit Rukun Tetangga dan NGO) akan memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kemahiran tetapi akan lebih menjuruskan kepada pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, kreativiti, inovasi dan usaha memupuk minda kelas pertama.

Berusaha untuk menjalinkan kerjasama pintar antara universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang sentiasa menjadi amalan Institut.

Menjadi pusat sehenti dalam bidang perpaduan dan integrasi, pengukuhan komuniti, kaum, etnik dan bangsa yang merangkumi semua aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan politik.

HALATUJU KAJIAN DAN PENYELIDIKAN (R&D)

Untuk memantapkan dan menyelaraskan program Kajian dan Penyelidikan, bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat Penyelidikan akan memberi tumpuan kepada aspek kajian dan penyelidikan yang lebih menjuruskan kepada pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, kreativiti, inovasi dan usaha memupuk minda kelas pertama.

Bahagian ini juga akan membangunkan kurikulum yang komprehensif dan strategi yang lebih efisien dan efektif bagi memperkasakan bidang perpaduan dan integrasi nasional di peringkat serantau dan global. Mewujudkan kerjasama dalam bidang perpaduan dan integrasi di peringkat antarabangsa melalui persidangan , forum, seminar dan bengkel yang berkaitan dengan kajian dan penyelidikan yang meliputi semua aspek bagi melahirkan perpaduan kalangan masyarakat dunia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “BERITA RT”

RSS Feed for My komuniti Comments RSS Feed

Tahniah kepada RT Kompleks Sukan LikaS kerana berjaya mewujudkan laman web atau blogspotnya sendiri.Daripada KRT Taman Pekan Tandek


Where's The Comment Form?

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Disember 2016
    M T W T F S S
    « Feb    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: