RT KSL 2011

Posted on 24/01/2011. Filed under: AJK RT KSL |

Salam Ukhuwah, Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pegawai – pegawai JPNIN, AJK RT KSL dan semua penghuni yang hadir kerana selama 7 tahun saya memegang jawatan sebagai Pengerusi RT KSL ini, pencapaian KRT ini adalah kurang membanggakan.

Kesibukkan, komitmen dan fokus terhadap urusan – urusan lain, kelemahan peribadi dalam mengendali dan mengurus NGO, kurangnya kerjasama sesama penghuni dalam menjayakan sesuatu program, terlalu banyak bebanan tugasan, tanggung jawab di letakkan dibahu pengerusi (yang berpunca dari ketidak mahiran / kurangnya kebijaksanaan dalam pengagihan tugasan) dan bermacam macam sebab lagi yang saya boleh kemukakan, tetapi pokok pangkalnya kegagagalan total ini dalam memartabatkan RT KSL ini adalah berpunca tidak lain dan tidak bukan adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Amanah yang digalas, satu beban yang cukup berat buat saya. Justeru itu izinkan saya mengundur diri, dan tidak ingin dilantik kembali hatta sebagai Ahli Jawatan Kuasa sekalipun.. atas sebab:

– Agar barisan kabinet AJK baru kelak tidak dianak tirikan, diperlekehkan seperti sekarang dan tahun-tahun sebelum ini, mengharapkan dengan barisan muka muka baru bersama dengan pegawai – pegawi JPNIN yang juga baru akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama yang lebih erat atau dengan kata lain (yang lalu biarkanlah berlalu).

– Jika saya menjad AJK sekalipun, dikhuatiri segala pandangan, kritikan, mohon penjelasan kepada JPNIN dari saya terutamanya yang berkenaan prinsip-prinsip asas kehidupan yang mulia seperti ketelusan dalam menguruskan program, aktiviti peringkat bandaraya ataupun negeri, adil dan saksama, tidak bias, tidak melebihi sesuatu KRT berbanding dengan KRT yang lain, ataupun berbagai lagi tuturkata saya dalam isu-isu yang kontraversi akan menjadi rujukan, pendapat rasmi JPNIN kepada RT KSL, dan pada penghujungnya akan memberi impak yang buruk / kesan negatif kepada kesinambungan RT KSL ini, (makanya biarkan saja menjadi outsider dlm NGO ini),

Namun begitu dalam pada masa yang sama, saya akan berusaha membantu seadanya dalam menjayakan, kelangusngan hidup RT KSL ini, membantu dalam memberikan buah fikiran, idea, pengalaman, tenaga, masa maupun wang ringgit dalam menjayakan apa apa program yang dirancang.

Jika sahaja anda tidak menemui sesiapa untuk menggantikan kami, maka nyatalah betapa Rukun Tetangga tidak relevan lagi diwujudkan di perumahan kita ini!! berkemungkinan besar jika ini benar – benar terjadi, maka kami akan memikirkan cara lain yang sebaik-baiknya dan mengemukakan kepada Yang Berbahagia Dato` Mohd Hatta PSUPS mengenai idea yang telah diwarkan -warkan kepada beliau pada 2 pertemuan sebelum ini untuk menaja kewujudan NGO lain aka JKKK Flat Persekutuan. Objektif yang coba dijadikan sebagai sandaran adalah seperti isu-isu keselamatan, kebajikan permasalahan, pertikaian antara penghuni, mempertingkatkan 4Q kecergasan manusia (IQ/kecerdasan minda (melalui penyediaan kelas tuisyen,kursus, bengkel ceramah, seminar dll.), EQ/kecerdasan Emosi (kunjung mengunjung,gotong royong,khairat, bantuan dll.), SQ/Kecerdasan Rohani (kelas KAFA, Kenduri tahlil, ceramah agama, tazkirah, sembahyang berjemaah dll.), PQ/Kecerdasan Fizikal (senam robik, gotong royong, program – program kesihatan dll.) Ianya juga sebagai wadah, medium perantara diantara penghuni Flat-Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pejabat PSUPS. Yang ingin saya tekankan ketua yang sebenarnya buat kita penghuni Flat Persekutuan ini ialah Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, belas ehsan merekalah kita boleh menduduki rumah kerajaan ini!! maka bersyukurlah dan pergunakanlah segala kemudahan dan kesempatan yang diberi ini dengan sebaik – baiknya.

Mungkin Pegawai JPNIN yang hadir pada mesyuarat ini kelak akan memperkatakan bahawa jika RT tiada maka Tabika Perpaduan akan ditutup. kepada anda, oleh itu biarlah saya fahamkan tuan puan, ini semua adalah andaian dan momokon semata mata, jika pada tahun 2003 dahulu kewujudan Tabika Perpaduan lebih dahulu dari Rukun Tetangga atas permintaan Setiausaha Persekutuan pada masa itu, maka akurlah Pengarah JPNIN pada masa tersebut, membelakangkan karenah birokrasi yang ada, suatu kejanggalan menyimpang dari peraturan biasa tidak seperti di tempat – tempat lain. Justeru itu fahamilah bahawa besarnya kuasa yang ada pada Pejabat PSUPS dalam hal ini, usahlah risau yang Tabika Perpaduan akan ditutup kembali, dan kenyataan lain terdapat Tabika Kemas di Flat Persekutuan Km.4.

Laporan Kewangan oleh Bendahari tidak dapat dikemukakan pada hari ini, namun akan diusahakan mengikut kadar kecepatan, masa terluang kami dan akan di hantar melalui sistem e-rt. Buku akaun bank akan diserahkan kepada Bendahari baru kelak, Untuk makluman buat semua geran yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM3600, dan kalau saya tidak silap tiada penambahan lain dari segi tuntutan program aktiviti, segala aktiviti yang kita lihat banyak selama (Sambutan Hari Raya, Sambutan Maulidur Rasul, Gotong Royong sekadar menyebut beberapa aktiviti, pembelian PA sistem pelbagai guna, pengindahan, renovasi pejabat RT) ini adalah hasil gabungan dengan duit surau, sumbangan individu, penghuni Flat dan dari Pejabat PSUPS sendiri.

Manakala laporan aktiviti, minit mesyuarat tidak juga dapat kami sediakan, punca utama setiausaha yang bersilih ganti, kebiasaan mengadakan program – program secara mendadak, perancangan dan perlaksanaan untuk sesuatu program beberapa kerap kali dijayakan hanya dalam tempoh 3hari sahaja, minat kami yang semakin menurun hari demi hari, namun begitu anda masih melihat semua aktivit dan program – program lepas samaada melalui laman web RT KSL https://myrtksl.wordpress.com/ , http://surauflat.wordpress.com/ ataupun melalui laman web sosial http://www.facebook.com/RT.1Malaysia.

Akhir kata sebelum saya mengundur diri.. maaf sekali lagi, selamat maju jaya buat semua..
buang yang keruh, ambil yang jernih, sama samalah kita mencermin diri, teruskan usaha anda.. memperjuangkan perpaduan agar tercapai dan menjadi jitu dari sudut sosial, politik dan ekonomi.. acuan 1 Malaysia.

UNTUK HIDUP..
UNTUK BELAJAR..
UNTUK MENYAYANGI..
UNTUK BERBAKTI/MENINGGALKAN LEGASI.

RENUNG RENUNGKAN …SELAMAT BERAMAL.

: “Petikan dari ucapan terakhir Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada mesyuarat pembubaran AJK RT KSL penggal 2009 – 2011, pada 23 Hb. Januari 2011 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna Flat Pesekutuan Km.5, Jaln Kompleks Sukan Likas , surat hebahan kami bernombor RTKSL/H/0810 (01) adalah berkaitan”.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “RT KSL 2011”

RSS Feed for My komuniti Comments RSS Feed

Syabas dan Thaniah atas kerelaan memegang Jawatan yg memangpun sukarela namanya. Teruskan perjuangan yg tulus ikhlas, insyaAllah balasan akan diperolehi mungkin bukan masa ini tetapi masa akan datang ataupun kalau bukan kita terima tetapi anak cucu kita.

Saya telah terlibat dengan kerja-kerja sukarela ini sejak usia 17 tahun lagi dan memang pelbagai cabaran terpaksa dilalui namun berbekalkan niat buat kerja kebaikan kerana Allah swt maka segala rintangan tersebut berjaya dihadapi dengan jayanya.

Saya berpendapat RT KSL 2011 masih relevan lagi cuma fokusnya harus kepada semangat kejiranan dan bidang-bidang yg bukan berkaitan seperti pengurusan flat harus dibentuk satu jawatankuasa khas bagi menanganinya.


Where's The Comment Form?

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Januari 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: