Posted on 13/07/2010. Filed under: AJK RT KSL |

TARIKH: Hb. Julai 2010.

MASA: JAM 7.30 MALAM.

TEMPAT: DEWAN MASYARAKAT TANJUNG ARU, KOTA KINABALU.

Ucapan Aluan PPD Kota Kinabalu.


saya cuma tertarik secara tiba – tiba atas ucapannya yang beliau petik kembali dari nota terdahulu sebelum ini ada pengerusi KRT “tpi kalau dia tinggal dalam satu blok bangunan 4 tingkat dan dia tinggal tingkat 3 org tingkat 1, 2 dan 4 pun tak kenal dia”.

– Komen admin (huhu.. kata kawan – kawan ‘bikin pans’) jadi kita ucapkan tahniah buat KRT – KRT yang hebat di bawah bimbingan beliau yang cukup mengenal jiran – jiran, komuniti yang tinggal dalam keseluruhan KRT mereka. Lebih hebat dari YB ni… dan beliau juga menerangkan betapa beliau adalah orang yang telah cukup lama berkhidmat dalam JPNIN, jadi kita semua pun fahamlah point dari kata – kata beliau ini. Kemusykilan admin. Dalam forum, majlis dialog ini yang dihadiri oleh agensi lain (seperti Polis dan DBKK pada malam tersebut) seperti ini boleh pula Peg. JPNIN menempelak pengerusi KRT, tetapi jika kita menegur mereka secara berhemah (adakah ini sesuatu yang taboo bagi mereka?) tidak boleh sama sekali…



Ucapan Pengarah JPNIN Negeri Sabah (Pn. Nurul Akmalina Bte Hj. Shamsuddin).




Beliau memberi ucapan yang begitu panjang, padat dan penuh informasi bermula melalui salam perkenalan beliau, menjelaskan kepada semua AJK KRT yang hadir bahawa dia juga sebelum ini pernah berkhidmat di Negeri Sabah (2007-2008) sebelum ini sebagai Timb. Pengarah sebelum diarahkan bertugas ke Negeri Selangor atas kapasiti yang sama (mengawal selia KRT sebanyak 600 lebih), beliau juga pernah berkhidmat dalam bidang yang mengkhusus kepada Pembangunan Komuniti (KRT) selama 5 tahun. Antara penekanan, intipati ucapan beliau yang sempat admin catat antaranya satu pendekatan konklusif ‘Memasyarakatkan Rukun Tetangga’, dari masyarakat, kepada masyarakat untuk masyarakat. Melihat kembali dan menerangkan betapa peri pentingnya Notis Persempadanan KRT, mencadangkan agar diedarkan kepaad semua komuniti KRT, senarai data maklumat AJK KRT dikawasan tersebut, Profil RT, konsep kesukarelaan (menggantikan kembali AJK yang sudah berpindah, memberi ruang kepada ahli RT yang berminat), ‘Kempen Zom Ziarah’, ‘RT Mesra’, ‘Konsep Masyarakat Selamat’, Slogan JPNIN Sabah ‘KRT/Tabika didahulukan, Prestasi JPNIN diutamakan’, meminta Pengerusi KRT berbincang dengan pegawai untuk memcahkan KRT menjadi kecil agar mudah ditadbir urus. Mencadangkan agar 1 KRT memecahkan unit SRS kepada 3 agar mendapat peruntukan dan geran yang lebih bagi menguatkan organisasi SRS di KRT tersebut, selain menjimatkan masa dan memudahkan semasa rondaan, kumpulan peronda dan check point yang lebih, manakala bekalan walkie-talkie hanya menunggu dari kelulusan AG, manakala Kabin untuk kegunaan pengurusan KRT dibekalkan atas permintaan bergantung kepada surat sokongan Polis, DBKK dan JPNIN sendiri. Pada tahun ini juga JPRD (Jawatan Kuasa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah) akan diaktifkan kembali, dipengerusi oleh Pegawai JPNIN manakala Timbalan terdiri dikalangan Pengerusi KRT,dan satu akaun akan dibuat (peruntukan untuk program peringkat daerah atau negeri akan disalurkan melalui akaun ini).


Isu – isu dan jawaban dari Pengarah, PPD dan DBKK yang sempat di catat, dikemukakan oleh Pengerusi – pengerusi KRT.


Dari KRT Tebobon (En. Idris):

– Pembaikkan Tabika Perpaduan. Jawaban (Minta cikgu Tabika membuat permohonan)

– Penggunaan Balairaya sebagai one stop centre untuk KRT, JKKK dan sebagainya. (dibenarkan dengan syarat mendapat surat penyerahan atau surat setuju terima).


Dari KRT Bukit Permai (En. Rimin):

– Bolehkan perkampungan dan penghuni setinggan menjadi ahli atau AJK KRT?. (Tiada masalah mengenai perkara ini / diperbolehkan).

– Mencadangkan untuk diadakan hari keluarga RT. (konsep terlalu luas dan memerlukan kewangan yang besar)

– Berkenaan status AJK yang tidak dapat memberikan komitmen lagi dalam AJK KRT. (Pengerusi diminta membuat surat tunjuk sebab yang pertama, surat kali kedua dalam mesyuarat ke-2,dicadang untuk dikekal, diganti pada mesyuarat kali ke-3, mempastikan pegawai JPNIN hadir pada mesyuarat kali ke-4 bagi tujuan penggantian

-Pihak DBKK akan membantu berkenaan tapak dan sebagainya bagi KRT yang baru wujud dan meminta agar dimaklumkan jika terdapat KRT yang baru ditubuhkan.


Dari KRT Luyang (En. Benny Quek):

– Ucapan terima kasih kepada DBKK berkenaan landscaping di bangunan KRT beliau. (no komen)

– Memohon di simen halfway di hadapan Tabika. (Buat surat permohonan)


Dari KRT Sembulan Baru (En. Lasamboy Ponisi).

– berkenaan jika tinggal 15 orang sahaja AJK kaitan dengan peraturan mesyuarat KRT. (Sah)


Dari KRT Tanjung Aru (En. Razak Dulait).

– meminta agar KRT Aerodrome dihidupkan semula.(KRT Aerodrome akan digazet baru)

– Taman Sempelang diwujudkan lagi 1 KRT.(Bergantung pada permohonan)

– Menjelaskan mengenai Pekan Tanjung Aru dilabel sebagai Zon Pendidikan dan memohon di tambah dana untuk kawasan beliau.(mencadangkan agar diwujudkan sekolah angkat KRT)

– Bercadang mengadakan seminar/dialog perhubungan antara agama di KRT beliau. (diminta membuat kertas kerja berkenan perkara ini).


Dari KRT Taman Putera Jaya (En. Maidin Udin).

– Meminta agar pengarah atau wakil hadir pada setiap kali aktiviti KRT. (dipersetujui dan dipertimbangkan bergantung kepada keadaan).

– Mencadang agar Pejabat Perpaduan Daerah dipindahakn kembali ke Bangunan KWSP.( tidak ada budget untuk perpindahan ini)


Dari KRT Cenderakasih (Pn. Jolin).

– Memohon Pondok (buat surat permohonan).


(rangkuman jawaban Pengarah, PPD,DBKK dari isu – isu yang tak sempat dicatat)

– 500 ahli RT boleh menubuhkan 1 KRT.

– Untuk layak mendapat geran penuh, perlu bermesyuarat sekurang – kurangnya 6 X dalam setahun, menjalankan aktiviti 12 X dalam setahun.

Round Table bersama pengerusi KRT akan di adakan (Pengarah akan menghabiskan dulu Majlis Dialog seperti ini yang berbaki 9 dari 27 daerah di seluruh Negeri Sabah. Agensi lain juga akan dijemput jika berkenaan / berkaitan.



DARi KRT KOMPLEKS SUKAN LIKAS (ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK).


1.    Mencadangkan kepada Pn. Pengarah agar Peg. JPNIN yang dilantik bagi mengawal selia, mentadbir urus perjalanan, pergerakan KRT – KRT di Bandaraya Kota Kinabalu ditambah.

1.1 –    Rasional bagi cadangan ini terdapatnya sekurang – kurang 2 pegawai yang berbeza jawatan menghadirkan diri dalam suatu program anjuran KRT (seorang sebagai wakil Pengarah JPNIN / VIP dan seorang lagi melaksanakan tugasan sebagai pemantau, membantu AJK pelaksana program KRT tersebut dalam mengendali, menilai, mengenal pasti kelemahan / kelebihan / post mortem program tersebut. Menyediakan borang penilaian prestasi program / maklum balas yang lengkap dan standard bagi KPI (Key Performance indexs) setiap KRT. (kehadiran pegawai JPNIN ini sewajarnya bermula sebelum, semasa dan selepas suatu program ini berlangsung).


1.2 – Seorang Pegawai JPNIN bagi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang ada juga sebaik – baiknya tidak mengendalikan atau mengurus tadbir organisasi di bawah kelolaan JPNIN (KRT, SRS dan Tabika Perpaduan) di bawah tanggung jawab beliau seorang sahaja. Ketidak hadiran pegawai tersebut atau wakil dalam sesuatu majlis, program atau mesyuarat sedikit sebanyak melemahkan semangat AJK KRT – KRT tersebut, ketidak hadiran pegawai JPNIN ini secara berulang kali juga membuatkan masyarakat / komuniti RT yang ada membuat andaian / persepsi bahawa Organisasi KRT ditempat tersebut tidak mendapat dukungan dan restu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah.


– Jawaban Pengarah (tidak ada peruntukan lagi untuk menambah kakitangan seperti yang dicadang)


2.    Mencadangkan agar Puan Pengarah JPNIN mencari satu solusi bagi menyediakan platform / medan perbincangan (tidak kiralah dalam alam nyata atau alam maya contohnya seperti dalam facebook RT.1Malaysia) yang tetap, telus, terbuka dan boleh didapati / archieve dari masa ke semasa.


– Jawaban JPNIN Sabah (tiada jawaban).


2.1 – Rasional dari cadangan ini adalah seperti segala isu, permasalahan yang timbul (contohnya seperti dialog dengan Puan Pengarah JPNIN pada malam ini) dapat didokumentasikan/direkod dan dibukukan buat tatapan/ panduan /rujukkan generasi pelapis/bakal – bakal pengganti AJK RT di masa depan.


2.2 – Mengambil intipati bagi kejayaan sesuatu program program peringkat Bandaraya, negeri ataupun kebangsaan ini sebagai benchmark / tanda aras pada program yang sama di masa akan datang.


2.3 – Mewujudkan ruangan forum khusus bagi menilai , menganalisis, mengenal pasti, luahan pujian, sokongan atau rasa tidak puas hati, kritikan pada kekurangan / kelemahan sesuatu program samaada anjuran JPNIN atau Gabungan KRT. (dikupas, diulas dan dikongsi bersama sebagai iktibar, panduan buat KRT – KRT yang baru tumbuh, KRT yang hidup segan mati tak mau, mengetengahkan, mengambil kira alternatif kedua/kritikan membina dari KRT yang berinovasi, berdaya kreativiti, menghapuskan/mengurangkan kekangan birokrasi, menaikkan kembali imej dan karisma RT sesuai mengikut arus peredaran zaman, mentaliti RT di alaf baru)


– Jawaban JPNIN Sabah (tiada jawaban).


2.4 – Kesimpulan dari cadangan kami dalam isu ke2 ini adalah agar satu platform / landasan jalinan komunikasi ini dapat dilaksanakan dan yang paling penting hendaklah mengambil kira konsep win – win situation yang mana pada akhirnya kewujudannya kelak menggembirakan dan menguntungkan kepada kedua – dua belah pehak.


3. Membuat kerjasama dengan Jab. Perangkaan yang sedang mengadakan Banci Penduduk pada masa sekarang untuk mendapatkan data – data ahli RT di kawasan mereka.


– Jawaban JPNIN Sabah (akan di usahakan). Pehak DBKK (akan membantu dalam hal ini dengan membekalkan data tersebut tetapi secara terhad).


– Ulasan PPD Kota Kinabalu (Beliau bersetuju mengenai idea berkenaan forum ini cuma tidak bersetuju dibincangkan dalam http://www.facebook.com/RT.1Malaysia kerana ianya boleh dibaca oleh seluruh dunia)



Akhir kata dari Admin :


– Isu – isu yang diketengahkan admin yang amat penting (isu no. 2) menjadikan pada pendapat admin bahawa http://www.facebook.com/RT.1Malaysia masih relevan hingga kini .

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Julai 2010
    M T W T F S S
    « Feb   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: