Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah

Posted on 11/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Akhirnya selesai sudah Program Rumah Terbuka Aidil Fitri tahun 2009 anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin Flat Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah..

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam tersebut buat wakil PSUPS . En. Herman Abd. Hamid walaupun kedatangan tuan yang lewat melalui gambar ini sahajalah yang dapat kami paparkan suasana semasa program berlangsung (buat pengetahuan tuan dan sesiapa sahaja, makan – minum semasa majlis adalah menggunakan sedikit dari geran tahunan, manakala selebihnya adalah sumbangan penghuni – penghuni flat dan taman – taman perumahan yang berhampiran) sesuatu yang cukup bermakna bagi kami, tercapai sudah hajat kita bergerak untuk menyatu padukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama komuniti di kawasan Rukun Tetangga K.S. Likas ini. Sedikit kekecewaan buat jabatan yang memayungi pergerakan Rukun Tetangga ini jemputan untuk semua kakitangan ibu pejabat telah diedarkan namun seorang pun tak muncul… hatta jika PAR di jabatan yang datang pada masa tersebut akan kami letakkan beliau di kerusi VIP bagi menghormati JPNIN Negeri Sabah.. kami faham kelemahan kami sebagai sebuah organisasi seperti ini, tanpa bimbingan, tunjuk ajar, garis panduan yang jelas, komunikasi berterusan dengan JPNIN mana – mana Rukun Tetangga pun akan malap cahayanya. kelemahan @ kepincangan yang jelas dalam struktur organisasi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas adalah kesemuanya terdiri dari Kaum Muhajirin menghuni di kediaman kuarters Kerajaan Persekutuan, setiap tahun sekurang – kurangnya 6-7 orang AJK yang akan meninggalkan JK RT KS Likas ini. ( Menjawat jawatan baru di daerah lain, pindah ke rumah baru dan lain – lain sebab) bagi yang punya keluarga di daerah sekitar Negeri Sabah , Sabtu dan Ahad selalu digunakan untuk balik kampung apalagi musim cuti sekolah..menjayakan program pada masa atau waktu seperti tadi biasanya kurang mendapat sambutan atas faktor – faktor yang disebutkan tadi..kesibukkan AJK sendiri yang terdiri dari pegawai – pegawai tinggi di jabatan masing – masing menyukarkan untuk mengatur perancangan program , percambahan fikiran semasa meeting walau apapun pengerusi RT KSL sendiri yang kurang berkesan dalam usaha menangani ini ? berikan komen anda dalam memajukan, menjadikan RT KSL menjadi satu badan pergantungan komuniti dalam segala permasalahan, penggerak perpaduan, keharmonian, pembawa manfaat buat kita semua..

Akhir kata dari kami di penghujung Syawal ini..mohon Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami semua warga kerja Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas kepada semua Agensi, jabatan dan individu yang pernah berkerjasama, berurusan dengan kami. Jika pernah nawaitu kami di pandang sinis dan membuat anda terguris maafkan kami.., Jika pernah gelak tawa, tutur kata, tingkah laku kami menyakitkan hati, mengguris rasa maafkan kami.., Jika pernah selama ini anda mengorbankan masa, tenaga dan Ringgit Malaysia menyumbang juadah makanan atau apa sahaja tanpa rela dan merasa terpaksa halalkan kami, ikhlaskan hati.. hidup kita, tumbesaran anak – anak kita, kejiranan kita di sini hanya transit semata, besok lusa siapa tahu kita kan menetap di mana? ada pakar kehidupan pernah berkata hidup ini harus seimbang dalam segala segi masa berkerja, masa beribadah, masa bersama keluarga, bersama saudara, jiran tetangga, masyarakat dan diri kita sendiri (bermuhasabah) menghabiskan masa dengan kerjaya tanpa memikirkan semua yang diperkatakan di atas adalah satu kesilapan yang besar (risiko rumah tangga porak peranda, anak membesar tanpa bimbingan ibu bapa, hilang haluan hidup, garis panduan dari yang Maha Esa, cemerlang dalam berkerjaya belum tentu cemerlang dalam membina keluarga bahagia, hidup bersaudara, umat yang di redhaiNya) jika masa anda sememangnya cukup minima dalam memenuhi semua kriteria ini jadikanlah kuantiti masa tersebut menjadi berkualiti, hargailah masa semasa bersama keluarga, bersama masyarakat, bersama keheningan diri dan usahakan mempertingkatkan kualiti masa – masa bersama yan ada dengan cara utamakan yang utama (dari buku Steven R. Covey first things first) dari hari ke hari renung – renungkanlah!! justeru itu maafkanlah kami warga kerja Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini..

YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. YANG BURUK ITU DARI KAMI JUA

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

3 Respons to “Sekitar Program Rumah Terbuka Aidil Fitri 1430 Hijrah”

RSS Feed for My komuniti Comments RSS Feed

Tahniah, moga allah terima segala amalan kita. Nampak masih melalui tulisan yang tertera rasa penat yang belum hilang, rasa kecewa atas undangan yang belum berbalas dan kunjungan yang tidak kesampaian. Tak pa jangan bersedih, bukan senang nak membina satu budaya baik dan positif ni, ia memerlukan masa yang bukan seminit dua. apapun tahniah buat RT, dan saya sebagai wakil AJK Surau mengucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan dan gandingan mantap dalam bahu membahu menjayakan segala aktiviti surau dan RT, moga hubungan dan gandingan RT – surau ini akan terus berkekalan.
Tahniah sekali lagi.

ala tuan.. minta maaf.. saya lupa.. ko tak kasi sms masa tu.. ala..

Ribuan terima kasih atas jemputan tuan ke majlis KRT Komplex Sukan
Likas.Ini merupakan satu pengalaman yang luar biasa bagi kita untuk
menghadiri aktiviti KRT Komplex Sukan Likas. Pada pendapat saya ini
merupakan satu peluang yang baik untuk mendirikan satu bangsa atau pun satu malaysia. Disini kita dapat melihat pelbagai kaum bersama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri tanpa menghiraukan perbezaan agama dan kaum. Kami mengharapkan peluang seperti ini akan diadakan masa-masa akan datang untuk mengukuhkan lagi perhubungan di antara kaum.

Salam tahniah.
JP WONG,


Where's The Comment Form?

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Oktober 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: