Garis Petak kuning

Posted on 27/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, RT KSL, Rukun Tetangga | Tags: |

Rungutan dan aduan dari segelintir warga Flat Persekutuan Km.5  dan penghuni luar yang selalu berurusan di sekitar flat mengenai ketiadaan petak kuning di hadapan laluan keluar jalan Kompleks Sukan Likas akhirnya telah selesai.

Sebelum :

Surat permohonan AJK RT KSL kepada pehak JKR (lampiran disisipkan kepada email RTKSL.admin)

from Khairuddin Bakar
to Anjin.Ajik@jkr.sabah.gov.my

cc rtksl.admin@gmail.com

date Mon, Apr 13, 2009 at 12:39 PM
subject Permohonan Petak Kuning di Jalan Kompleks   Sukan Likas
mailed-by sabah.gov.my
Pengarah

Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Bangunan KPI
Jalan Sembulan
88999 KOTA KINABALU
Tuan,
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas dan percakapan saya dengan pegawai tuan iaitu Encik Kenny dari JKR KK pada 13 April 2009 jam 12.10 tengahari adalah berkaitan.
2. Adalah saya mewakili penduduk di Kompleks Persekutuan Km5, Jalan Kompleks Sukan,  Likas  memohon kepada tuan bagi  mengadakan petak kuning dihadapan jalan keluar dari  kuarters untuk memasuki Jalan Kompleks Sukan.
3.  Tujuan permohonan ini adalah kerana penduduk kuartes mengalami kesukaran untuk memasuki jalan Kompleks Sukan kerana kurang mendapat kerjasama daripada pemandu kenderaan yang lain terutama pada waktu pagi.
4. Untuk makluman tuan, sebelum jalan tersebut dinaiktaraf dari satu lorong kepada 2 lorong memang telah ada petak kuning untuk kemudahan kenderaan keluar masuk dari kuarters namun begitu apabila jalan siap petak kuning telah tidak diadakan semula.
5. Saya telah mengajukan permohonan ini kepada  pegawai tuan iaitu Encik Kenny  dari JKR KK dan dimaklumkan bahawa petak kuning tersebut akan dapat disediakan dalam masa sebulan/ 30 hari dari hari ini 13 April 2009.
6 . Oleh yang demikian,  saya amat berharap  tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami ini, sekian dan terima kasih.
Khairuddin bin Bakar
013-3521466
Reply dari admin :
from rtksl.admin@gmail.com
to Khairuddin Bakar
date Tue, Apr 14, 2009 at 12:09 AM
subject Re: Permohonan Petak Kuning di Jalan Kompleks Sukan Likas
mailed-by gmail.com

Terima Kasih dari kami semua tuan.. atas inisiatif tuan ini, dan diharap usaha seperti ini akan menjadi contoh kepada semua warga Flat Persekutuan terutamanya AJK RT KSL yang lain untuk senantiasa kreatif dan memikirkan usaha yang memberi kepentingan dan kenikmatan semua penghuni tanpa memikirkan imbalan atas niat dan usaha yang dilakukan .. dan saya secara peribadi senantiasa menyokong penuh usaha yang membawa kebaikkan untuk semua ini moga – moga segala usaha ini akan terlaksana dengan jayanya…

dan selepas :

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • April 2009
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: