Hasil Mesyuarat RT KSL 19-04-2009

Posted on 21/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, borang, Flat Persekutuan, Jiran Wanita, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

Mesyuarat yang berlangsung pada malam Ahad lepas 19/04/09 (ramai yang tidak sedar akan adanya mesyuarat pada malam tersebut kerana mungkin Setiausaha kita Pn. Iswalah Arshad berada di Kuala Lumpur dan tarikh bagi mesyuarat ini telah ditetapkan dan dimaklumkan pada AJK yang hadir last meeting sebelum tu (bagi acara bersama surau Program Maulidur Rasul) antara intipati penting yang dapat dihebahkan kepada semua mengenai hasil mesyuarat tersebut antaranya:

  1. Diminta semua AJK RT KSL agar menghantar gambar berukuran passport kepada Pengerusi seberapa kadar yang segera, ketidak adaan gambar tersebut, membantutkan usaha Pengerusi bersua dengan Pegawai JPNIN Kota Kinabalu En. Madevan Markandan (i have no point and no excuse) dan usaha JPNIN untuk mengemaskini profail RT KSL, pengagihan geran tahunan dan insuran bagi AJK.  Harap Maklum….. (yang belum menghantar gambar Pn. Iswalah Arshad, Pn. Aloha Ramli, Pn. Salmah Labulla, Pn. Siti Waliah Hj. Sidah, Md. Fadhil Bin Abd. Rahman, Nurazlan @Atai, Radianshah, Pn. Noorashikin Jekrah, Pn. Rannah Amede, Pn. Junidah Manggam, Pn. Maimonah Awang Ali, Ismail Daim, Azizul Alias dan Pn. Aida Addha.

  2. Makluman kepada semua.. Pehak JKR telah berjanji kepada AJK RT KSL kita En. Khairuddin Bakar yang pehak mereka akan mengecat semula Petak Kuning bagi laluan penghuni flat keluar ke jalanraya simpang ke tiga(Jalan Kompleks Sukan Likas) dalam tempoh masa satu bulan. Terima kasih, tahniah dan syabas diucapkan atas usaha tuan.

  3. Hasil dari pertemuan, perbincangan enam mata antara Pengerusi, En. Ismail dengan Timbalan Pengarah Jakim (Ustadz Nasrun). Pehak Jakim akan coba mendapat guru Tahmir (wanita) bagi Jiran Wanita menjalankan aktivi mereeka (Kelas mengaji, Fardhu Ain dan Kifayah) manakala bagi kaum bapa usaha sedang dijalankan untuk melantik ustadz – ustadz yang ada sekarang (AJK surau) menjadi tenaga pengajar. (Ustadz Hafizullah telah memaklumkan kepada saya yang kelas mengaji dewasa Insya Allah akan dimulakan pada malam Ahad ini 25/04/2009 selepas sembahyang Maghrib.

  4. Satu surat akan diserahkan kepada PNS (dulunya JPPS) melalui En. Ismail memohon papan tanda terbuang atau yang telah lupus untuk di recycle kembali bagi kegunaan RT KSL untuk memasang papan makluman / hebahan kepada penghuni Flat mengenai sebarang aktiviti atau program yang sedang berlangsung atau akan dijayakan , papan hebahan ini akan dipasang dihadapan laluan menuju masuk ke Flat Persekutuan km.5.

  5. Kedai runcit dan jualan kuih muih yang telah diluluskan oleh PSUPS dan akan dibuka pada waktu yang terdekat (renovation semula pondok pengawal keselamatan yang ada sekarang menjadi menjadi kedai runcit sedang rancak dijalankan. editor) kepada sesiapa yang sudi untuk mengadakan usaha sama perniagaan yang strategik bolehlah menghubungi Ketua Jiran Wanita Pn. Salmah Labulla atau Timbalan beliau Pn. Siti Waliah Hj. Sidah bagi maklumat lanjut.

  6. Penternakan Ikan Keli. Projek penternakan bersama AJK Surau akan dilaksanakan pada suatu masa belum dapat ditentukan (bergantung kepada perkiraan modal dan kajian yang dijalankan oleh En. Ismail Daim) buat masa ini sistem penternakan ikan keli dalam kanvas ini hanya terbuka kepada AJK RT KSL dan surau sahaja, jika didapati menguntungkan barulah dikembangkan kepada semua komunit yang ada, jika projek ini merugikan segala kerugian akan ditanggung oleh AJK RT/Surau yang terlibat sahaja.

  7. Setelah berbincang dengan En. Nin Junid, staff PSUPS bagian pengurusan harta, harta – harta kerajaan yang tedapat di dalam Flat (seperti katil, kerusi, meja dan sebagainya) akan dilupuskan oleh pehak mereka pada suatu masa yang akan ditentukan kelak, justeru itu adalah dapat agar semua penghuni memberikan kerjasama kepada pehak RT KSL dengan menyenaraikan barang – barang tersebut dan menyerahkan kepada pengerusi atau email sahaja kepada rtksl.admin@gmail.com.

  8. Makluman kepada semua Penolong Guru Tabika Perpaduan yang ada sekarang Cik Sumiam Rosiman telah berhenti kerja(pada 15/04/2009) kerana mendapat tawaran jawatan baru  sebagai guru prasekolah di SK Mengkabong dan pembantu baru bagi Cik Ramlah (Guru Tabika Perpaduan Flat Persekutuan) akan melapor diri pada Isnin ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan akan di sambung semula ke satu masa yang akan ditentukan kelak….

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • April 2009
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: