Posted on 17/07/2008. Filed under: AJK RT KSL |

Ruj. Kami : RTKSL/HM/001(0708)

Ruj. Tuan :

Tarikh : 17Hb. Julai – 2008

Kepada :

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL.

Penghuni Baru dan Ahli Rukun Tetangga,

Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

PER: MAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PADA 16HB. JULAI 2008.

Adalah saya selaku Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) dan juga jawatan kuasa penduduk yang diiktiraf oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS) memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5 mengenai berberapa perkara yang diperbincangkan semasa mesyuarat penghuni pada 16Hb. Julai 2008.

1. SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN: Perkhidmatan kawalan keselamatan telah ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada 16Hb. Julai 2008 bermula pada jam 12.00 tengah malam.
2. PEMAKAIAN DEWAN: Satu ketetapan dari mesyuarat bersama PSUP pada 12Hb. Mei 2008 di bilik mesyuarat PSUPS memberi kuasa kepada Jawatan Kuasa RT KSL mengendali, mengawalselia pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5, dan diputuskan pada mesyuarat RT KSL Bil. 01/0708 satu Jawatan Kuasa mengenai penggunaan dewan ini telah dibentuk, segala urusan pemakaian dewan hendaklah berhubung terus kepada Pengerusi RT KSL (019-8612758), Bendahari (En. Haidir Abdullah 014-8740100) atau Ketua Unit Biro Harta dan Inventori En. Abd. Rashid (019-5300575) duplikat kunci, buku log, jadual pemakaian dewan, syarat-syarat dan terma pemakaian, surat aku janji bagi peserta Karate-Do atau sebarang penggunaan secara percuma (jika diluluskan) akan disediakan pada masa terdekat.
3.PERTANGGUNGJAWABAN SESAMA PENGHUNI: Atas kesedaran “kediaman ku tanggung jawab ku” dan demi keharmonian, keselamatan dan keselesaan sesama kita, kami menyeru dan merayu kepada semua penghuni agar mengambil inisiatif dan secara sukarela melaksanakan perkara berikut:
1.Menghidup dan mematikan lampu bahagian bawah blok masing – masing pada jam 6.00 petang dan 6.00 pagi.
2.Menurunkan dan menaikkan penghadang pintu utama pada atau selepas jam 12.00 malam ketika keluar masuk kawasan Flat Persekutuan (akan dikaji semula selepas RT KSL mendapat maklum balas dari Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu)
3.Melihat dan mengambil sendiri bil – bil eletrik yang terbaru di tempat biasa (pondok keselamatan).
4.Mempastikan lot – lot parking yang telah dikhaskan dipatuhi arahannya.
5.Mematuhi pekeliling bagi menduduki Rumah Kediaman yang disediakan oleh kerajaan yang (antaranya telah pun dibangkitkan semasa mesyuarat bersama PSUPS) seperti membabitkan diri pada sebarang acara atau aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan, menjemur kain dan sebagainya di kawasan awam / terbuka, memelihara kucing, memandu laju di jalan raya baru yang tidak berbonggol dan lain – lain perkara membabitkan kepentingan bersama yang termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan.

4.PERANCANGAN PROGRAM AKAN DATANG: Antara program terdekat yang akan dilaksanakan antaranya Sambutan Ishra Mikraj di Surau Flat Persekutuan, Hari Keluarga Flat Persekutuan cadangan pada 10Hb. Ogos 2008 dan mengadakan kembali kelas KAFA (untuk mendapatkan penyertaan anda sila taip nama pemohon jarak blok rumah jarak umur jarak minima – maksima bayaran bulanan dan hantar / sms ke 019-8612758 contoh ABD.LATIFF BIN HJ.MULUK D4-4 8THN. RM5-10) setelah senarai nama ini lengkap dan mencukupi jumlah penyertaan maka satu mesyuarat bersama mengenai hal ini akan diadakan .

Sekian, Terima Kasih.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Julai 2008
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Popular

    • Tiada
  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: