JPNIN

Program Aktiviti RT KSL 2010

Posted on 18/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 |

AKTIVITI / PROGRAM : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Kunjungan Hormat Ke pejabat PSUPS 29/01/2010 Jumaat  2.00 Ptg. En. Kastian Hj. Dullah.
2. Maulidur Rasul 26/02/2010 Jumaat malam.

/ AJK Surau

Ceramah ** Program bersama surau.
3. Perasmian Pejabat RT

14/03/2010.

Ahad.

En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
4. Perkhemahan Jiran Muda (Kem Padu JM) Awal cuti sekolah Sabtu (13/03/2010) Pn. Salmah Labulla / AJK Jiran Muda
5. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 1

28/03/2010

Ahad Pagi.

En. Mohammad Sha Harun / En. Taib Musah
6. Perasmian RT Niaga ™® Pasaria, Bazaar, Program Ekonomi 01/05/2010 Sabtu. En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
7. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 2 05/06/2010 Sabtu Pagi.
8. Israk Miraj 09/07/2010 En. Azid Mintek / AJK Surau ** Program bersama surau.
9. Nisfu Syaaban 26/07/2010 ** Program bersama surau.
10. Moreh Ramadhan 11/08/2010 Pn. Siti Waliah / AJK Surau ** Program bersama surau.
11. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri

Awal cuti sekolah

Sabtu (04/09/2010)

En. Haidir Abdullah.
12. Gotong Royong bersama pelbagai Agensi Siri 3 18/09/2010 Sabtu Pagi. En. Abd. Malik / En. Radianshah.
13. Majlis Korban 17/11/2010. Rabu. En. Ismail Daim / AJK Surau ** Program bersama surau.
14. Majlis Berkhatan Cuti sekolah (20/11 – 31/12/) Tn. Mejar Hj. Mohd Zain ** Program bersama surau.
15. Sambutan Krismas dan Tahun Baru 31/12/2010 En. Bailon Golutin / En. Jikula Monjingol
AKTIVITI / PROGRAM MINGGUAN / BULANAN : PERANCANGAN TARIKH PENGERUSI PROGRAM / PENYELARAS PROJEK KETERANGAN
1. Senam Robik / Taichi / Poco – Poco Ahad Pagi pada minggu ke- 3 En. Haidir Abdullah. 23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
2. Kelas mengaji KAFA Jiran Muda, Dewasa, Kaum Ibu ( Jiran Wanita) Seminggu 2 x.
3. Bengkel Masakan Jiran Wanita Ahad Petang pada minggu ke- 3

Pn. Salmah Labulla  / AJK Jiran Wanita.

23/01, 20/02, 27/03, 17/04, 22/05, 20/06, 18/07, 19/09, 17/10, 21/11
4. Tuisyen Bahasa Inggeris, Matematik Dsbnya. Seminggu 2 x.
5. Bacaan Yassin Setiap  malam Jumaat En. Ismail Daim / AJK Surau
6. Aktiviti Dewan (Badminton, Ping Pong dsb.nya) Setiap malam Sabtu

En. Azid Mintek

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5

Posted on 17/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Kepada :

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS BERSAMA PENGHUNI FLAT PERSEKUTUAN Km. 5 .

Adalah dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5. Bahawa satu mesyuarat bersama penghuni Flat Persekutuan Km .5 yang di anjurkan oleh Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : (Sabtu ) 16hHb. Januari 2010.

Masa : Jam 8.00 Malam.

Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.

Agenda :

i.            Ucapan Pengerusi.

ii.            Ucapan Pegawai Perpaduan dari JPNIN Negeri Sabah.

iii.            Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2009

iv.            Perancangan Program / Aktiviti bagi tahun 2010.

v.            Perkara – perkara berbangkit (Hal- hal lain)

Adalah diharapkan agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 dan pehak yang menerima email ini hadir memeriahkan mesyuarat  disamping dapat saling kenal – mengenal dan mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran.

Sekian ..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Perutusan Tahun Baru 2010

Posted on 14/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, perpaduan, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Tunas Jiran |

Assalamualaikum.

Salam Pepaduan,

Salam 1 Malaysia.

Walaupun sudah hampir sebulan kita melalui tahun baru 2010.. namun tidak terlalu lambat jika saya menukilkan sedikit apa yang terbuku di hati ini untuk sama – sama kita renungkan, marilah kita merenung sejenak hari – hari yang telah berlalu di kejiranan kita.. betapa ramainya sudah AJK RT KSL yang telah pergi meninggalkan kita, pada tahun 2009 sahaja jiran kita yang juga merupakan tenaga penggerak / AJK  RT dan Surau  sepertiEn. Khairuddin Bakar (Ketua Tunas Jiran ), Pn. Iswalah Arshad (Setiausaha RT KSL), Pn. Aida Adhha Abu Bakar (Ketua Biro Muslimah JK Surau dan AJK RT), En. Fadhil Hj. Abd. Rahman (Ketua Jiran Muda), En. Nurazlan Nasiruddin (Bekas Ketua Jiran Muda dan AJK RT), En. Azizul Alias (Ketua Biro Pembangunan JK Surau dan AJK RT), En. Amran Ambodai (Setiausaha JK Surau), En. Taulani Hamzah (Bendahari JK Surau), dan yang terbaru di tahun 2010 yang kita sangka dan amat kita rasai kehilangannya iaitu Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi Surau dan En. Abd. Rashid Awang Tuah (AJK RT dan Timbalan Ketua Biro Harta dan Inventori).

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Karnival I Malaysia

Posted on 03/01/2010. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran | Label:, , , , |

Program : Majlis Malam Jasamu Dikenang 2009 dan Karnival I Malaysia.

Tempoh Program : 3 Hari 2 Malam.

Lokasi : Hotel Seafest, kawaan lapang Kg. Sri Jaya, Daerah Semporna, Sabah.

Jemputan / kehadiran : 10 Orang Pengerusi KRT dari daerah – daerah seluruh Negeri Sabah, Guru – guru Tabika Perpaduan dan penolong guru dari seluruh daerah Negeri Sabah, semua kakitangan JPNIN cawangan Negeri Sabah, warga Daerah Semporna (anggaran kehadiran 3000 orang)

Tentatif Acara :

  1. Majlis Anugerah KRT cemerlang tahun 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  2. Anugerah Tabika Perpaduan Contoh 2009 Peringkat Negeri Sabah.
  3. Majlis Perasmian Penutupan Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

Perasmi : YB Datuk Hj. Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya.

Banyak lagi gambar semasa di sana dalam laman facebook Rukun Tetangga.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Penyampaian Anugerah Balai Polis cemerlang

Posted on 24/12/2009. Filed under: JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL | Label:, |

Jemputan oleh PDRM sempena Majlis Penyampaian Anugerah MCPF bagi Balai Polis cemerlang peringkat negeri Sabah pada 21Hb. Disember 2009 di Mes Pegawai Kanan PDRM , Kepayan.

Tahniah dan syabas kepada IPD Penampang Johan Kategoria A dan Balai Polis Pekan Tanjung Aru bagi kategori B .

Pemenang Anugerah MCPF tahun 2009.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Menteri datang (Bengkel SRS Peringkat Bandaraya K.K, Penampang & Papar)

Posted on 08/11/2009. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT | Label:, , , , |

Tarikh : 7Hb. November 2009.

Masa : Jam 7.30 pagi hingga ke 5.30 petang.

Tempat : Tingkat 2, Bilik Seminar Melaka, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, Sabah.

Tentatif acara :

  • 0715-0750 : Pendaftaran.
  • 0800-0900 : Taklimat 1 Tatacara pengendalian pengurusan SRS oleh En. Kamaruzaman Bin Mohd Paad (Unit Skim Rondaan Sukarela JPNIN Sabah).
  • 0930-1130 : Ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ucapan dan perasmian bengkel SRS, Minum pagi dan sesi bergambar bersama menteri.
  • 1130-1300 : Taklimat 1 Perkara – perkara yang boleh dan tidak boleh yang ada pada kuasa mata – mata konstabel Polis oleh En. Kumar (PDRM Sabah).
  • 1300-1400 : Makan Tengah hari.
  • 1400-1500 : Taklimat 1 Cabaran – cabaran SRS oleh En. MArhadi M. Ardin unit Rukun Tetangga JPNIN Sabah.
  • 1500-1600 : Latihan Dalam Kumpulan / Pembentangan.
  • 1600-1730 : Majlis Penutupan dan penyampaian sijil ..
  • 1730 – : Bersurai.

P/s : Kehadiran Pengerusi RT KSL adalah sebagai urusetia atas pelawaan En. Kamaruzaman (terima kasih kalau memerlukan bantuan apa sahaja, jangan ragu – ragu call sahaja kami di sini)

From Bengkel SRS dan Tan Sri Koh
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Konvokesyen Tabika Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu

Posted on 07/11/2009. Filed under: JPNIN, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran | Label:, |

Tarikh : Khamis (5Hb. November 2009)

Masa : 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari.

Tempat : Dewan Saadh, Wisma MUIS, Sembulan.

VIP : YB Hajjah Zainab bin Haji  dan pengerusi – pengerusi Rukun Tetangga dan Pengerusi JPTP di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Anggaran pengunjung : 1000 – 1500 orang.

(gambar akan diupdate sedikit masa lagi)


From RT SANA SINUN
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas

Posted on 07/11/2009. Filed under: Flat Persekutuan, JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran |

Tarikh : 3Hb. November 2009.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Tempat : Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Intipati Mesyuarat :

1). Ucapan alu – aluan Pemangku Pengerusi JPTP merangkap Timbalan Pengerusi : En. Norbi Sadi.
2). Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu : Pn. Fauziah Salleh.
3). Ucapan Pengerusi RT KSL : Abd. Latiff Hj. Muluk.
3.1): Ucapan Pengerusi RT KSL mengenai kekecohan / kesilapan yang mengaibkan terjadi di akhir – akhir pemergian Pengerusi yang lama , sebelum ini Pn. Aida Adhha Abu Bakar (mengikut suami yang telah tamat program integrasi nasioanal PINA) kekesalan di akhir – akhir pertemuan , kejiranan dengan tragedi perselisihan faham dengan pengerusi RT KSL yang cuma menjalankan tanggung jawab sebagai juruaudit JPTP Flat Persekutuan mengenai jumlah pengeluaran wang yang agak besar pada masa tersebut.
3.2): Kekecewaan dan kesal dengan penyebaran cerita bahawa data – data komputer milik JPTP Flat Persekutuan telah di delete oleh seseorang. Pengerusi mencadangkan laporan polis dibuat mengenai hal ini, kerana cerita tersebut menjadikan pengerusi sebagai suspek utama memandangkan beliau dan pembantu guru tabika yang ada sekarang sahaja memgang kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.3): Pengerusi memaklumkan dan memohon tindakan kepada semua yang hadir , bahawa mulai saat/malam tersebut beliau secara sedar mengumumkan perletakkan jawatan serta merta sebagai juruaudit JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan.
3.4): memaklumkan kepada semua memandangkan situasi yang tidak menyihatkan sekarang RT KSL akan dan sedang menjalani proses perpindahan ke blok E yang sesuai untuk dijadikan ruang pejabat dan stor aset RT KSL. Setelah selesai proses perpindahan tersebut (minggu hadapan) kunci Tabika Perpaduan Flat Persekutuan akan diserahkan kepada pehak yang berkenaan.
4). Mesyuarat juga memaklumkan mengenai Konvokesyen Tabika yang akan dijayakan pada 5Hb. November di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu Rm 55.00 seorang dikenakan kepada ibu bapa murid bagi gambar dan lain – lain.
5). PPD juga memaklumkan dan menyenaraikan laporan kewangan yang menjadi kontrovesi terrsebut seperti berikut :
– Mural = $1500.00
– Cat = $500.00
– Upah mengecat = $150.00
– Perbelanjaan Tabikarama = $260.00
– (akan diupdate)

- Makan = $ 500.00

- Perbelanjaan = (akan di update)

- Baki ditangan = $ 1800.00

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

OPEN HOUSE THE FINAL EPISODE ?

Posted on 09/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Pengerusi Surau, PSUPS, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka, surau flat km.5 | Label: |

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…

Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

Open House Part 3

Posted on 06/10/2009. Filed under: AJK RT KSL, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Wanita, JPNIN, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka | Label:, |

  • Kediaman : Tn. Mejar Hj. Mohd. Zain Bin Daud dan Pn. Hajjah Hayati Hamzah.
  • Tarikh : Selasa , 06/08/2009.
  • Masa : 8.00 malam.
  • Tempat : Pangsapuri Bukit Bendera.

AJK RT KSL 2009

ANOTHER EVENT AT THE SAME TIME

  • MAJLIS PERPISAHAN PENGERUSI JPTP TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS. (PN. AIDA ADHHA ABU BAKAR).
  • TEMPAT : TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.
  • Aida Adinta-1

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

MESYUARAT RT KSL DAN SURAU 29/09/09

Posted on 30/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, Rumah Terbuka |

Mesyuarat RT KSL bersama Surau Al-Muhajirin Flat Persekutuan Km.5 pada 29/09/2009 jam 8.00 malam yang turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Bandaraya Kota Kinabalu Pn. Fauziah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kami juga harap seperti ini pada masa program kelak.

ringkasan mesyuarat yang dapat di selitkan di sini antaranya :

  • Tarikh cadangan Majlis : 10/10/2009 (Hari Sabtu)
  • Masa : jam 8.00 malam – 11.00 malam.
  • Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5.
  • Penganjur : RT KSL dan surau Al-Muhajirin Flat Persekutaun dan Tabika Pepaduan Flat Persekutuan? (hanya akan diputuskan setelah JPTP bermesyuarat kelak)
  • Budget : +- anggaran RM 1500.00

Senarai Ketua AJK kecil Program :

  1. M.C. : En. Ismail Daim.
  2. Ketua JK Penyediaan Makanan : (Pn. Siti Waliah, Pn. Aloha Ramli dan AJK Jiran wanita RT KSL)
  3. Ketua JK Jamuan VIP : Pn. Hajjah Hayati Hamzah dan AJK JW RT KSL.
  4. Ketua JK Logistik : En. Jikula Mojingol.
  5. Ketua JK Tatarias dan Kebersihan : En. Aerish Ali dan JM .
  6. Ketua JK Prasarana dan Layout Majlis : En. Haidir Abdullah dan JM.
  7. Ketua JK P.A.Sistem dan elektrikal : En. Abd. Rashid Awang Tuah.
  8. Ketua JK Cenderakenangan : En. Azid Mintek.
  9. Ketua JK Hebahan dan Promosi : En. Taib Musah.
  10. Ketua JK Sumbangan Duit Raya : Pn. Salmah Labullah.
  11. Ketua JK Penyambut Tetamu : Pengerusi dan semua AJK RT KSL.
  12. Ketua JK Jemputan dan Aturcara : En. Abd. Latiff Hj. Muluk.
  13. Jurugambar Majlis : En. Radianshah.

: Pakaian Majlis : Baju Melayu dan Batik untuk yang bukan Muslim dan Baju Raya untuk AJK JW  ;-)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAAN.

Posted on 03/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, Kenduri, Pengerusi Surau, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Ruj. Kami : RTKSL/H/(0909/01)

Ruj. Tuan :

Tarikh : 3Hb. September-2009

Kepada :

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400Kota Kinabalu.

Tuan – Puan ,

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAAN.

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan, puan kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Surau Flat Persekutan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al Quraan pada 23 Ramadhan 1430H bagi mempereratkan tali persaudaraan, ukhuwah dan mengimarahkan surau Flat Persekutuan.

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan, puan dapat turut serta dan hadir kemajlis ini pada:

Tarikh             : 23 Ramadhan 1430H / 13 Hb. September 2009.

Hari                : Ahad.

Tempat           : Surau Flat Persekutuan Km. 5,

Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Masa               : 05.30 petang (Sebelum Maghrib)

* Tarikh yang di war-warkan pada 5Hb. September sebelum ini adalah terbatal (harap maaf).

4.         Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan – puan dan untuk makluman Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd Aziz Setiausaha Persekutuan yang baru telah menyatakan kehadiran beliau pada majlis ini.

Sekian Terima Kasih.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KEMASKINI UNTUK AUDIT AKAUN RT KSL

Posted on 12/07/2009. Filed under: AJK RT KSL, borang, JPNIN, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, RT, RT KSL, Rukun Tetangga | Label: |

AUDIT KEWANGAN RUKUN TETANGGA DARI BULAN JANUARI 2007 HINGGA 2009.

Seperti yang pernah di war -war kan di halaman yang sebelum ini. Laporan kewangan akaun Rukun Tetangga di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu akan di audit pada bulan Julai 2009.

AJK RT KSL telah melaksanakan tugasan yang diberi ini dengan mengorbankan malam minggu mereka dengan menjalankan amanah tersebut untuk menyediakan laporan kewangan untuk diaudit ini agar berjalan dengan sempurna.

Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha adalah diwajibkan hadir pada 18 Hb. Julai 2009 jam 2.00 petang di pejabat PPNIN Bandaraya Kota Kinabalu untuk membentangkan laporan kewangan dari Bulan Januari 2007 hingga terkini pada Jun 2009..

Kelihatan dalam gambar Bendahari lama dan bendahari baru sedang tekun menyemak, meneliti segala fail yang ada dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jiran Wanita yang  merupakan isteri kepada Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, persiapan di adakan di rumah Pengerusi RT KSL sendiri. penyediaan laporan audit ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 2.00 pagi..

dan untuk makluman semua bagi mengemaskinikan lagi penyediaan laporan kewangan untuk audit ini.. satu mesyuarat akan diadakan pada 15Hb. Julai ini pada jam 8.30 malam bertempat di Tabika Perpaduan Flat Persekutuan km.5. diminta semua AJK RT KSL meluangkan masa hadir ke mesyuarat untuk mendengar taklimat dan membincangkan beberapa perkara penting. Harap Maklum..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KARNIVAL RUKUN TETANGGA 2009

Posted on 29/06/2009. Filed under: AJK RT KSL, JPNIN, perpaduan, RT, RT KSL, Rukun Tetangga | Label:, , |

Karnival Rukun Tetangga sempena Bulan Perpaduan bertempat di Dewan Sibuga Sandakan berlangsung selama 2 hari  20 – 21 Hb Jun 2009. Seramai 2 orang AJK mewakili Rukun Tetangga di setiap KRT yang terdapat di Sabah (dengar – dengar sebanyak 700 bilik hotel di tempah oleh JPNIN bagi menempatkan peserta – peserta yang hadir) Karnival dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Koh Tsu Koon dan turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Datuk Raymond Tan, Pengarah JPNIN Malaysia Dato’ Azman Amin b Hassan, Pengarah JPNIN Cawangan Negeri Sabah Dirwana Azool dan para VIP yang tak sempat diperhatikan kerana meriahnya acara yang berlangsung.

Kepada yang mempunyai komen mengenai Program Karnival Rukun Tetangga 2009 ini silahlah email kepada kami untuk kita bincangkan dan sebagai penambah baikkan bagi program – program yang bertaraf negeri seperti untuk panduan dan rujukan warga JPNIN dan kita semua.

Gambar – gambar semasa program berlangsung dan kami (RT KSL dan RT Taman Khidmat) boleh didapati dari link ini.. http://picasaweb.google.com/RTKSL.admin/KARNIVALRTDEWANSANDAKAN2009?feat=directlink

atau http://picasaweb.google.com/data/feed/base/user/RTKSL.admin/albumid/5352352334330430417?alt=rss&kind=photo&hl=en_US

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesyuarat Jawatan Kuasa Penyelaras Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu.

Posted on 16/06/2009. Filed under: JPNIN, MESYUARAT, perpaduan, RT, Rukun Tetangga | Label:, , , |

Tarikh : 15Hb. Jun – 2009.
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Pusat SRT Sembulan Lama, Kota Kinablu.

Agenda Utama :
1. Persediaan bagi KRT – KRT Bandaraya Kota Kinabalu ke Program Karnival Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah.

- segala perbelanjaan untuk menghadiri Karnival Perpaduan ini yang di adakan pada 10 – 21Hb. Jun 2009 bertempat di Daerah Sandakan ini adalah menggunakan akaun geran Rukun Tetangga masing – masing berjumlah sebanyak RM 700 pengiraan perbelanjaan adalah seperti berikut :

  • Perbelanjaan minyak kereta (1 kereta kongsi untuk 2 RT @ 4 orang) = (di bayar kepada pemilik kereta RM 300) / 2 = RM 150.00
  • Perbelanjaan makan – minum sepanjang program RM 75 perperson X 2 orang (satu RT limit wakil @2 orang @ untuk 3 hari) = RM 150.00
  • Penginapan untuk (2 orang @  1 bilik) RM 100 X 3 hari = RM 300.00
  • Pembelian T-shirt dan cap bagi peserta @ RM 50.00 X 2 = RM 100.00

Jumlah keseluruhan geran setiap KRT wajib dikeluarkan = RM 700.00

Jadual perjalanan :

  • 8.00 pagi – Berkumpul untuk konvoi di Dewan Serbaguna Taman Putera Jaya, Telipok pada 19Hb. Jun (Hari Jumaat).
  • 8.30 pagi bertolak ke Sandakan melalui Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas – Paitan – Sandakan. (perhentian sementara Shell Pekan Kota Marudu dan Check Point Batu 32 Sandakan)
  • Agenda perjalanan seterusnya boleh didapat dari jadual yang tertera.

2.  Audit Akaun Rukun Tetangga bermula tahun 2007 hingga 2009 akan diadakan pada setiap KRT bermula pada bulan Julai ini, semua KRT diminta menyediakan dokumen – dokumen yang berkenaan mengenai tatacara perlaksanaan dan pengeluaran wang dari akaun RT masing – masing.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

GAMBAR SEKITAR PROGRAM HARI KELUARGA, SAMBUTAN HARI IBU, MAJLIS PERPISAHAN DLL. 2009

Posted on 24/05/2009. Filed under: AJK RT KSL, Dewan Serbaguna, Flat Persekutuan, gotong royong, hari keluarga, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, kanak kanak, Karate-Do, Pengerusi Surau, perpaduan, Rakan Muda, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, tabika, Tunas Jiran | Label:, , , , , |

Gambar program Hari Keluarga, Sambutan Hari Ibu, sukaneka, persembahan Karate Do, Shuffle dan Poco – Poco. Majlis Perpisahan AJK RT KSL, AJK Surau dan peserta Program PINA (En. Khairuddin Bakar, Pn. Iswalah Arshad, En. Taulani Hamzah, En. Amran Ambodai dan Pn. Siti Mariam)

Program anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau dan JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan, Kompleks Sukan Likas.

Anggaran kehadiran seramai 150 orang, terdiri dari warga Flat Persekutuan Km.5, Pangsapuri Bukit Bendera, murid – murid Tabika Perpaduan Flat Persekutuan dan ahli keluarga dan penduduk – penduduk di taman – taman perumahan yang berdekatan, majlis dijayakan dengan meriah sekali (Banner yang terpampang adalah dari program hari keluarga Tabika Perpaduan yang lepas ed: di luar kawalan tidak tahu idea siapa,  nampak agak tidak teratur seperti tidak ada yang ditugaskan untuk menjaga kanak – kanak yang begitu ramai hadir dari bermain – main di atas pentas, keadaan dewan yang nampaknya panas menyebabkan lebih ramai orang ramai dan AJK sendiri !! yang lebih suka duduk di luar dewan dan lain lain hal yang saya mungkin terlepas pandang) antara faktor yang paling menonjol menjadikan majlis ini dilaksanakan dengan jayanya adalah kebolehan MC majlis En. Khairuddin Bakar yang versatile, berbakat dan berkebolehan dalam mengendalikan majlis yang dilaksanakan dalam tempoh yang amat singkat (Minggu lepas mesyuarat pertama untuk program ini dan malam rabu lepas adalah last meeting dan perubahan lokasi dan acara hanya dibincangkan dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja) pengalaman beliau sebagai pegawai PTD (di bawah program PINA) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan majlis pada malam ini, tidak lupa juga usaha Jiran Wanita yang begitu komited dan senantiasa bergotong royong  dalam penyediaan makanan, hadiah dan sebagainya demi menjayakan majlis – majlis anjuran RT KSL dan surau, Jiran Muda (pada malam ini diketuai oleh Aerish Ali) hebahan, menyediakan peserta bagi berbagai sukaneka dan persembahan tanpa mengharapkan imbuhan dari RT, terima kasih ini dipanjangkan lagi kepada En. Kastian Dullah yang sudi meminjamkan P.A. sistem dari jabatan beliau PULAKOP, Timbalan Pengerusi RT KSL, walaupun status beliau sebagai Pengarah PULAKOP, namun sanggup duduk semeja, memberi bantuan tenaga, masa dan sebagainya kepada pergerakan RT KSL bukan sahaja beliau malah seluruh ahli keluarga beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam organisasi RT KSL, kepada pehak – pehak yang tidak disebutkan namanya di sini peranan anda juga semua amat penting dalam majlis / program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala amal perbuatan kita.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Bantuan untuk Tabika Perpaduan KSL

Posted on 14/05/2009. Filed under: JPNIN, RT, RT KSL, tabika, Tunas Jiran | Label:, |

P/S :  ada komen – komen dari warga RT KSL, tidak ada wakil untuk turut serta (dengar khabar guru tabika pun tidak ikut ke Kudat), manakala geran diberi hanya RM 3600.00 sahaja, amacam nak buat aktiviti kalau gini….

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Anugerah MCPF – Balai Polis Cemerlang 2009

Posted on 08/05/2009. Filed under: JPNIN, RT, RT KSL, Rukun Tetangga | Label:, , , , , , , |

Program Ahli Pasukan Lawatan Pemilihan Balai Polis Cemerlang Peringkat Negeri Sabah.

KATEGORI ‘A’

  1. Balai Polis Tawau, IPD Tawau (4Hb. Mei 2009).
  2. Balai Polis Semporna, IPD Semporna (4Hb. Mei 2009).
  3. Balai Polis Sandakan, IPD Sandakan (5Hb. Mei 2009).
  4. Balai Polis Penampang (6Hb. Mei 2009).
  5. Balai Polis Kota Belud (6Hb. Mei 2009).

KATEGORI ‘B’

  1. Balai Polis Tanjung Aru, IPD KK (7Hb. Mei 2009).
  2. Balai Polis Menggatal (7Hb. Mei 2009).
  3. Balai Polis Tamparuli, IPD Tuaran (7Hb. Mei 2009).
  4. Balai Polis Tambunan, IPD Keningau (8Hb. Mei 2009).
  5. Balai Polis Tenom (8Hb. Mei 2009).
  6. Balai Polis Keningau (9Hb. Mei 2009).
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

SEMINAR JIRAN WANITA PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU

Posted on 03/03/2009. Filed under: AJK RT KSL, Jiran Wanita, JPNIN, perpaduan, RT KSL, Rukun Tetangga | Label: |

SEMINAR JIRAN WANITA PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU

TARIKH : 21HB. FEBRUARI 2009 (SABTU)

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG.

TEMPAT : BILIK KELANTAN , TINGKAT 2,  BLOK A, BANGUNAN PNETADBIRAN PERSEKUTUAN.

img_01142

(JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA EN. JAAFAR OTHMAN, AJK RT SEMBULAN BARU KERANA SUDI MENGIRIMKAN GAMBAR KEPADA KAMI UNTUK MEMBOLEHKAN BERITA INI DI UPDATE / DI SIARKAN DI LAMAN INI..KAMI MENGHARAPKAN AGAR  JPNIN MELANTIK BELIAU SEBAGAI JURUGAMBAR JABATAN SEPENUH MASA ATAS USAHA MURNI BELIAU YANG SUDI MENYEBAR / MEMPROMOSIKAN PROGRAM DAN AKTIVITI RUKUN TETANGGA PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU INI )

WAKIL DARI RT KSL : PN. SITI WALIAH HJ. SIDAH (TIMBALAN KETUA JIRAN WANITA)

PN. ROHANA (AJK JIRAN WANITA RT KSL)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

AJK JPTP KSL PENGGAL 2009

Posted on 24/01/2009. Filed under: JPNIN, kanak kanak, MESYUARAT, Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5, perpaduan, Rukun Tetangga, tabika, Tunas Jiran |

PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN BARU AHLI JAWATAN KUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS BAGI PENGGAL 2009 TELAH DIADAKA PADA 23Hb. JANUARI JAM 7.30 MALAM BERTEMPAT DI TABIKA PERPADUAN FLAT PERSEKUTUAN KM.5, KOMPLEKS SUKAN LIKAS.

KEPUTUSAN MESYUARAT :

PENGERUSI : PN. AIDA ADHA ABU BAKAR.

TIMBALAN PENGERUSI : EN. NORBI HJ. SADI.

SETIAUSAHA : CIK RAMLAH RAHMAT.

TIMBALAN SETIAUSAHA : PN. ALOHA RAMLI.

BENDAHARI : CIK SUMIAM ROSIMAN.

AJK :

1. PN. MAIMAH ADIS .
2.
3.
4.

(SEMUA YANG HADIR PADA MESYUARAT TERSEBUT, AKAN DI UPDATE JIKA DATA DIPEROLEHI)

TURUT HADIR :

1. EN. MADAVAN A/L MARKANDAN.

(PEG. PERPADUAN BANDARAYA K.K. / WAKIL  JPNIN)

2. EN. ABD. LATIFF HJ. MULUK.

(PENGERUSI RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

« Entri-entri Sebelumnya
  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Julai 2014
    I S R K J S A
    « Apr    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers