ceramah agama

Selamat Tahun Baru dan Majlis Perpisahan

Posted on 16/12/2009. Filed under: ceramah agama, Jiran Wanita, Kenduri, Pengerusi Surau, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 | Label: |

Makluman dan mohon di hebahkan..

Pada 17Hb. Disember 2009 Khamis Malam Jumaat Satu Majlis Sambutan Awal Muharram dan ceramah terkhir oleh Ustadz kesayangan kita Ustadz Hafizullah Ubaidah akan diadakan di Surau Al Muhajirin bermula pada 6.00 petang .

Beliau akan bertolak kembali ke kampung halaman pada hari sabtu ini.. dan memulakan kerjaya baru di Negeri Pulau Pinang.

Jika anda terbaca laman ini dan mengenali beliau atau rakan – rakan beliau silalah hebahkan makluman ini.

makan – makan pada malam tersebut dibuat secara pot luck, kepada yang sudi menghulur sumbangan berupa juadah silalah bawa terus ke surau pada malam tersebut.
Updated : Gambar semasa program berlangsung.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tazkirah terakhir Ustadz Hafizullah Ubaidah

Posted on 20/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, Ramadhan Al Mubarak, RT, surau flat km.5 | Label: |

19Hb. November 2009. Selepas bacaan yasin dan tahlil seperti setiap malam jumaat di surau Al Muhajirin .. Ustadz Hafizullah Ubaidah Pengerusi surau Al Muhajirin yang kita kasihi menyampaikan tazkirah terakhir beliau dan amanat buat segelintir AJK Surau yg hadir..

bagi pehak RT KSL yang berusaha mengatur majlis yang di buat secara tergesa -gesa ini, memohon maaf kepada Ustadz Hafiz kerana kehadiran yang tak seberapa apa lagi dalam suasana hujan lebat (bagaikan sendu di hati kami atas kehilangan pemimpin dan pembimbing kami dalam mencari keredhaan Illahi) .. sedih, pilu dan terkontang – kanting kami kini mencari pengganti tuan .. dan seperti amalan Saidina Umar Al Khatab..Tuan telah mencalonkan 3 nama  sebagai pengganti tuan iaitu Ustadz  Khairi, Ustadz Norawi dan Saudara Ismail Daim.. kami akan putuskan pada masa yang sesuai kelak.

Buat makluman yang tidak hadir pada malam tersebut Ustadz kita ini kemungkinan akan mengajar di Sekolah Menengah Francis Xavier dan akan kembali sebentar pada penghujung bulan Disember ini untuk menguruskan beberapa perkara sebelum beliau pergi berhijrah yang kita pun tidak pasti akan berpeluang atau tidak bersua dengan beliau kembali…

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Majlis Perpisahan Buat Pengerusi Surau Al Muhajirin

Posted on 19/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, perpaduan, surau flat km.5 | Label:, , |

Majlis Perpisahan buat Pengerusi Surau kita yang dikasihi akan diadakan pada malam ini (Khamis) 19/11/2009 selepas solat Isyak, (majlis diadakan secara pot luck) ..


Ustadz Hafizullah Ubaidah akan berpindah dan mengajar di Pulau Pinang pada tahun hadapan, manakala pada hari Rabu ini beliau akan bercuti ke kampung halaman di semenanjung.. salam perpisahan diucapkan dan doa kami agar kejayaan, kesejahteraan, keselamatan dan keredhaan Allah bersama beliau di mana sahaja beliau berada.

Amin Ya Rabbanal alamin.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tahniah buat pengerusi Surau Al Muhajirin (Flat Persekutuan)

Posted on 16/11/2009. Filed under: ceramah agama, Flat Persekutuan, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Pengerusi Surau, Ramadhan Al Mubarak, surau flat km.5 |

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemilik Travelog Hidayah ..walaupun baru sebulan lebih bertapak di arena maya ini.. namun kemeriahan dengan post yang berterusan cukup mengkagumkan kita.. apa lagi kesibukan beliau sebagai ustadz, pendidik, penceramah jemputan, pengerusi surau kita ini yang empunya blog tersebut cukup membanggakan kita.. terasa perhubungan dan ukhwah tidak terputus dengan beliau, dari pejabat, rumah dan di man sahaja masih terasa kata – kata beliau melalui coretan yang di lakarkan beliau di dalam laman web Travelog Hidayah tersebut..moga – moga beliau terus gigih dalam arena yang baru bagi beliau ini..(terasa sungguh kekurangan ku berbanding beliau yang aktif dalam dunia blogger ini), kelangsungan, kegigihan dan pengamatan yang jitu beliau selari dengan ceramah yang dibicarakan beliau amat menyentuh kami.. maga – moga Travelog Hidayah terus mengembara dengan hidayah yang kita semua tercari – cari mengharapkan hadir ke dalam diri..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DATO’ MOHD. HATTA

Posted on 14/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, Pengerusi Surau, perpaduan, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 | Label: |

12Hb. September 2009 bersamaan 22Hb. Ramadhan 1430 Hijrah jam 6.00 petang bertempat di Surau Flat Persekutuan km.5 dan garaj Blok A..

Majlis berbuka puasa anjuran Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Jawatan kuasa Surau Flat Persekutuan

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI DATANG KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA KAMI..DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DARI KAMI KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TAK MAMPU SAYA NYATAKAN DI SINI KERANA KESUDIAN MENYUMBANG TENAGA , MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMPASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA… DAN MOHON MAAF DARI KAMI JIKA SEMASA BERLANGSUNGNYA PROGRAM TERDAPAT KEKURANGAN / KECACATAN YANG MENJENGKELKAN DATO’. TUAN, PUAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DI MASA AKAN DATANG..

berbuka bersama dato psups
Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAAN.

Posted on 03/09/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, JPNIN, Kenduri, Pengerusi Surau, PSUPS, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga |

Ruj. Kami : RTKSL/H/(0909/01)

Ruj. Tuan :

Tarikh : 3Hb. September-2009

Kepada :

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400Kota Kinabalu.

Tuan – Puan ,

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAAN.

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan, puan kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Surau Flat Persekutan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al Quraan pada 23 Ramadhan 1430H bagi mempereratkan tali persaudaraan, ukhuwah dan mengimarahkan surau Flat Persekutuan.

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan, puan dapat turut serta dan hadir kemajlis ini pada:

Tarikh             : 23 Ramadhan 1430H / 13 Hb. September 2009.

Hari                : Ahad.

Tempat           : Surau Flat Persekutuan Km. 5,

Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Masa               : 05.30 petang (Sebelum Maghrib)

* Tarikh yang di war-warkan pada 5Hb. September sebelum ini adalah terbatal (harap maaf).

4.         Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan – puan dan untuk makluman Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd Aziz Setiausaha Persekutuan yang baru telah menyatakan kehadiran beliau pada majlis ini.

Sekian Terima Kasih.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1430 HIJRAH

Posted on 29/08/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, gotong royong, Hari Raya Aidil Fitri, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, perpaduan, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ 1430 HIJRAH DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.

Kepada tuan – puan yang ingin ber AMAL JARIAH sempena Bulan  Ramadhan  Al Mubaraq ini  bolehlah menghantar  terus ke surau mengikut tarikh – tarikh yang ditetapkan ini JADUAL INI HANYA CADANGAN SAHAJA TIADA PAKSAAN DALAM AMALAN BERSEDEKAH. (Tujuan utama untuk mengelakkan pembaziran dan persamaan menu, bagi sesiapa yang tidak bersetuju kepada tarikh yang ditetapkan bolehlah bertukar secara suka sama suka dengan jiran anda dan bagi yang tidak mempunyai masa dan hanya ingin menyumbang wang ringgit sahaja  bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Surau (Ustadz Hafizullah 019-8608724) @ Pengerusi RT KSL (Abd Latiff Hj. Muluk  Rmh. 088-243069 / 019-8612758) MOHON MAAF JIKA NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI….

(MASUK SAHAJA DI MALAM – MALAM YANG ANDA SUKA) !!

TARIKH

SENARAI GILIRAN

LOT / BLOK No.

CATATAN

1 Ramadhan 1430

TN. SALIM BIN SHOIB SD 1

EN. AZIZUL BIN ALIAS SD 2

2 Ramadhan 1430

EN. SADIM BIN ABDUL LH 5

EN. AWANG SALLEH BIN MAHMUD LH 3

3 Ramadhan 1430

IR.  DATU JAMIGUL HJ. DATU SALIN LH 1

PN. MAIMONAH BT. HJ. AWANG ALI A 2-1

4 Ramadhan 1430

PN. SALMAH BINTI LABULLA A 4-1

EN. ABD MANAP BIN ALI OMAR A 3-1

5 Ramadhan 1430

EN. MOHD. SHA HARUN A 4-2

A 3-2

6 Ramadhan 1430

PN. SALAMAH BINTI LUKIN A 4-3

EN. AZID BIN MINTEK A 3-3

7 Ramadhan 1430

EN. RADIANSHAH LASAENO A 2-2

TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. YAHAYA A 1-4

8 Ramadhan 1430

EN. NIN JUNID B 1-1

EN. OSMAN ABDULLAH B 2-2

9 Ramadhan 1430

EN. RAYMIE BIN HJ. AMIRIL B 1-2

EN. ABDULDAN BIN ADTONG B 4-4

10 Ramadhan 1430

EN. ABD. RASHID BIN AWG. TUAH B 4-2

EN. ALIAS TUDIN BIN SAPAUN B 3-2

11 Ramadhan 1430

EN. NORBI BIN SAID C 1-1

PN. HABIB SAIFAH BINTI HABIB AHMAD C 2-1

12 Ramadhan 1430

PN. ANNIE BINTI LASUMIN C 1-2

EN. JEMSEE BIN ONGGI C 2-3

13 Ramadhan 1430

EN. SUEDAH ABD WAHAB C 3-1

PN. ASHIKIN BT. JEKARAH C 4-1

14 Ramadhan 1430

EN. ROSLI BIN BILMAHRUF C 4-2

EN. KASTIAN HJ. DULLAH C 4-4

15 Ramadhan 1430

PN. ZAINUN BINTI SAIBOL D 4-1

EN. HUSIN KASIM D 3-1

16 Ramadhan 1430

PN. NORNI BINTI TATUNG D 4-2

PN. ALOHA BINTI RAMLIE D 3-4

17 Ramadhan 1430

EN. ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK D 4-4

EN. MALIK D 1-1

18 Ramadhan 1430

PN. NORHAYATI BINTI AWG. ANAK D 2-1

PN. MARIANI BINTI AWANG D 1-2

19 Ramadhan 1430

PN. ASMAH @ AISAH HJ. SABALAS D 1-3

EN. HASLEH BIN DUALIS D 2-3

20 Ramadhan 1430

PN. MURNI BINTI HJ. ISMAIL E 4-1

PN. AZLINA BINTI LINGGAM E 2-4

21 Ramadhan 1430

PN. SITI AINE AG. AHMAD E 3-2

PN. NORZANAH BINTI MADIRIN E 4-2

22 Ramadhan 1430

PN. MUSMAINI BINTI RATIMIN E 3-3

PN. DAYANGKU INTAN BINTI PG. ZAINAL ABIDIN E 4-3

23 Ramadhan 1430

PN. LELA BINTI DAMSA E 3-4

PN. MASTINI BINTI WATA E 4-4

24 Ramadhan 1430

PN. JUNIDAH BINTI MANGGAM E 2-1

EN. MOHD. SUHAILI BIN AWG. ALI E 1-1

25 Ramadhan 1430

PN. SITI ROHAIDAH M. RAZALI E 1-3

PN. SALMAH BINTI MUSTAPAH E 2-3

26 Ramadhan 1430

TN. MEJAR HJ. MOHD. ZAIN B1 PP, JBB

EN. ISMAIL BIN DAIM A3 PP, JBB

27 Ramadhan 1430

RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JK SURAU FLAT PERSEKUTUAN

28 Ramadhan 1430

USTADZ HAFIZULAH UBAIDAH YAKIM JAYA

USTADZ AHMAD YAAKUB T. A/BANGSA

29 Ramadhan 1430

USTADH MD. HAIRI A. HALIM T. A/BANGSA

USTADZ NORAWI HARUN FLAT GURU

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ihya Ramadhan

Posted on 17/08/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, Kenduri, MESYUARAT, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, Ramadhan Al Mubarak, RT, RT KSL, surau flat km.5 |

Mesyuarat AJK  RT KSL bersama AJK Surau Flat Persekutuan membincangkan perancangan dan perlaksanaan sambutan menjelang Ramadhan (pengisian seperti pada posting sebelum ini)

P1010180




Suasana semasa Majlis ceramah Ihya Ramadhan berlangsung

Ihya Ramadhan
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1430H

Posted on 15/08/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, Kenduri, Mesyuarat AJK, Pengerusi Surau, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

Kaum Muslimin dan Muslimat,

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1430H

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Surau Flat Persekutan akan mengadakan Majlis sambutan Ihya Ramadhan1430H  pada 24 Syaaban 1430H bagi memperteguhkan persediaan hati dan rohani untuk menyambut ketibaan Ramadan al Mubarrak pada tahun ini.

2.       Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat  hadir ke majlis ini pada:

Tarikh : 24 Syaaban 1430H / 15 Ogos 2009 ( Sabtu )

Tempat         : Surau Flat Persekutuan Km.5.

Masa               : 06.30 petang (Selepas Maghrib)

3.       Kesudian tuan/puan dan keluarga untuk hadir ke majlis ini sudah pasti akan dapat memeriahkan majlis ini serta mengeratkan silaturahim di antara kita sesama Islam. Dan segala sumbangan berupa juadah makanan atau wang ringgit adalah amat di alu – alukan.

Sekian Terima Kasih.

ATURCARA

MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1430H

06.25 petang             Ketibaan Ahli Jemaah dan tetamu Jemputan

06.30 petang             Solat Maghrib dan Solat Hajat.

Ceramah/ tazkirah  ’Ihya Ramadhan- Penghayatan dan Pengisian’

Solat Isyak

Jamuan

09.00 malam           Bersurai (Majlis dijangka selesai)


Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Laman baru surau

Posted on 20/04/2009. Filed under: ceramah agama, Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban, Kenduri, MESYUARAT, Pengerusi Surau, surau flat km.5 |

Assalamualaikum …..

Kepada Jemaah Surau Flat Persekutuan Km.5 dan atas permintaan pengerusi surau kita satu lagi laman telah di reka oleh admin RT KSL mengkhusus kepada kegiatan dan aktivit di sekitar surau kepada yang sudi jenguk jenguklah di laman ini.

http://surauflat.wordpress.com/

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

DI PENGHUJUNG MAULIDUR RASUL 2009

Posted on 12/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, belia, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Muda, Jiran Wanita, kanak kanak, Kenduri, Pengerusi Surau, RT, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5, Tunas Jiran |

Mungkin kami terlambat dalam menjalankan acara ini,  masalah kesibukkan AJK RT KSL dan AJK Surau Flat Persekutuan Km.5 adalah salah satu penyebab utama mengapa program ini baru sahaja dilaksanakan, minggu pertama Maulidur Rasul (Pengerusi RT KSL mengikuti kursus di PJ selama seminggu – Kursus Penyelenggaraan Komputer), minggu ke dua pengerusi baru balik tup tup sakitlah pulak dekat seminggu baru sembuh lepas tu minggu berikutnya Pengerusi Surau terpaksa bergegas balik Ke Kedah menziarah Bapa Mertua yang telah masuk ICU kerana kemalangan.. Malam Jumaat (10/04/09 jam 8.30 malam) di Tabika Perpaduan Kompleks Sukan Likas mesyuarat bersama antara RT KSL dan AJK Surau mengenai majlis ini  dan pada malam ini 12/04/09 acara dilaksanakan dengan jayanya.. (Walau tak se gah pada tahun 2008) Terima kasih kepada semua pehak , individu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menjayakan majlis ini.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang layak membalas jasa dan amal tuan puan..

(Gambar – gambar ini adalah courtesy En. Bailon Golutin / pemilik kamera Samsung L201)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sambutan Maulidur Rasul dan Kenduri Kesyukuran.

Posted on 10/04/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Flat Persekutuan, gotong royong, Jiran Wanita, Kenduri, Pengerusi Surau, perpaduan, RT KSL, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

Tuan – Puan ,

PER : Sambutan Maulidur Rasul dan Kenduri Kesyukuran.

Adalah dengan segala hormatnya memaklumkan kepada tuan – puan mengenai perkara di atas..

2. Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran. Pada 11Hb. April-2009. Bertempat di Surau Flat Persekutuan Km.5.

Aturcara sebelah pagi :

9.30 Pagi :

Berkumpul di Surau gotong – royong memasak.

12.00 T/hari:

Jamuan Makan

1.30

Petang :

Gotong – royong memasak disambung semula.

Aturcara Kemuncak :

6.00

Petang :

Berkumpul di Surau & Sembahyang Maghrib.

6.50

Petang :

Mini Perarakan Maulidur Rasul sekitar Flat Persekutuan

7.20 Malam :

Ceramah Maulidur Rasul (Penceramah Jemputan)

7.50 Malam :

Sembahyang Isyak.

8.20 Malam :

Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat (Penyampaian cenderakenangan)

9.30 Malam :

Jamuan Makan (Majlis dijangka selesai).

3. Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan – puan.

Sekian.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

KELAS MENGAJI QURAN

Posted on 30/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, Jiran Muda, kanak kanak, Pengerusi Surau, Rakan Muda, surau flat km.5 | Label:, , , |

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH

KELAS MENGAJI QURAN TELAH DIPUTUSKAN OLEH PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN AKAN BERMULA PADA FEBRUARI INI SETIAP MALAM ISNIN SELASA DAN RABU (3 X SEMINGGU) SELEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB, BAYARAN DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM 20.00 SAHAJA SEORANG, KEPADA IBU – BAPA YANG INGIN MENDAFTAR ANAK MEREKA UNTUK KELAS MENGAJI INI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN PENGERUSI SURAU FLAT PERSEKUTUAN KM.5 (USTADZ HAFIZULLAH UBAIDAH – 0198608724) ATAU PENGERUSI RT KSL SENDIRI (ABD. LATIFF – 0198612758) . MARILAH BERAMAI – RAMAI MENGIMARAHKAN LAGI SURAU KITA, SEKIAN..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris

Posted on 15/01/2009. Filed under: belia, ceramah agama, Kenduri, Pengerusi Surau, surau flat km.5 |

Palestin : Lagi Usaha Kita

& Doa Qunut Berbaris

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak’.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda, terlalu ‘berjasa’ seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”

apalestin.jpg

Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu  (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT’ dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

Kemaskini dari ibnrajab

Qunut Nazilah 14 Januari 2009

Posted by ibnrajab in Himpunan Doa, ISU SEMASA.

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim

Bersempena peristiwa dahsyat yang menimpa umat Islam hari ini di bumi Palestin secara khususnya, kita umat Islam di serata dunia adalah disunatkan (mengikut hadith-hadith sahih daripada Rasulullah SAW) ketika ini bagi melafazkan qunut nazilah pada setiap solat (jamaah) fardhu yang lima. Kalau kita jadi imam. Manakala setiap makmum pula perlulah mengaminkannya.

Qunut adalah perkataan Arab yang bererti ‘taat dan khusyuk kepada Allah’. Ia adalah satu istilah kepada perbuatan Rasulullah SAW yang mengangkat tangan berdoa selepas bangkit daripada rukuk rakaat yang terakhir. Qunut yang warid (bersumberkan amalan) daripada Rasulullah adalah seperti qunut solat witir dan qunut nazilah.

Nazilah adalah perkataan Arab berasal daripada kata ‘nazala’ bermaksud turun atau timpa. Ia bererti ’suatu kesusahan, suasana genting, bencana yang menimpa manusia pada satu-satu masa’. Qunut nazilah yang dibacakan oleh Nabi adalah bersempena peristiwa peperangan Ahzab, peristiwa pembunuhan beramai-ramai para huffaz (penghafaz al-Quran) oleh kabilah Ri’l, Dzakwan dan ‘Ushayyah dan juga bagi memohon keselamatan beberapa sabahat baginda (spt Salamah Ibn Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah dll) serta kaum muslimin yang ditindas.

Rasulullah SAW pernah mengamalkan qunut nazilah selama sebulan tanpa henti. Perkara ini tidaklah bermaksud menghadkan bacaan qunut tersebut selama itu tetapi ia sunat dibaca mengikut lama masa umat Islam berkekalan dalam sesuatu bencana. Kerana Rasulullah SAW menghentikan bacaan qunut tersebut setelah tawanan perang dibebaskan atau mad’u (mereka yang didakwahkan) itu memeluk Islam dan bertaubat.

Hadith imam Bukhari meriwayatkan Nabi melakukan qunut nazilah pada setiap solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya manakala imam Ahmad dan Abi Daud meriwayatkan Nabi membacanya pada solat Asar juga. Terpulanglah kepada kita. Cuma paling kurang pun, marilah membaca qunut ini sekurang-kurang dalam solat Subuh, Asar dan Maghrib bagi menandakan sokongan kita kepada rakan-rakan dan sahabat yang berjuang di bumi Palestin. Kerana ini adalah antara yang kita mampu bantu.

Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh (atau diangkat bencana yang menimpa). Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas. Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang membebankan ahli jemaah yang lain (uzur, nak cepat dan sebagainya).

Wallahu aklam, semoga kita semua amalkan. InsyaAllah, bumi Palestin (tak lama lagi) akan diperintahkan oleh Islam. Allahu Akbar!

Rujukan: artikel di laman IslamWay.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Boikot barangan Israel

Posted on 10/01/2009. Filed under: AJK RT KSL, ceramah agama, perpaduan | Label:, , , , , |

COMPANIES TO BOYCOTT

  • AOL Time Warner
    Time Life magazine, CNN, ICQ
  • Apax Partners
    Jonny Rockets, Sunglass Hut.
  • Arsenal Football Club
  • Coca-Cola
    Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
  • Caterpillar
  • Danone
    HP foods, Evian, Volvic, Jacob
  • Delta Galil
    Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria’s Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
  • Disney
  • Emblaze
  • Estée Lauder
    Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
  • Home Depot
    Villager’s Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
  • IBM
  • Intel
  • Johnson & Johnson
  • Kimberly-Clark
    Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
  • Lewis Trust Group
    River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
  • The Limited Inc
    Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel
  • L’Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels
  • McDonald’s
  • Motorola
  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby’s, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L’Oréal
  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
  • Siemens
  • Selfridges
  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
  • Timberland

WHATS NEW

Campaign Against
Arsenal Football Club
Support For Apartheid Israel
See how you can join the campaign

Eye Witness To Massacre
Moving account of Sabra-Shatila Massacre

Case Study Of Pro-Israel Bias: Children’s BBC Website

BOYCOTT ISRAEL COMPANY LIST

View by Brand- brands and labels to boycott
Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Posted on 11/02/2007. Filed under: ceramah agama, Rukun Tetangga, surau flat km.5 |

selamat menyambut awal muharam 1428 Hijriyah

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  •     Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas
  • Julai 2014
    I S R K J S A
    « Apr    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Popular

  • Arkib

  • Add to Technorati Favorites

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers