Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.
Futsal Warga Flat Persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu.
Tarikh: 20Hb. Januari 2012.
Masa : Jam 8.00 Malam.
Lokasi : Gelanggang Futsal, Yayasan Sabah.
Kota Kinabalu: suatu perlawanan untuk mencungkil bakat dalam permainan bola sepak dikalangan warga Flat Persekutuan (terutamanya dari Flat Persekutuan Km.5) telah diadakan pada 20Hb. Januari 2012 yang lepas, acara permainan futsal ini adalah atas inisiatif dari En. Mohd. Haidir Bin Abdullah dan En. Mohd Sha Bin Harun, Ketua Bersama Biro Belia, Sukan dan Rekreasi. satu unit dibawah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) yang baru dibentuk.
Perlawanan ini berjaya mencungkil beberapa bakat pemain untuk di ketengahkan dan dikenal pasti boleh di bawa untuk perlawanan persahabatan maupun pertandingan, manakala bagi segelintir yang lain, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di gelanggang futsal yang sebenar (berbeza dari setakat bermain di taman permainan seperti biasa).
Permainan Futsal ini berhasil mencapai objektifnya selain lebih merapatkan uhuwah antara sesama jiran, mencungkil bakat, permainan ini juga mencapai sasaran sebenarnya, ramai yang mengharapkan agar acara ini menjadi perancangan yang berkala, berterusan sepanjang tahun .
ketua Biro Belia, Sukan dan Rekreasi amat menyetujuinya namun beliau juga mempunyai perancangan yang lain dalam menjadikan Biro beliau lagi cemerlang, antaranya mengadakan Permainan Badminton seperti ini, Klinik Golf selain senamrobik, lawatan sambil belajar, perkhemahan musim cuti, hasri keluarga dan pelbagai acara lagi yang dalam perancanganBiro Belia, Sukan dan Rekreasi.
Nota: Permainan Futsal ini memakan belanja sebanyak RM 120.00 , namun persetujuan bersama telah dibuat, sebahagian adalah ditanggung oleh JKKKP atau bersamaan RM 60.00. Manakala perbelanjaan lain yang ada adalah atas tanggungan masing - masing.












