Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP).
Penghuni Flat Persekutuan Km. 5 dan Pangsapuri Teluk Likas,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
88400 Kota Kinabalu.
Sabah.
Tuan /Puan:
Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP).
Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan (JKKKP) akan diadakan pada :
Tarikh : 15 Januari 2012
Masa : 08.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Flat Persekutuan KM 5
Agenda Mesyuarat :
i. Ucapan alu-aluan Pengerusi Penaja JKKKP.
ii. Sesi Percambahan Minda / Taklimat Ringkas seperti di Lampiran A
iii. Pemilihan AJK JKKKP Sesi 2012 – 2013.
iv. Pembentukkan dan Perlantikan JK Biro – Biro dalam JKKKP.
v. Perkara – Perkara Berbangkit.
vi. Hal-Hal Lain.
3. Sehubungan itu, tuan/puan dengan ini dijemput bagi menghadiri mesyuarat yang tersebut di atas untuk bersama-sama kami merealisasikan kewujudan badan induk wadah warga flat persekutuan Bandaraya Kota Kinabalu. Kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam perkara ini amat kami hargai
Sekian Terima Kasih.
Yang Berusaha:
T.t: ABD LATIFF BIN HJ. MULUK
Pengerusi Penaja.
JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kediaman Persekutuan
(JKKKP) Daerah Kota Kinabalu



